Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila kononnya aktivis ini menculik keluarga anak guamnya tersebar luas di dada-dada akhbar. Kepada anda yang masih tidak dapat memahami dan hadam isu ini, kami sajikan anda kronologi perjalanan kisah penculikan yang masih lagi tidak selesai sehingga ke hari ini.
Khamis, 26 Jun 2018
Mangsa yang merupakan seorang gadis berusia 21 tahun adalah anak guam kepada Siti Kasim dikatakan telah diculik ketika sedang melakukan rawatan psikitiatri di Hospital Kajang pada Khamis 26 Jun 2018.
Sabtu Malam, 23 Jun 2018, 12.40 am
Ekoran dari insiden ini, Siti kasim ditangkap oleh pihak Polis Kajang dibawah Seksyen 363 Kanun keseksaan, menculik dan Seksyen 168 kanun sama iaitu menghalang tugas penjawat awam yang bertugas di Hospital Kajang. Kes ini dilaporkan sendiri oleh ibu ‘mangsa’ menerusi peguamnya.
Dipercayai pihak polis sudah dapat mengesan lokasi anak guam Siti Kasim yang digelar Anis sekitar jam 9 malam di sebuah unit kondominium di Segambut. Lihat petikan video yang viral ketika ini.
Dalam video ini dapat disaksikan bahawa ada beberapa individu yang merakam insiden tersebut, menurut Siti Kasim mereka merupakan saudara-mara kepada Anis. Pada awal video ini, dapat disaksikan Anis Nur Izzaty, ‘mangsa’ menyatakan bahawa dirinya tidak diculik dan semua laporan yang dilaporkan ibunya adalah palsu. Siti Kasim juga menunjukkan ketikdakpuashatian beliau terhadap angota polis yang bertugas.
Video berdurasi selama 8 minit ini secara berperingkat-peringkat dan telah disatukan jelas menyatakan bahawa Siti Kasim tidak memberi kerjasama terhadap angota polis yang ingin memberkasnya. Pegawai yang bertugas di soal beberapa kali kerana menurut aktivis ini ia bukan satu kesalahan kerana beliau hanya berniat untuk melindungi anak guamnya yang dikatakan menjadi mangsa dera ibunya.
Apa yang menariknya, aktivis wanita ini tidak mahu digari dengan mengulangi ayat “You need to gari me?” sedangkan ini merupakan prosedur apabila seseorang itu harus dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, polis membebaskan Siti Kasim selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan bagi perintah reman.
Campur tangan Tan Sri Muhyiddin Yasin
Foto: FMT
Menerusi petikan artikel online Mstar pada 25 Jun 2018, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menggesa Ketua Polis Negara bagi memberi laporan terperinci berhubung insiden melibatkan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim, sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman, dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oleh mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya perlu untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu, tanpa menganggu siasatan polis,” kata Muhyiddin. Petikan dari Mstar.
Berikutan daripada campur tangan Tan Sri Muhyiddin Yasin, peguam yang juga merupakan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zairul Rijal Abu Bakar memberitahu FMT bahawa campur tangan Menteri itu dianggap bertentangan dengan janji kerajaan baharu untuk menegakkan “peraturan undang-undang”.
“Jika terdapat salah guna kuasa polis, Siti harus membawanya ke mahkamah untuk menentukannya. Saya yakin seorang peguam seperti dia juga tidak mahu eksekutif campur tangan dalam sebarang proses penyiasatan sama ada untuk atau terhadapnya.” terangnya dalam kenyataan di FMT.
Baginya, Siti Kasim mempunyai banyak jalan untuk mendapatkan bantuan undang-undang kerana beliau merupakan orang berpengaruh dalam Malaysia, namun tidak wajar untuk beliau meminta menteri dalam negeri untuk ikut campur.
Walaupun kes ini masih tidak menemui jalan penyelesaian sehingga ke hari ini, satu petikan dari FB Siti Kasim mendapat perhatian netizen kerana beliau menyokong campur tangan menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yasin dalam kes beliau.
Sumber: Bernama, FMT, Astro Awani, Sinar Harian Online, MStar Online