Impian Badan Tegap Boleh Dicapai Dengan Senaman Lengan, Abdomen & Kaki

Share

Lelaki yang sihat adalah lelaki yang mempunyai fizikal yang baik dan mental yang stabil.

Dan untuk mendapatkan kedua-duanya sekali, anda boleh melakukan senaman yang bukan sahaja memberi faedah kepada tubuh badan tetapi semangat diri.

Terdapat 5 jenis senaman paling utama dan wajib anda lakukan, sama ada untuk membina badan, mahupun membakar lemak. Ia akan membantu anda untuk membina otot dengan cepat dan membakar lemak secara berkesan!

1. Push Up (Bodyweight/Weighted)

Senaman push up adalah senaman yang sangat popular. Siapa yang tidak tahu push up? Bagi yang tidak tahu, boleh dikatakan pasti anda jarang sekali bersenam dan sekarang berada dalam kondisi kurang cergas! Tidak mengapa, kerana selepas anda mengamalkan push up, pasti akan menjadi lebih berotot, lebih kuat, lebih bergaya dan lebih hebat! Push up

mengerjakan seluruh badan dengan penekanan pada otot bahu, dada, dan triceps.

2. Dip (Bodyweight/Weighted)

Jika anda berasa lemah dalam bench press, cuba lakukan dip untuk beberapa minggu. Nescaya, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman dip adalah senaman yang sangat versatil! Anda boleh lakukan hampir di mana-mana sahaja, di rumah, di pejabat, di taman permainan. Kelebihannya adalah hampir sama dengan bench press.

BACA: 4 Senaman Upper Body Buat Anda Impikan Leangan Sado Seperti Wolverine

3. Lunges (Bodyweight/Weighted)

Lunges adalah gerakan asas manusia dan ia sangat efektif dalam melatih kekuatan serta membina saiz otot kaki! Jika sebelum ini anda jarang lakukan lunges, cuba buat senaman ini pula setiap petang. Apa anda akan dapati adalah pembakaran lemak secara rapid dan otot kaki yang semakin menyerlah! Stamina anda juga akan meningkat. Ini bukan sekadar senaman untuk orang bina badan, ini adalah senaman bagi mereka yang ingin cergas dan sihat dalam hidup mereka.

4.Chin Up (Bodyweight/Weighted)

Kalau anda kena pilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang anda, saya akan cadangkan anda sentiasa lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran back anda! Sekejap sahaja anda boleh dapat back yang kembang seperti kepak. Tengok sahaja atlit-atlit bar seluruh dunia yang bertaraf professional. Semuanya mempunyai bentuk back

dan biceps yang sangat besar. Apa yang anda perlukan hanyalah satu tempat untuk anda bergayut sahaja!

5. Burpees (Bodyweight/Weighted)

Burpees bukan calang-calang senaman. Ia mencabar kekuatan seluruh badan, ketahanan otot, ketahanan jantung, dan ketabahan serta kecekalan jiwa nurani hati sanubari anda. Mereka yang ingin membina tahap stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, burpees ibarat ubat ajaib dan sangat mujarab.

Published by
Farizul Izwany