Penyanyi Aweera mengakui selesa tampil dengan imej berjambang dan berrambut kembang yang sudah menjadi ‘trademark‘ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.
Terkini, penampilan pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini jadi perhatian dengan rambut kemas.
Aweera menerusi satu hantaran di platform media sosial Instagram berkongsikan satu gambar dipercayai selepas memotong pendek rambutnya dan turut meluruskannya untuk kelihatan lebih kemas.
Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu turut mengenakan kaca mata hitam di dalam gambar tersebut sekali gus menambah nilai estetik kepada imej baharunya itu.
“Imej baharu, gaya baharu, suasana baharu yang positif, karakter baharu, jiwa baharu, harapan baharu dan Aweera yang baharu (NeWeera). Rock on!,” tulis penyanyi berusia 32 tahun itu di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, penyanyi berkenaan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak salun rambut kerana telah berjaya mengubah penampilannya.
Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan memuji imej baharu ditampilkan penyanyi yang berasal dari Utan Aji, Perlis itu.
BACA LAGI : Nak Umur Panjang, Lelaki Peluklah Dua Minit ‘Wanita’ Kesayangan Anda!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!