Indikator ‘Check Engine’ Menyala, Ini Empat Perkara Perlu Anda Buat Segera

Share

Bayangkan anda sedang asyik memandu.

Kemudian secara tiba-tiba, lampu indikator ‘CHECK ENGINE’ di papan pemuka kereta menyala. Terdetik pada ketika itu perasaan hairan dan cemas serentak menguasai diri.

Lalu menghadirkan tanda tanya besar tentang apa yang mungkin tidak kena dengan kereta kesayangan anda.

Ketika lampu peringatan ini menyala, ia merupakan isyarat dari sistem komputer kereta yang telah mengesan adanya kegagalan atau masalah pada sistem kendalian kereta.

Situasi ini dapat beragam, tergantung pada jenis, model, dan tahun pembuatan kereta Anda. Ini adalah momen yang mengingatkan kita tentang pentingnya memahami dan merawat setiap aspek kendaraan kita dengan lebih serius.

Ia menyala berkemungkinan kerana kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi atau juga masalah brek.

Terdapat segala macam sebab yang menyebabkan lampu indikator ‘CHECK ENGINE’ ini menyala dan jalan terbaik untuk atasi masalah ini ialah melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih terperinci.

APA ITU LAMPU CHECK ENGINE

Ia sebenarnya lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta. Atau dalam bahasa mudahnya sejenis lampu amaran untuk pengurusan enjin/transmisi/elektrikal yang akan menyala jika ada sebarang masalah dikesan pada enjin kereta.

Konsepnya sama sahaja dengan mesej ‘error’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.

BOLEH DIPANDU ATAU TIDAK?

Ketika anda dapatnya menyala secara tiba-tiba tapi tidak mendatangkan masalah secara langsung kepada kenderaa, ia bermakna anda boleh terus memandunya. Namun pergilah periksa dan dapatkan pendapat dengan mekanik yang pakar dalam hal ini.

Namun berbeza jika anda dapati ada perbezaan ketara ketika memandu seperti dapatinya semakin semput, bergegar atau bunyi yang kuat. Berhentilah dengan segera dan hubungi trak tunda. Kita tidak mahu masalah akan menjadi lebih teruk. Tapi carilah lokasi sesuai untuk berhenti, jangan main berhenti di lokasi tidak dibenarkan.

IA KEKAL MENYALA

Jika lampu ‘CHECK ENGINE’ terus menyala dalam jangka masa yang lama, sila ambil langkah segera seperti yang dinyatakan di atas.

TERPADAM DENGAN SENDIRI

Selepas beberapa ketika anda dapati lampu amaran tersebut padan secara tiba-tiba. Usah rasa lega dulu kerana mungkin sistem komputer kereta menyimpan data mengenai masalah yang berlaku.

Dan ia boleh diperiksa dengan lebih lanjut di bengkel. Jadi jika ia terpadam sendiri sekali pun, pergilah periksa ya.

BACA: “Kalau Tak Jadi Pelakon, Saya Mungkin Ahli Politik” – Jason Momoa Berazam ‘Selamatkan’ Dunia

RESET LAMPU AMARAN ‘CHECK ENGINE’?

Ada sesetengah pemandu melakukan hal seperti ini kerana ingin ‘memadamkan’ amaran tersebut secara paksa. Ia dilakukan dengan memutuskan sambungan bateru atau pun fius. Namun ia amatlah tidak digalakkan. Ini kerena melakukan perkara ini akan menghilangkan kod masalah asal yang timbul. Malah banyak syarikat pengeluar melarang dan mencegah ia daripada dilakukan.

Satu perkara anda perlu ingat, setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik tersendiri. Jika masalah yang timbul itu dibaiki ia biasanya akan terpadam dengan sendiri.

Atau dipadamkan dengan menggunakan Code Reader. Namun jika ia boleh dibaiki sepenuhnya ia tidak akan kekal lama. Berkemungkinan besar akan menyala semula.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: mekanika.com.my

Published by
Farizul Izwany Ibrahim