Menjadi lelaki rendah memang ada cabarannya kerana kebiasaannya anda perlu memotong panjang seluar, manakala lengan baju panjang pula perlu dilipat.
Namun, jangan membatasi diri anda untuk tampil bergaya kerana anda boleh kelihatan menyerlah jika memakai pakaian mengikut aturan yang betul.
Lihat sahaja lelaki rendah yang sentiasa bergaya segak seperti Hael Husaini, Alif Satar, Haqiem Rusli, James Dean, Daniel Radcliffe dan ramai lagi.
Walaupun tidak tergolong di kalangan lelaki yang tinggi lampai, mereka masih kelihatan tampan dan segak ketika menyarungkan pakaian.
Artikel berkaitan: Maksud Warna Di Sebalik Gaya Pakaian, Bukan Ikut Trend Fesyen Semata
Artikel berkaitan: Sebelum Memilih Kemeja, Semak Tip Ini Dulu Agar Penampilan Sesuai Dengan Gaya
Untuk memastikan penampilan anda rapi dan bergaya, ini antara trik dan helah yang boleh anda ikuti ketika berpakaian.
Mereka yang memiliki bentuk badan rendah perlu elak memakai pakaian bergaris melintang (horizontal) atau berkotak-kotak. Cara berpakaian ini akan membuatkan tubuh anda kelihatan lebih lebar dan semakin pendek. Pakaian yang sesuai untuk anda gayakan adalah pakaian bergaris menegak yang boleh memberi efek tubuh yang tampak lebih tinggi.
Baju yang baggy dan melebihi bahu akan menenggelamkan tubuh, apatah lagi jika kepanjangan baju itu berada di bawah tulang pinggul. Jadi, pakailah baju slim fit atau pakaian yang tidak terlalu besar ataupun kecil dengan kepanjangan bajunya jatuh tepat di pinggul anda.
Batalkan niat anda ya kalau teringin nak pakai seluar labuh atau longgar. Ini kerana, pakaian seperti ini akan membuatkan anda nampak dua kali ganda lebih pendek daripada ketinggian asal. Seluar yang dipakai terlalu tinggi di atas pinggang atau di bawah pinggang akan memendekkan garis kaki. Jadi, pakailah seluar yang berada di garisan pinggang untuk memaksimumkan kepanjangan kaki anda.
Seluar slim fit atau potongan yang lebih langsing boleh menampakkan kaki yang lebih panjang sekali gus memberi ilusi anda kelihatan lebih tinggi. Selain itu, pastikan jahitan seluar anda jatuh tepat di atas kasut dan jangan lipat bahagian bawah seluar.
Warna-warna cerah seperti merah, kuning dan merah jambu perlu dielakkan kerana ia akan membuatkan tubuh badan anda nampak semakin bervolum. Sebaiknya, penuhkan almari anda dengan baju berwarna bumi seperti hitam, coklat, kelabu dan navy. Warna-warna ini akan memberi kesan lebih tinggi dan besar pada tubuh anda. Selain itu, elakkan juga memakai warna hitam secara keseluruhannya kerana warna ini akan membuatkan anda semakin pendek.
Elak kolar t-shirt atau kemeja yang melekap pada leher kerana ia hanya akan membuatkan anda kelihatan semakin bulat dan pendek. Pilihlah t-shirt berkolar V untuk memperlihatkan bahagian atas tubuh anda lebih jinjang. Untuk kemeja pula, anda sesuai memakai jenis kolar yang tinggi dan tidak terlalu lebar.
Untuk kelainan anda menyarungkan pakaian dengan material tebal seperti sweater, hoodie dan jaket. Sebenarnya pakaian-pakaian tebal sebegini cenderung membuatkan tubuh anda kelihatan semakin lebar dan pendek. Jika anda ingin memakai jenis-jenis pakaian ini, pastikan anda memilih material yang lebih nipis dan ringan seperti poliester dan jersi yang merupakan pilihan paling tepat untuk lelaki bertubuh rendah.
Kot, blazer atau kardigan dengan jumlah butang lebih daripada tiga akan membuatkan bahagian atas tubuh anda jelas kelihatan lebih pendek. Jika anda ingin memakai jenis-jenis pakaian berbutang ini, sebaiknya pilihlah pakaian yang memiliki hanya satu atau dua butang daripada jenis single breasted. Pastikan juga pakaian yang anda pilih mempunyai kepanjangannya tepat di paras punggung.
Selain pakaian, rambut juga boleh mempengaruhi ukuran tubuh seseorang. Rambut panjang akan menutupi leher dan bahu sehingga membuatkan leher anda tenggelam. Potongan rambut pendek seperti pacak merupakan pilihan rambut paling tepat untuk lelaki bertubuh rendah kerana ia akan membuatkan leher anda kelihatan lebih panjang.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN