
Nampaknya Indonesia terlebih dahulu melancarkan model Honda Civic Type R. Dibawakan oleh PT Honda Prospect Motor (HPM) pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (GIIAS), model prestasi Honda itu dijual pada harga Rp995 juta (RM318,400).
BACA>>>>>SELEPAS CR-V, CIVIC TYPE-R AKAN MENYUSUL KE PASARAN TEMPATAN
Harga tersebut tidak jauh berbeza dengan harga yang dianggarkan oleh penulis apabila model tersebut tiba ke pasaran tempatan.
Di bawah hud Civic Type R terletaknya enjin 2.0 liter VTEC turbo yang mampu menghamburkan kuasa 306hp pada 6, 500rpm dan tork 400Nm yang dicapai seawal 2, 500rpm.
Sayangnya kuasa Civic Type R yang dibawa masuk ke pasaran Indonesia itu sedikit rendah berbanding spesifikasi yang ditawarkan di United Kingdom dengan kuasa 316hp.
Kemudian, jana kuasa berkenaan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual bersama tiga mod pemanduan iaitu +R, Sport dan Comfort.
BACA>>>>>SAKITNYA TUH DI SINI! BARU SAHAJA DIPANDU SEJAUH 243KM-CIVIC TYPE R INI KEMALANGAN
Rekaan yang ditampilkan oleh Type R lebih agresif dan memiliki penampilan gaya perlumbaan. Lampu utama disematkan dengan ciri LED. Manakala imej sporty boleh diserlahkan menerusi rim aloi 20 inci bersama tiga ekzos.
“Honda Civic Type R akan melengkapi varian Civic di Indonesia untuk memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat yang menginginkan karakter litar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Asian, Shinji Aoyama.
Pada bahagian kabin ditawarkan dengan skrin sentuh 7-inci dan Apple CarPlay serta Android Auto. Pelanggan di Indonesia boleh memilih pilihan warna Rally Red, Championship White, Brilliant Sporty Blue dan Sonic Grey Pearl.
Tambahan dua lagi warna iaitu Crystal Black Pearl dan Polished Metal akan ditawarkan tahun depan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
BMW Malaysia Memperkenalkan Model Terbarunya BMW X5 xDrive45e M Sport

BMW Malaysia memperkenalkan model terbarunya BMW X5 xDrive45e M Sport. Jentera hebat ini merupakan model elektrik terkini dipasang secara domestik. Ia juga merupakan model perintis dalam barisan kenderaan BMW X.
BMW X5 telah terbukti menjadi jentera Sports Activity Vehicle (SAV) premium yang paling efisien dan berkuasa tinggi pernah menyusuri jalan raya. Tahun lalu, BMW X5 telah menyumbang lebih daripada 25% serahan kenderaan BMW X yang diterjemahkan kepada 3,000 lebih unit.
BMW Malaysia menyatakan keyakinan mereka bahawa BMW X5 xDrive45e M Sport akan terus meneruskan legasi model-model ikonik yang terdahulu.
Model terbaru ini juga tampil dengan nuansa serba atletik berasal dari susur galur BMW X yang disinambungkan dengan bentuk yang lebih besar bagi menaik taraf aspek ruang dan keselesaan.
SAV baharu ini turut menampilkan pembaharuan dalam iras kelasakannya yang ikonik, termasuk lampu hadapan Adaptive LED yang langsing dengan BMW Selective Beam, serta lampu kabus LED di hadapan yang melengkapi komponen signatur gril ‘kidney’ yang megah.
Dengan pakej M Sport, BMW X5 xDrive45e terbaharu menampilkan set roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci dalam penggayaan Star Spoke 740 M Dwiwarna, berserta dengan brek M Sport.
BMW X5 xDrive45e M Sport juga dikuasakan oleh enjin enam silinder berkapasiti tiga liter yang lengkap dengan teknologi BMW eDrive. Menerusi output maksimum gabungan berjumlah 290 kW/394 kk dan puncak tork gabungan berjumlah 600 Nm, SAV baharu ini menjana kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j.
Pecutan abad dapat dibuat oleh kenderaan ini dalam masa 5.6 saat sahaja. Menerusi mod elektrik tulen,
BMW X5 xDrive45e M Sport mempunyai capaian panduan elektrik berjarak 77 km setelah dicaj penuh, dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 135 km/j.
Di samping itu, SAV ini menggunakan paras bahan api yang rendah, iaitu 2.5 l/100 km serta emisi karbon bertahap rendah pada paras 56 g/km.
Enjin luar biasa jentera ini dilengkapkan oleh transmisi lapan kelajuan dengan dinamik penukaran gear yang dinaik taraf. Keempat-empat roda dibekalkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda xDrive.
BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu juga kini menampilkan suspensi udara 2-gandar pada komponen gandar hadapan dan belakang, sekali gus memaksimumkan keupayaan dan keselesaan dinamiknya.
Bantuan pemanduan tahap baharu disediakan oleh BMW X5 xDrive45e M Sport melalui BMW Personal CoPilot, yang merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan dan Amaran Penukaran Laluan.
Sistem tersebut juga menampilkan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Perentasan Trafik di Belakang, Pencegahan Perlanggaran Belakang serta info had kelajuan.
Di samping itu, BMW X5 xDrive45e M Sport turut dilengkapi dengan Parking Assistant Plus dengan Kamera Pandangan Keliling, berserta dengan Bantuan Mengundur yang menawarkan fungsi bantuan yang mengagumkan ketika mengolah masuk dan keluar dari ruang parkir serta mengundur masuk ke ruang yang sempit.
Bantuan Mengundur berkenaan menyimpan rekod panduan 50 meter yang terakhir pada tahap kelajuan setinggi 35 km/j, dan ia juga menawarkan bantuan untuk mengundur keluar daripada ruang parkir atau ruang yang sempit dengan mengambil alih kawalan stering.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenapa Mileage Kereta Baru Bukan 0 km? Ini Penjelasannya!

Ramai pembeli kereta baru terkejut apabila melihat odometer tidak menunjukkan 0 km.
Adakah ini perkara biasa atau tanda sesuatu yang mencurigakan?
Jom kita kupas sebab-sebabnya!

Ujian Kilang Sebelum Dihantar
Sebelum kereta dikeluarkan dari kilang, ia perlu melalui beberapa ujian untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Pengeluar akan menguji enjin, sistem brek dan ciri keselamatan lain bagi memastikan tiada kecacatan sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Proses Penghantaran & Logistik
Kereta tidak dihantar secara statik. Ia perlu dipandu masuk dan keluar dari kapal, lori atau gudang sebelum sampai ke pusat jualan.
Walaupun pergerakan ini tidak jauh, ia tetap menyumbang kepada peningkatan bacaan odometer.

Pemeriksaan Akhir (PDI – Pre-Delivery Inspection)
Sebelum kenderaan diserahkan kepada pelanggan, pihak pusat servis akan menjalankan pemeriksaan akhir.
Ini termasuk ujian pemanduan singkat bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang masalah teknikal.
Berapa Mileage Normal Untuk Kereta Baru?
Secara umum, mileage antara 10 hingga 50 km masih dianggap normal bagi sebuah kereta baru.
Jika bacaan odometer lebih tinggi, anda boleh bertanya kepada dealer untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
BACA LAGI : Punca Tayar Kereta Cepat Botak dan Cara Mengelakkannya

Bila Perlu Berwaspada?
Jika kereta baru anda mempunyai mileage yang terlalu tinggi, contohnya melebihi 100 km, anda boleh:
- Meminta penjelasan daripada dealer.
- Memeriksa sama ada kenderaan itu pernah digunakan sebagai unit pameran atau ujian pandu.
- Pastikan tiada tanda-tanda penggunaan berlebihan seperti tayar haus atau kesan calar.
Kesimpulannya, kereta baru yang mempunyai sedikit mileage bukanlah perkara pelik.
Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kenderaan telah diuji dan diperiksa sebelum sampai ke tangan anda.
Jadi, jangan risau jika odometer tidak menunjukkan 0 km!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lima Cara Mudah Dapat Bantu Anda Pilih Polisi Insurans Kereta Terbaik Seperti Perlindungan Banjir

Buat anda yang sudah memiliki kereta mungkin sudah masak dan tahu tentang betapa pentingnya untuk memiliki insurans kenderaan. Tapi tidak dinafikan dengan wujudnya pelbagai jenis polisi berbeza kadang-kadang proses memilih insurans terbaik itu agak menyukarkan.
Tapi tahukah anda memilih polisi insurans kereta yang sesuai tidak semestinya dihadapi dengan sukar. Apa yang palingpenting ialah mendapatkan maklumat dan info dengan batul dengan turut mengetahui faktor yang patut dipertimbangkan. Jika dilakukan dengan betul cabaran memilih polisi insurans mungkin hanyalah semudah memesan secawan kopi.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 langkah dan tip cepat dan mudah mampu membantu anda memilih polisi insurans yang terbaik.
SEDIAKAN DOKUMEN LENGKAP
Pertama sekalu mulakan dengan perkara asas. Pastikan anda mempunyai dokumen yang betul dan terkini untuk diri sendiri, pemandu lain dan sudah tentunya kenderaan itu sendiri. Sebagai contoh, salinan kad pengenalan atau pasport untuk semua pemandu yang ingin didaftarkan pada kenderaan dan butiran pendaftaran kereta.
Jika anda pemilik kereta sedia ada, pastikan anda menyediakan polisi insurans anda yang terdahulu. Ia sangat berguna apabila membandingkan had perlindungan anda sebelum ini dan butiran lain dengan polisi baharu anda.

KETAHUI ISTILAH INSURANS ANDA
Bagi sesetengah orang dokumen insurans mungkin nampak seperti himpunan teks dan doumen mengelirukan. Sebagai contoh, apakah perlindungan nilai yang dipersetujui, penambahbaikan, elaun bantuan banjir dan sebagainya?
Sama seperti bagaimana kita perlu menjalani penilaian kesihatan oleh doktor semasa mendaftar untuk polisi insurans hayat, anda perlu mengetahui nilai kereta anda sebelum melindunginya dengan insurans.
Ia agar liputan yang dibeli adalah memadai. Mungkin anda tidak perlu membuat penilaian untuk kereta baharu, tetapi ia sememangnya maklumat penting untuk kereta lama. Selain itu, pastikan kereta anda didaftarkan dengan jenama, model dan tahun pembuatan yang betul untuk penilaian optimum pada polisi anda.
CARA TERBAIK DAPATKAN POLISI
Tidak kiralah sama ada membeli polisi insurans untuk kereta baharu atau hanya memperbaharui polisi sedia ada, pembelian insurans daripada pengedar kebiasannya merupakan pilihan terbaik. Bukan sahaja mudah malah lebih menjimatkan masa. Tambahan pula anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dengan polisi yang direka khas untuk kereta dan keperluan anda.
Agen pengedar anda tentunya mahir dalam selok-belok pilihan polisi sambil dapat memberikan nasihat profesional. Tambahan pula, agen pengedar akan menjadi sumber sokongan terbaik apabila anda memerlukan bantuan dalam situasi yang tidak diingini.
Sebagai contoh, dia akan dapat membantu anda mendapatkan Auto Assistance, jika kereta anda rosak, jika anda perlu menggantikan tayar pancit atau bateri, malah ketika kereta anda kehabisan minyak.

PERBANDINGAN YANG BETUL
Jika terlalu cerewet berkemungkinan besar pemilihan polisi sesuai tidak akan ada kesudahannya. Sudah tentu kos premium adalah komponen utama dalam membuat keputusan.
Namun kita juga perlu ingat supaya meneliti kos dan yuran tersembunyi dalam terma dan syarat. Amat penting untuk menyemak nilai yang diinsuranskan dan takat perlindungan, serta jenis pembayaran sekiranya berlaku kerugian menyeluruh, serta faedah lain yang ditawarkan.
Sebagai contoh, pemilik kereta lama hendaklah sentiasa menyemak butiran seperti dasar penambahbaikan. Ini kerana anda pastinya tidak mahu ditimpa bil besar yang tidak dijangka sekiranya banyak kerja pembaikan diperlukan.
Anda juga dinasihatkan tidak terlepas pandang ciri-ciri lain dalam pelan insurans seperti liputan gabungan untuk perlindungan tambahan, perlindungan cermin depan, perlindungan kerosakan banjir, perlindungan inklusif untuk semua pemandu dan banyak lagi.
PEMBELIAN POLISI
Selepas berpuas hati kini tiba masanya untuk anda menurunkan tandatangan. Tapi jangan lupa, urusan memperbaharui polisi insurans adalah tugas tahunan, meskipun anda tidak banyak melakukan perjalanan kebelakangan ini.
Sentiasa ingat untuk memperbaharui insurans kereta anda tepat pada masanya untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya, tidak kira sama ada anda memandu setiap hari atau pun kereta anda tidak bergerak selama berbulan-bulan.
Akhir sekali, memandangkan keadaan hidup kita sentiasa berubah, semak keperluan insurans setiap tahun dan semak sama ada polisi insurans yang anda miliki masih bersesuaian. Jangan hanya memperbaharui polisi semasa secara automatik. Keperluan kita sering berubah, jadi liputan insurans juga perlu berubah.
Bagaimana jika anda boleh memilih daripada polisi yang direka khas untuk kereta anda – dan anda boleh membeli dan memperbaharui polisi secara terus dengan pengedar, tanpa perlu bersusah payah, daripada pusat sehenti yang menawarkan semua yang diperlukan untuk kereta kesayangan anda.
Melalui Program Insurans Proton, PROTON menawarkan pelanggannya pilihan daripada enam penyedia utama (Allianz General Insurance, AmGeneral Insurance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful and Zurich General Takaful), termasuk perkhidmatan nilai tambahan khas dan sokongan 24 jam sehari untuk mengurangkan kebimbangan.
Ia hadir tanpa sebarang kos tambahan. Program Insurans Proton juga menawarkan elaun bantuan sehingga RM1,000 jika kereta rosak akibat banjir; perlindungan sehingga RM1,000 untuk membaiki atau menggantikan kunci kereta anda jika hilang atau rosak akibat kecurian (iaitu ragut, rompakan atau pecah rumah) dan penepian kos penambahbaikan sehingga 10 tahun.
Itu merupakan satu manfaat jika anda bercadang menggunakan kereta bagi jangka masa panjang.
Selain itu, pelanggan juga menerima perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun, di mana pembayaran untuk jumlah tuntutan kerugian adalah berdasarkan nilai yang dipersetujui dalam polisi bergantung pada model dan tahun pengeluaran kereta anda – lebih berbaloi berbanding dengan pembayaran berdasarkan nilai pasaran kenderaan anda yang dikira pada masa tuntutan.
Pelanggan Program Insurans Proton juga boleh menikmati kelulusan tuntutan segera* sekiranya berlaku tuntutan kemalangan – tanpa memerlukan sebarang khidmat penyelaras!
Untuk mengurangkan lagi kerisauan, anda juga akan mendapat bantuan 24 jam semasa perjalanan dan untuk penundaan dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Penjagaan PROTON di 1-800-88-8398.
Akhir sekali, untuk menambah lagi manfaat, kos RM10 untuk mendaftar setiap pemandu tambahan juga akan diketepikan, yang mana Program Insurans Proton akan memperakui setiap pemandu yang anda benarkan tanpa sebarang kos tambahan. Jika berminat, ketahui lebih lanjut mengenai Program Insurans Proton di https://www.proton.com/en/shopping-tools/proton-insurance-program.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI