Selain memperkenalkan model Honda CBR250RR The Art of Kabuki, PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Indonesia turut menawarkan Honda CBR1000RR Fireblade. Pasaran Indonesia menerima dua varian iaitu standard ABS dan SP.

Honda CBR1000RR Fireblade varian standard ABS didatangkan dengan warna Victory Red berharga Rp 599,000,000 (RM 191,680) manakala Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan warna Tri Color itu dijual pada harga Rp 699,000,000 (RM 223,680). Bagaimanapun jentera supersport berkenaan hanya ditawarkan secara eksklusif di 10 pusat jualan Big Wing di sembilan kota besar Indonesia.

INDONESIA LANCAR CBR1000RR FIREBLADE- HARGA BERMULA RM191K

Motosikal berkenaan berkonsepkan Next Stage Total Control yang mewakili kesempurnaan pengendalian sebuah jentera motor super sport. Kedua-dua model berkenaan dipertontonkan pada EICMA 2016 di Milan, Itali.

Kedua-dua pilihan varian Honda CBR1000RR Fireblade memiliki karakter berbeza pada bahagian suspensi, brek, Quickshifter dan Downshift Assist. Tangki minyak varian SP juga menggunakan bahan titanium yang menyumbang kepada badan lebih ringan. Varian SP lebih ringan 1kg berbanding standard.

Ads

CBR1000RR Fireblade SP dibangunkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 model ikonik super sport dari Honda Motorcycle.

INDONESIA LANCAR CBR1000RR FIREBLADE- HARGA BERMULA RM191K

Versi 2017 berkenaan dilengkapi dengan enjin 999cc 4-silinder sebaris. Pihak Honda telah melakukan penambahbaikan pada bahagian enjin dan menggunakan beberapa peralatan baharu.

Ads

Enjin berkenaan lebih berkuasa dengan tambahan 10hp menjadikan kuasa keseluruhan 189hp pada 13,000rpm dan tork 116Nm pada 11,000rpm. Enjin tersebut turut mematuhi regulasi Euro4 dan bahagian cam timing turut dikemaskini. Jentera berkuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

INDONESIA LANCAR CBR1000RR FIREBLADE- HARGA BERMULA RM191K

Ads

Walaupun saiz gerek dan lejang dikekalkan 76×55.1mm, pihak Honda meningkatkan nisbah mampatan dari 12.3:1 menjadi 13:1.

Penunggang juga boleh memilih tiga mod Aktif dan tiga mod Manual mengikut keselesaan. Ketika diatur pada posisi Aktif, peredam ditala sesuai keadaan tunggangan: A1 (Fast), A2 (Enjoy) and A3 (Safety). Dalam mod Aktif penunggang boleh mendapatkan keselesaan tunggangan lebih sempurna. Manakala pada aturan mod Manual M1, M2, dan M3 pemilik dapat melakukan penyesuaian lebih lainnya yang diperlukan.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI