Dalam suasana penuh gaya dan ketegasan, QIERAHMAN, salah satu jenama semakin mendapat tempat di kalangan penggemar pakaian lelaki Melayu tradisional, telah mengukir sejarah terbaru dalam dunia fesyen dengan perkenalan koleksi EID 2024.
Koleksi yang terdiri daripada empat segmentasi utama – ‘signature cut’, kurta modernfit, kurta Paduka oversized, serta abaya untuk wanita -dilihat telah dirancang dengan cita rasa yang memenuhi aspirasi lelaki matang yang menghargai kemewahan dalam kesederhanaan.
Menariknya, setiap potongan dalam koleksi ini menjanjikan transformasi pada penampilan raya, mengangkat aura keanggunan seisi keluarga pada perayaan Aidilfitri.
MENYUNTIK INOVASI
Koleksi terbaru ini, yang telah mula menarik perhatian sejak debut QIERAHMAN dalam arena fesyen sejak tahun 2016, menyuntik inovasi dengan sentuhan modern pada rekaan tradisional.
Dengan ‘signature cut’ yang terinspirasi dari elegansi suit atau blazer, ia memastikan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas.
Ads
Keunikan ini, yang dijahit mengikut ukuran individu, menawarkan kualiti, kepraktisan, serta kerja tangan yang memukau pada harga yang sangat berpatutan, menjadikan koleksi ini pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kelas dan kenyamanan.
Jelas Pengarah Kreatif QIERAHMAN, Fazrul Musa, menegaskan bahawa elemen tradisional tetap dihormati dalam setiap kreasi.
Koleksi yang mengutamakan kesederhanaan namun tidak mengabaikan elegan, memperlihatkan identiti yang kuat melalui pemilihan siluet, pemotongan, material dan reka bentuk.
Bahan seperti matte dull satin dan cotton koyobo digunakan dalam koleksi Paduka, menawarkan keunggulan melalui kemasan laser cut yang memperkaya detail setiap helai pakaian, sementara rekaan poket moden yang mengingatkan pada tuksedo mengekalkan identiti eksklusif QIERAHMAN.
Ads
KOLEKSI WANITA
Pada pelancaran kali ini, Qie Anuar, pengasas bersama dan Ketua Strategi Pemasaran, memperkenalkan koleksi abaya untuk wanita yang menggabungkan keanggunan dan kemodernan.
Keistimewaan majlis pelancaran ini turut diperhebat dengan kehadiran Que Haidar dan anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar, yang terus menjadi wajah eksklusif QIERAHMAN. Kepemimpinan dan dedikasi mereka telah menyumbang kepada keberhasilan dan pertumbuhan jenama ini, menandakan sebuah era baru dalam representasi keanggunan sejati.
Dalam usaha untuk menjadikan koleksi ini lebih terjangkau, QIERAHMAN telah mengatur strategi harga yang kompetitif, dengan baju Melayu kini boleh dimiliki serendah RM159, sebuah langkah strategik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Selain itu, pengenalan semburan sejadah eksklusif menambahkan elemen kemewahan dalam kehidupan seharian. Koleksi EID 2024 QIERAHMAN, yang kini tersedia di www.qierahman.com dan gerai jualan di Shoppes @ Four Season, bukan sekadar pakaian, tetapi sebuah pernyataan gaya yang menyentuh jiwa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Foto: RUMASTUDIO
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ben Affleck bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan pengarah berbakat, tetapi juga sebagai peminat tegar kasut atau sneakers.
Di kalangan penggemar kasut atau sneakerhead umum mengetahui Ben Affleck mempunyai koleksi Nike SB dan juga Air Jordan yang cukup menarik. Disebabkan itu juga dia turut dikenali sebagai selebriti yang mempunyai koleksi cukup terpuji dan dihormati.
Nike SB Dunk merupakan siluet yang digemarinya. Tidak kiralah sama ada koleksi kolaborasi Ben & Jerry’s ‘Chunky Dunky’ hingga ‘Eire’ dan kolaborasi eksklusif Parra, Affleck memiliki beberapa kasut paling dicari di dunia.
Nike SB Dunk ‘What The Dunk’
Namun, ada sepasang Nike SB Dunk yang benar-benar menonjol dalam koleksinya – Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’.
Kasut ini jarang didengar hari ini kerana ia adalah salah satu kasut paling jarang ditemui. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2007 semasa era ‘Gold Box’ yang legenda dari Nike.
‘What the Dunk’ menampilkan reka bentuk unik yang terdiri daripada pelbagai grafik, corak, dan tekstur yang tidak sepadan.
KASUT ‘FRANKENSTEIN’
Setiap panel kasut ini sebenarnya diambil terus dari 31 warna SB Dunk yang berlainan. Ia digabungkan bersama untuk mencipta satu kasut Frankenstein yang luar biasa.
Peminat tegar pasti akan mengenali lapisan dalam neon hijau dari ‘eBay Dunk’ tahun 2003. Manakala panel trippy dari ‘Tie-Dye’ tahun 2004 dan burung merpati bersulam dari kolaborasi Staple tahun 2005.
Kesemua elemen ini diletakkan di atas midsole Zoom Air yang sangat selesa, sesuai untuk aktiviti skateboarding.
Untuk seorang sneakerhead seperti Ben Affleck, memiliki Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’ adalah satu flex yang besar.
Kasut ini dianggap sebagai salah satu grail terhebat sepanjang masa, dan saiz US 13 boleh mencapai harga lebih dari $280,000 (RM1,319,080) di StockX sekarang.
Walaupun Ben Affleck sebelum ini dilihat memakai Allbirds dan kasut Off-White, kehadiran ‘What the Dunk’ dalam koleksinya menunjukkan dia masih setia dengan jenama ‘Swoosh’.
FAKTA MENARIK
Berikut adalah lima fakta menarik tentang Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’:
Rekaan Pelbagai Warna: Kasut ini dihasilkan dengan mencantumkan elemen dari 31 warna Nike SB Dunk berbeza.
Era ‘Gold Box’: Dilancarkan pada 2007, kasut ini adalah sebahagian daripada era ‘Gold Box’ Nike yang terkenal.
Panel Bersejarah: Beberapa panel pada kasut ini diambil dari model ikonik seperti ‘eBay Dunk’, ‘Tie-Dye’, dan kolaborasi Staple.
Harga yang Tinggi: Dengan nilai pasaran lebih dari $280,000 untuk saiz tertentu, ‘What the Dunk’ adalah antara kasut termahal dan paling dicari di kalangan pengumpul.
Komponen Skateboarding: Dilengkapi dengan midsole Zoom Air yang selesa, kasut ini bukan sahaja bergaya tetapi juga berfungsi untuk aktiviti skateboarding, mengekalkan warisan asal Nike SB.
Bagi kebanyakan sneakerhead, Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’ bukan sahaja sebuah kasut tetapi sebuah karya seni yang mencerminkan sejarah dan evolusi budaya sneaker.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: GQ
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penjenamaan BONIA yang kini tidak hanya tertumpu kepada produk seperti beg diteruskan dengan pengenalan kedai konsep terbaru mereka.
Kali ini, BONIA meluaskan empayar jenama mereka dengan pembukaan kedai konsep di pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall Putrajaya.
Jenama yang terkenal dengan hasil tangan yang berkualiti tinggi sejak 1974 ini menampilkan kedai konsep dengan seni bina yang cukup menarik.
Dilancarkan pada 15 September lalu, kedai konsep BONIA terbaru ini mendapat sentuhan rekaan dari firma seni bina dan rekaan yang pernah memenangi pengiktirafan antarabangsa iaitu Spacemen Studio.
Rekaan dalamannya diserlahkan dengan menyelitkan bahasa reka bentuk organik bentuk berliku-liku dan materialiti sentuhan serta mempersembahkan estetika minimalis yang mencerminkan falsafah reka bentuk BONIA.
Persona ketenangan ambiens dalamannya diperhasulsi dengan tona hijau, dinding beralun dan siling bersalut stuko bertekstur.
ELEMEN ALAM
Elemen pencahayaan lembut mengalir ke seluruh, kedai direka bentuk untuk meniru alam semula jadi dan persekitaran organik, membolehkan pelanggan mengalami satu bentuk pelarian visual semasa membeli-belah.
Penggunaan material dan kemasan dalaman turut dihiasi siri perabot berdiri bebas dan unit paparan rona pic matte, muka depan kedai bergalur di dalam terracotta dan lantai berkarpet terracotta yang mewah.
Pada bahagian sudut dinding pula terdapat paparan rekaan berbentuk amoeba dan meja kaca berbentuk organik menyemai ruang dengan ukiran kepekaan manakala kaunter marmar merah jambu Norway menambah sedikit kewanitaan dan kontras dengan ton warna lebih kedap.
Kedai konsep terbaru BONIA di IOI City Mall Putrajaya juga bakal menampilkan koleksi-koleksi terkini yang cukup eksklusif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak semua lelaki selesa dengan gaya botak kerana bagi lelaki, rambut masih lagi menjadi perkara penting. Dalam sedar tak sedar, rata-rata lelaki suka membuat empat tabiat ini. Ingat! Kalau tak kena gaya, boleh buat kepala anda cepat botak. Jadi sebelum rambut hilang sehelai demi sehelai, pastikan anda jaga-jaga dengan empat tabiat ini.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang berlakunya masalah kebotakan yang melanda lelaki antaranya faktor hormon. Selain itu, cara menyikat rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis sehingga akhirnya botak.
Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut bernama William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutamanya bagi mereka yang miliki lapisan rambut sedikit atau nipis.
Oleh itu, pastikan anda jauhi empat tabiat ini.
1. Pakai topi yang terlalu ketat
Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada mereka yang mengalami masalah rambut gugur atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu.
Tanpa disedari pemakaian topi yang terlalu ketat, apatah lagi dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala.
2. Gaya rambut Man Bun
Man bun adalah gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Sebenarnya tidak salah untuk mengikat rambut sebegitu, namun ikatan yang terlampau ketat dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut.
Menurut Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius.
3. Gaya rambut Man braid
Setelah man bun, giliran man braid pula yang menjadi trend di antara selebriti lelaki. French braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.
Tetapi gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
4. Semua gaya rambut menggunakan banyak bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi anda haruslah tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan hair styling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.