
Bagi anda yang suka drive, mesti ada timbul rasa di hati alangkah indahnya kalau dapat jimat minyak kereta. Tambah pula bila memandu di kawasan pedalaman yang mana untuk jumpa stesen minyak sangat susah. Mesti menggelabah bila tengah-tengah jalan, minyak dah turun dari separuh.
BACA: Ini 3 Aksesori Aftermarket Yang Anda Boleh Pasang Untuk Naikkan Nilai Jualan Semula Kereta
Kedengarannya macam mustahil tetapi percayalah, ia sebenarnya memang boleh dilakukan dengan langkah-langkah seperti berikut :
1. Bawa dengan kelajuan sederhana dan konsisten
Kelajuan yang sesuai bagi semua kenderaan adalah sekitar 70 – 90 km/j. Namun begitu, anda harus pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan brek
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek). Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. Ia boleh mempengaruhi takat minyak kenderaan anda.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.
BACA: Dengan Modal Kurang Dari RM10, Lelaki Ini Berjaya Hapuskan Banyak Lipas Dalam Kereta
5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan
Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Versys-X250 Penuhi Keperluan Harian

[et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”53″ fullwidth=”on” specialty=”off” transparent_background=”off” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off”][et_pb_fullwidth_post_title global_parent=”53″ admin_label=”Fullwidth Post Title” title=”on” meta=”on” author=”on” date=”on” categories=”off” comments=”off” featured_image=”on” featured_placement=”background” parallax_effect=”on” parallax_method=”off” text_orientation=”center” text_color=”dark” text_background=”on” text_bg_color=”rgba(255,255,255,0.9)” module_bg_color=”rgba(255,255,255,0)” title_all_caps=”off” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] [/et_pb_fullwidth_post_title][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”2_3″][et_pb_image admin_label=”Main Image ” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”on” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/05/SSM_20170520_1_5_V3.jpg”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Di mana-mana sahaja dan bila-bila masa, tagline yang sesuai mengenai jentera terbaharu Kawasaki iaitu Versys-X 250 yang direka bagi kegunaan di atas jalan raya mahu pun offroad.
Versys-X 250 ini mungkin model kembara atau touring yang dinanti ramai. Reka bentuknya diasaskan kepada prestasi model Versys Kawasaki terdahulu yang turut menawarkan keupayaan tunggangan di jalan raya tidak berturap selain untuk kegunaan harian.
MILIKI KUALITI
Sebelum penulis berbicara mengenai kemampuan jentera dua roda ini ketika seisi tunggang uji bersama media baru-baru ini, mungkin ada baiknya kita ‘berkenalan’ terlebih dahulu dengan Versys-X 250 ini.
Penampilannya boleh dikatakan tidaklah begitu moden, malah bahagian hadapannya mengingatkan kepada model KLR. Enjin dua silinder selari 249 cc yang digunakan sebenarnya adalah unit sama seperti pada Ninja 250 dan mampu menghasilkan sehingga 34 PS pada 11,500 rpm dan 21.7 Nm pada 10,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Cakera brek tunggal dipasang depan dan belakang, dengan Nissin empat angkup di hadapan. Tupang atau fork teleskopik standard mengampu bahagian hadapan, manakala penyerap kejutan tunggal pula mengampu hujung belakang.
Roda berjejari hadapannya bersaiz 19-inci manakala roda belakang bersaiz 17 inci, dan kedua duanya diperbuat daripada aluminium tetuang yang terkenal mampu menangani keperluan tunggangan lasak.
[/et_pb_text][et_pb_image admin_label=”Image ” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”on” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/05/SSM_20170520_1_5_V4.jpg”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
RASAI PENGALAMAN
Tunggang uji sejauh lebih 100 kilometer (km) sekitar Rawang- Shah Alam- Rawang lengkap dengan laluan tidak berturap sekitar 10 km membuktikan bahawa enjin 249cc yang dipasang pada motosikal ini ditala baik bagi menghasilkan kuasa sekata pada rpm rendah dan sederhana dan masih mampu menghasilkan pecutan yang kuat pada rpm tinggi.
Pada peringkat awal laluan lebih tertumpu di atas lebuh raya dengan diiringi polis trafik yang cemerlang memastikan konvoi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Tunggang di lebuh raya terasa selesa dengan purata kelajuan 140 kmj sehingga 160 kmj masih boleh dicapai walaupun tidak digalakkan memandangkan ia nya akan memaksa rpm enjin memasuki zon merah sehingga 12,000 rpm.
Begitu juga menyusuri kesesakan lalu lintas, tiada masalah buat Versys X 250 yang mudah di kendalikan selain kuasa, hantaran kuasa yang lancar dan tork yang kuat memudahkan pergerakan kelajuan perlahan.
JENTERA BERBALOI
Bukan setakat atas jalan biasa, penulis turut berpeluang membawa motosikal melalui jalan offroad, yang tidaklah begitu keterlaluan. Boleh dikatakan, bagi mereka yang mencari kepuasan untuk menggeluncur ke kiri kanan apabila memulas pendikit di atas jalan licin, anda tidak akan menemuinya pada Versys-X 250.
Tapi kalau sekadar ingin meneroka santai, termasuk melalui jalan yang tidak banyak digunakan oleh orang lain, anda tidak akan bermasalah.
Keselesaan juga dirasai dengan tempat duduk sebenarnya sama lebar dengan Versys 650 manakala kedudukan tunggangan yang tegak, juga tidak memenatkan penunggang.
Secara keseluruhan, pastinya ramai yang tidak akan kecewa dengan prestasi motosikal terbaharu Kawasaki ini terutama sekali bagi mereka yang ingin berjinak dengan tunggangan kembara luar bandar yang melibatkan jalan tidak berturap.
Pengendalian mudah dan terkawal serta kedudukan yang menegak dan bersahaja membolehkan anda menangani keperluan keseronokan penunggangan yang santai dan bersahaja, biarpun untuk menunggang seharian.
SPESIFIKASI VERSYS-X250
Enjin : Sejukan cecair, 4 lejang, Berkembar selari
Sesaran : 249cc, Enam kelajuan
Sistem Injap : DOHC, 8 injap
Sistem Bahan Api : Suntikan Bahan Api
Penghidup – Elektrik
Kuasa Maksimum : 24.7kw
Tork Maksimum 21.7N.m
Harga : RM23,789 termasuk GST
[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″][et_pb_code admin_label=”Med Rect A” custom_css_main_element=”text-align: center;||margin:0;padding:0||padding-top: 0px !important;” saved_tabs=”all” global_module=”54″ /][et_pb_text admin_label=”Header Follow” background_layout=”dark” text_orientation=”center” text_font=”Oswald|on|||” background_color=”#000000″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_css_main_element=”margin-bottom: 10% !important;”]
FOLLOW KAMI
[/et_pb_text][et_pb_social_media_follow admin_label=”Social Media Follow” link_shape=”circle” background_layout=”light” url_new_window=”on” follow_button=”off” custom_css_main_element=”text-align: center !important;||margin-bottom: 5% !important;” saved_tabs=”all” global_module=”55″] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][et_pb_code admin_label=”Surat Berita” custom_css_main_element=”text-align:center;”]<iframe width=”100%” height=”441″ frameborder=”0″ scrolling=”no” src=”http://www.karangkraf.info/maskulin-300px.php”></iframe>[/et_pb_code][et_pb_code admin_label=”Med Rect B” custom_css_main_element=”text-align: center;” saved_tabs=”all” global_module=”56″ /][et_pb_text admin_label=”Header Video” background_layout=”dark” text_orientation=”center” text_font=”Oswald|on|||” background_color=”#000000″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_css_main_element=”margin-bottom: 1% !important;” disabled=”off” disabled_on=”on||”]
VIDEO
[/et_pb_text][et_pb_video admin_label=”Video” saved_tabs=”all” src=”https://www.youtube.com/watch?v=X6Cvyzurng4″ image_src=”//i.ytimg.com/vi/X6Cvyzurng4/hqdefault.jpg” disabled=”off” disabled_on=”on||” global_module=”57″] [/et_pb_video][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”off” specialty=”off”][et_pb_row admin_label=”Row” global_module=”1094″ make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” use_custom_gutter=”off” padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” make_equal=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off” parallax_2=”off” parallax_method_2=”off” column_padding_mobile=”on”][et_pb_column type=”2_3″][et_pb_code global_parent=”1094″ admin_label=”FB Comment”][fbcomments][/et_pb_code][et_pb_code global_parent=”1094″ admin_label=”Artikel Berkaitan”][wpdreams_rpl][/et_pb_code][et_pb_comments global_parent=”1094″ admin_label=”Comments” show_avatar=”on” show_reply=”on” show_count=”on” background_layout=”light” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_button=”off” button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″ disabled=”on” disabled_on=”on|on|on”] [/et_pb_comments][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”58″ fullwidth=”off” specialty=”off” transparent_background=”off” background_color=”#000000″ allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” custom_padding=”30px|||” padding_mobile=”off” disabled=”off” disabled_on=”on|on|” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off”][et_pb_row global_parent=”58″ admin_label=”Row” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” use_custom_gutter=”off” padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” make_equal=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off” parallax_2=”off” parallax_method_2=”off” parallax_3=”off” parallax_method_3=”off” parallax_4=”off” parallax_method_4=”off” column_padding_mobile=”on”][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|” text_font=”Oswald||||”] INFO [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”58″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Link Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Tentang Kami
+ Pengiklanan
+ Penafian
+ Langganan
+ Hubungi
[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|” text_font=”Oswald||||”] KARANGKRAF [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”58″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Link Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Utama
+ Sinar Harian
+ Sinar TV
[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|” text_font=”Oswald||||”] FOLLOW KAMI [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”58″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_social_media_follow global_parent=”58″ admin_label=”Social Media Follow” link_shape=”circle” background_layout=”dark” url_new_window=”on” follow_button=”on” custom_css_main_element=”text-align: left !important;||margin-bottom: 1% !important;”] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_4″][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”64″ fullwidth=”off” specialty=”on” transparent_background=”off” background_color=”#000000″ allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” custom_padding=”30px|||” padding_mobile=”off” disabled=”off” disabled_on=”||on” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off” parallax_2=”off” parallax_method_2=”off”][et_pb_column type=”1_2″ specialty_columns=”2″][et_pb_row_inner global_parent=”64″ admin_label=”Row”][et_pb_column_inner type=”1_2″ saved_specialty_column_type=”1_2″][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Oswald||||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|”] INFO [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”64″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Link Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Tentang Kami
+ Pengiklanan
+ Penafian
+ Langganan
+ Hubungi
[/et_pb_text][/et_pb_column_inner][et_pb_column_inner type=”1_2″ saved_specialty_column_type=”1_2″][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Oswald||||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|”] KARANGKRAF [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”64″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Link Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Utama
+ Sinar Harian
+ Sinar TV
[/et_pb_text][/et_pb_column_inner][/et_pb_row_inner][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_2″][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Follow Kami” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Oswald||||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|”] FOLLOW KAMI [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”64″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_social_media_follow global_parent=”64″ admin_label=”Social Media Follow Ipad” link_shape=”circle” background_layout=”dark” url_new_window=”on” follow_button=”on” disabled=”off” disabled_on=”on||” custom_css_main_element=”text-align: center !important;||margin-bottom: 1% !important;”] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][et_pb_social_media_follow global_parent=”64″ admin_label=”Social Media Follow Mobile” link_shape=”circle” background_layout=”dark” url_new_window=”on” follow_button=”off” disabled=”off” disabled_on=”off|on|on” custom_css_main_element=”text-align: center !important;||margin-bottom: 1% !important;”] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][/et_pb_column][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”on” specialty=”off” transparent_background=”off” background_color=”#5e5e5e” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” custom_css_main_element=”height: 4px;”][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”70″ fullwidth=”off” specialty=”off” transparent_background=”off” background_color=”#000000″ allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” custom_padding=”||0px|”][et_pb_row global_parent=”70″ admin_label=”Row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image global_parent=”70″ admin_label=”Logo Karangkraf Desktop & Tablet” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/04/logo-kkf-putih-2.png” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”center” disabled=”off” disabled_on=”on||” force_fullwidth=”off” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”-10px|||” custom_css_main_element=” width:400px; || height: auto;”] [/et_pb_image][et_pb_image global_parent=”70″ admin_label=”Logo Karangkraf Mobile” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/04/logo-kkf-putih-2.png” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”center” disabled=”off” disabled_on=”|on|on” force_fullwidth=”off” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”-10px|||” custom_css_main_element=” width:300px; || height: auto;”] [/et_pb_image][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
BMW C 400 X & BMW C 400 GT Baharu, Skuter Premium Urban Berteknologi Canggih

Dalam dunia moden yang pantas dan penuh tuntutan, lelaki hari ini memerlukan lebih daripada sekadar kenderaan. Mereka perlukan gaya, kuasa dan praktikaliti yang bergabung sempurna. Menyahut keperluan ini, BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua model skuter premium bersaiz sederhana yang cukup menggoda untuk penunggang urban yang berkarakter, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT.
Reka bentuk kedua-dua model ini bukan sekadar cantik dipandang. Ia adalah simbol kebebasan mobiliti urban moden yang dipenuhi teknologi canggih dan prestasi jitu.

Sesuatu yang sangat dihargai oleh lelaki aktif yang sentiasa bergerak dari mesyuarat ke gim, dari kota ke destinasi percutian.
BMW C 400 X tampil dengan aura maskulin melalui varian “Rugged” yang serba garang – warna Kalamata metallic matt, rim merah, tayar gaya offroad dan angkup brek emas.
Bagi yang dambakan elegan dan keselesaan maksimum, BMW C 400 GT dalam varian “Exclusive” pasti menarik perhatian. Dengan warna Diamond White metallic dan pencahayaan lantai, ia menyerlahkan rasa sofistikated seorang lelaki urban berkelas.

Namun, keindahan visual hanyalah sebahagian cerita. Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 350cc yang menghasilkan 34hp dan tork maksimum 35Nm.
Indikasi cukup bertenaga untuk menelusuri kesesakan kota atau nikmati perjalanan jarak jauh dengan penuh keyakinan. Transmisi CVT serta set kuasa ayun berketahanan tinggi memastikan tunggangan lancar dan responsif.
Keselamatan dan Kawalan
BMW tidak main-main dalam hal keselamatan. Dengan BMW Motorrad ABS Pro, anda boleh membrek dengan lebih yakin di selekoh.
Dynamic Brake Control dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) memastikan kestabilan ketika membrek mengejut atau memecut di permukaan licin.
Kawalan Tork Seretan Enjin (MSR) pula membantu mencegah tunggangan yang tidak stabil ketika menurunkan kelajuan mendadak — ciri yang sangat berguna dalam trafik tidak menentu.
BMW C 400 X turut hadir dengan paparan TFT 6.5 inci, manakala C 400 GT pula menerima skrin 10.25 inci dengan fungsi split screen dan navigasi.
Semua ini boleh diintegrasikan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected untuk pengalaman lebih lancar.
Tambahan ruang simpanan dengan 3 liter di bawah tempat duduk C 400 X dan 12 liter untuk C 400 GT. Ia cukup luas untuk simpanan topi keledar, jaket atau beg kerja. Kotak penyimpanan tambahan 43.5 liter juga tersedia untuk mereka yang mahukan lebih.
Sistem tanpa kunci dan port USB disediakan sebagai standard, memberikan sentuhan futuristik yang memudahkan gaya hidup harian.
Pemilikan Bijak
Bermula dari RM47,500 untuk BMW C 400 X dan RM53,500 untuk C 400 GT, pemilikan boleh dimulakan serendah RM668 sebulan.
Ditambah dengan pelan servis menyeluruh dan waranti tiga tahun, pelaburan ini bukan sekadar untuk gaya — ia adalah pelaburan untuk mobiliti pintar, selamat dan bergaya.
BACA: 5 Servis Kereta Paling Penting Sebelum Pulang Kampung Sambut Hari Raya Aidilfitri
Jentera bukan sekadar skuter — ia adalah kenyataan gaya hidup lelaki moden. Sama ada anda seorang eksekutif kota atau penjelajah hujung minggu, dua model ini menawarkan keselesaan, teknologi dan keupayaan yang serasi dengan kehidupan maskulin penuh gaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gaya Sporty Ikonik BMW 1250 R & BMW 125 RS Hadir Bersama Ciri Serba Inovatif

Bagi penggemar motosikal mewah berkuasa tinggi model yang ditampilkan oleh BMW Motorrad Malaysia ini pastinya cukup sinonim dalam pandangan dan juga fikiran anda. Mana tidaknya BMW 1250 R dan BMW 1250 RS merupakan jentera dikuasakan enjin boxer BMW yang cukup ikonik.
Baru-baru ini BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua jentera ini yang hadir dengan pelbagai ciri serta fungsi inovatif yang dikatakan mampu membawa pengalaman tunggangan yang serba dinamik.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata,”Berbekalkan harapan besar, kami dengan rasa bangga mempersembahkan era baharu bagi segmen jentera jelajah sport, menjulang slogan ‘Make Life a Ride’ yang telah kami laungkan selama 100 tahun.
“BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS mencabar batasan dengan beberapa kemajuan teknologi yang baharu, digandingkan dengan enjin boxer dan siluet kami yang ikonik, menonjolkan lagi kepakaran jenama ini dalam arena motosikal jelajah sport.”
BMW R 1250 R baharu ini dilihat menyambung kejayaan jentera roadster yang dibawakan oleh BMW Motorrad. Manakala BMW R 1250 RS baharu pula berpegang kepada legasi “RS”, yang menjadi tanda aras bagi kecemerlangan jentera jelajah sport. Lebih bersofistikasi dan inovatif, ia menjanjikan sebuah pengalaman jelajah yang sporty dan dinamik di aras yang tertinggi.

ASPEK KESELAMATAN TERTINGGI
Sebagai jentera jelajah sport, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu dilengkapi secara standard dengan BMW Integral ABS Pro, iaitu sistem pembrekan yang dirumus untuk memperkayakan aspek keselamatan, khususnya semasa membelok.
Turut dirangkumkan secara standard ialah Kawalan Brek Dinamik (DBC), ia membekalkan sokongan tambahan semasa membuat pembrekan kecemasan dengan mencegah pengaktifan pendikit yang dibuat tanpa sengaja.

Ia dapat dikecapi dengan intervensi dalam kawalan enjin, tork pacuan akan menyusut semasa membrek bagi memanfaatkan daya pembrekan pada roda belakang dengan sepenuhnya. Hasilnya ialah stabiliti yang lebih baik serta jarak pembrekan yang lebih singkat.
Kedua-dua motosikal hebat ini juga didatangkan dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) secara standard. Secara tidak langsung menjamin daya cengkaman yang sangat baik serta tahap keselamatan yang tinggi.

KEHEBATAN ENJIN
Riding Modes Pro pula membawa mod-mod tunggangan boleh suai turut disertakan bersama memberikan keselesaan penunggang.
Memberi nafas kepada BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ialah enjin boxer empat lejang dua silinder berpenyejukan udara/cecair – sesarannya yang bernilai 1,254 cm3. Kekuatan ini mampu membekalkan 100 kW (136 PS) dan 143 Nm tork.
Selain itu teknologi BMW ShiftCam juga memainkan peranannya, menawarkan keupayaan pemasaan injap serta peninggian injap berciri boleh ubah pada bahagian salur masuk.

Hasilnya ialah sebuah enjin yang berkeupayaan untuk membekalkan kuasa dengan lancar merentasi semua julat kelajuan, sambil memelihara corak penggunaan bahan api dan emisi yang cemerlang.
Dari segi fungsi keterhubungan dan navigasi pulaia memperkenalkan skrin paparan berwarna TFT secara standard. Aneka paparan skrin tersuai boleh dipilih untuk pelbagai tujuan, termasuk Skrin Teras ‘Sports’ yang membekalkan informasi seperti ABS Pro atau DTC.

Seunit soket kuasa 12 volt bersepadu dan juga soket USB-A tambahan dengan bekalan kuasa 5 volt dapat mengecas peranti mudah alih pengguna, turut hadir dengan keupayaan pengecasan pantas yang bergantung kepada jenis peranti.
Panggilan Kecemasan Pintar juga merupakan fungsi standard bagi memastikan bantuan segera dapat diberikan dalam situasi kecemasan.

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ditawarkan dalam varian model Sport dan juga Triple Black. Setiap satu hadir dengan aneka warna yang unik.
Varian Sport jentera BMW R 1250 R didatangkan dalam warna Racingblue, manakala varian Triple Black hadir dalam warna Blackstorm. Sementara itu, varian Sport bagi BMW R 1250 RS baharu disediakan dalam warna Lightwhite, Racingblue dan Racingred, manakala varian Triple Black disediakan dalam warna Blackstorm.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI