Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila kononnya aktivis ini menculik keluarga anak guamnya tersebar luas di dada-dada akhbar. Kepada anda yang masih tidak dapat memahami dan hadam isu ini, kami sajikan anda kronologi perjalanan kisah penculikan yang masih lagi tidak selesai sehingga ke hari ini.
Khamis, 26 Jun 2018
Mangsa yang merupakan seorang gadis berusia 21 tahun adalah anak guam kepada Siti Kasim dikatakan telah diculik ketika sedang melakukan rawatan psikitiatri di Hospital Kajang pada Khamis 26 Jun 2018.
Sabtu Malam, 23 Jun 2018, 12.40 am
Ekoran dari insiden ini, Siti kasim ditangkap oleh pihak Polis Kajang dibawah Seksyen 363 Kanun keseksaan, menculik dan Seksyen 168 kanun sama iaitu menghalang tugas penjawat awam yang bertugas di Hospital Kajang. Kes ini dilaporkan sendiri oleh ibu ‘mangsa’ menerusi peguamnya.
Dipercayai pihak polis sudah dapat mengesan lokasi anak guam Siti Kasim yang digelar Anis sekitar jam 9 malam di sebuah unit kondominium di Segambut. Lihat petikan video yang viral ketika ini.
https://www.youtube.com/watch?v=D0bqYROzcxI
Ads
Dalam video ini dapat disaksikan bahawa ada beberapa individu yang merakam insiden tersebut, menurut Siti Kasim mereka merupakan saudara-mara kepada Anis. Pada awal video ini, dapat disaksikan Anis Nur Izzaty, ‘mangsa’ menyatakan bahawa dirinya tidak diculik dan semua laporan yang dilaporkan ibunya adalah palsu. Siti Kasim juga menunjukkan ketikdakpuashatian beliau terhadap angota polis yang bertugas.
Video berdurasi selama 8 minit ini secara berperingkat-peringkat dan telah disatukan jelas menyatakan bahawa Siti Kasim tidak memberi kerjasama terhadap angota polis yang ingin memberkasnya. Pegawai yang bertugas di soal beberapa kali kerana menurut aktivis ini ia bukan satu kesalahan kerana beliau hanya berniat untuk melindungi anak guamnya yang dikatakan menjadi mangsa dera ibunya.
Ads
Apa yang menariknya, aktivis wanita ini tidak mahu digari dengan mengulangi ayat “You need to gari me?” sedangkan ini merupakan prosedur apabila seseorang itu harus dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, polis membebaskan Siti Kasim selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan bagi perintah reman.
Campur tangan Tan Sri Muhyiddin Yasin
Foto: FMT
Menerusi petikan artikel online Mstar pada 25 Jun 2018, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menggesa Ketua Polis Negara bagi memberi laporan terperinci berhubung insiden melibatkan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim, sebelum mengambil sebarang tindakan.
Ads
“Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman, dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oleh mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya perlu untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu, tanpa menganggu siasatan polis,” kata Muhyiddin. Petikan dari Mstar.
Berikutan daripada campur tangan Tan Sri Muhyiddin Yasin, peguam yang juga merupakan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zairul Rijal Abu Bakar memberitahu FMT bahawa campur tangan Menteri itu dianggap bertentangan dengan janji kerajaan baharu untuk menegakkan “peraturan undang-undang”.
“Jika terdapat salah guna kuasa polis, Siti harus membawanya ke mahkamah untuk menentukannya. Saya yakin seorang peguam seperti dia juga tidak mahu eksekutif campur tangan dalam sebarang proses penyiasatan sama ada untuk atau terhadapnya.” terangnya dalam kenyataan di FMT.
Baginya, Siti Kasim mempunyai banyak jalan untuk mendapatkan bantuan undang-undang kerana beliau merupakan orang berpengaruh dalam Malaysia, namun tidak wajar untuk beliau meminta menteri dalam negeri untuk ikut campur.
Walaupun kes ini masih tidak menemui jalan penyelesaian sehingga ke hari ini, satu petikan dari FB Siti Kasim mendapat perhatian netizen kerana beliau menyokong campur tangan menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yasin dalam kes beliau.
Sebagai seorang anak, Putra Ahmad Merrah tetap akur terhadap pesanan bapanya Awie agar mendahulukan pelajaran berbanding terlibat dalam bidang seni tanpa persiapan ilmu, demikian lapor Malaysiakini.
Pesanan itu juga selari dengan pendiriannya ketika ini iaitu menumpukan kepada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia yang bakal membuka pintu untuk dia melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Bapa minta utamakan akademik dulu baru fikir minat menyanyi, saya pula SPM dululah.
“Bapa tidak menghalang untuk saya ceburi bidang seni. Dia kata: buat apa yang saya mahu dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.
Foto: Awie bersama isteri dan anak (dari kiri), Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Andeeka, Sharifah Ladyana dan Putra Ahmad Merrah. (Sumber: Instagram @awieofficial)
“Saya fikir betul juga cakap dia, akademik itu penting walaupun nak jadi penyanyi,” katanya.
Putra Ahmad juga menjelaskan mempunyai rancangan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas tamat SPM nanti.
“Bapa mahu lihat saya jadi penerbit filem”
Jelasnya lagi, bapanya sendiri meluahkan harapan mahu melihat dia bergiat sebagai pembikin filem berbanding bekerja di depan tabir.
“Saya nak masuk UiTM sebab bapa cadangkan sambung belajar dan kebetulan hasrat saya nak ambil jurusan seni persembahan.
“Dia ada kata kalau boleh nak lihat saya jadi penerbit filem, ketika ini di sekolah seni saya hanya belajar tentang produksi saja,” katanya yang menuntut di Sekolah Seni Malaysia dalam pengkhususan seni muzik.
Putra Ahmad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.
Melalui filem sulung Awie itu, dia yang juga penyanyi Alif Bata Duniaku berharap dapat mengembalikan pertubuhan NGO Melayu disertai ke laluan sepatutnya berlandaskan “al-Quran dan sunnah.”
Foto: Poster filem “Rebel: Berontak Untuk Berotak”.
Selain Putra Ahmad, Awie, 55, turut menjayakan filem – yang akan menjengah ke pawagam pada 2 Mei – itu di samping pelakon lain seperti Ben Amir, MK-K Clique, Shiqin Kamal, dan Nur Albaniah.
Mengulas pembabitannya dalam filem berkenaan, Putra Ahmad berkata dia teruja kerana pertama kali beraksi di depan lensa yang dikhususkan untuk layar lebar, dan dikendalilkan melalui arahan bapanya.
Pun begitu, dia mengakui berasa sedikit terkilan kerana lontaran dialognya disifatkan kurang memuaskan.
“Teruja sebab sebelum ni berlakon di pentas teater dan bukan skrin besar malah genre aksi.
“Namun saya sedikit kecewa sebab sewaktu berlakon filem ini umur saya baru 15 tahun. Jadi, boleh nampak apa yang kurang.
“Ada dialog saya ucap tidak berapa jelas macam mumbling (menggumam) saja terutama babak dengan Kasih,” katanya.
Justeru, menurut Putra Ahmad, dia akan cuba memperbaiki kemampuan lakonan untuk projek akan datang.
Katanya, dia juga bersedia dari segi mental sekiranya muncul kritikan yang di luar jangka.
Dia juga reda sekiranya lakonannya dikritik dan menganggap perkara itu demi memperbaiki mutu lakonannya.
Malam ini akan menjadi hari,tarikh dan peristiwa yang penting buat rakyat Malaysia kerana ia adalah acara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini. Seperti dimaklumkan kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada 16 tahun lalu.
Pelbagai persediaan telah dilakukan bagi memastikan Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 dari 17 hingga 23 September 2017 ini berjalan lancar. Bersama 404 acara yang dipertandingkan, tambah keterujaan anda dengan 5 fakta menarik ini.
1. Maskot Rasmi Rimau
Spesies Harimau Malaya diangkat sebagai maskot acara ini dan diberi nama RIMAU, singkatan kepada Respect (Hormat), Integrity (Berwibawa), Move (Tangkas), Attitude (Pesimis) dan Unity (Bersatu).
2. Wau Bulan Logo Rasmi
Wau Bulan dipilih sebagai logo, “Wau Factor” pula merujuk kepada 13,000 sukarelawan terpilih dengan 9,000 terbabit dalam Sukan SEA manakala 4,000 dalam Sukan Para ASEAN 2017.
3. Video Iklan Rasmi Sukan SEA 2017
Sebuah filem iklan rasmi KL2017 berjudul “It Takes A Nation To Raise A Champion” atau “Bersama, Kita Lahirkan Juara” arahan Quek Shio Chuan turut dihasilkan. Filem iklan ini boleh ditonton di Saluran Rasmi Kuala Lumpur 2017 (Kuala Lumpur 2017 Official Channel) di YouTube dan aplikasi rasmi “KL2017” di telefon pintar yang boleh didapati melalui iOS dan Android.
4. Penganjur Pertama
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN pertama pada tahun 2001, Malaysia sekali ini menjadi tuan rumah Sukan Para Asean ke-9 tahun ini, yang pertama selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015.
5. Jumlah Atlet
Kontinjen Malaysia
Daripada 4,888 atlet menyertai Sukan SEA tahun ini, 874 adalah kontinjen Malaysia!
Apa tunggu lagi! Jom kita ramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini. Libatkan diri dan mainkan peranan anda sebagai tanda sokongan kepada atlet Negara.
Sumber : era
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.