Kini anda tak perlu lagi membeli alat jimatkan elektik kerana ada cara yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan bil bulanan anda.

Dengan mempraktikkan tip yang dikongsikan TNB ini, bukan sahaja anda dapat mengurangkan bil bulanan sekali gus menjimatkan penggunaan elektrik di rumah.

Jom amalkan 14 tip menjimatkan elektrik sebagaimana yang disarankan oleh TNB.

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

1. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap. Gunakan ruang dalam mesin basuh semaksima yang mungkin.

2. Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisien. Idea ini sangat membantu untuk menjimatkan bil elektrik anda.

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

3. Tutup semua pintu dan tingkap semasa pendingin udara dihidupkan. Ini untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lagi rendah bil elektrik anda.

Ads

4. Guna mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sedikit. Langkah bijak untuk kurangkan bil bulanan anda.

5. Cuba amalkan menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak.

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

6. Penuhkan cerek air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda ingin panaskan air.

7. Pilih peralatan elektrik yang ada rating 5 bintang (Logo merah kecil seperti pada gambar di bawah).

Ads

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

8. Beri ruang kepada peti sejuk anda untuk ‘bernafas’. Jarakkan peti sejuk anda dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisien. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada cahaya matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, ini akan memaksa peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu sejuk.

9. Tutup komputer, laptop, monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

Ads

10. Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Contoh, lampu spotlight di luar rumah. Ini juga cara menjimatkan elektrik yang praktikal untuk kediaman mahupun bangunan komersial seperti premis kedai dan sebagainya.

11. Anda disaran untuk menggunakan lampu pendarfluor T5 atau LED sebagai langkah penjimatan elektrik. Lampu T5 ini sangat efisien dalam memberikan pencahayaan yang terang dan jimat tenaga.

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

12. Cara jimat elektrik guna aircond – Suhu penghawa dingin yang paling efisien ialah antara 23-25 darjah Celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda. Cuba laraskan dalam julat tersebut untuk lebih penjimatan.

13. Cara susunan barang dalam peti sejuk juga mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik. Cuba disiplinkan diri untuk susun barang dalam peti sejuk supaya ia lebih kemas dan tersusun. Tip jimat elektrik ini untuk memastikan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisien dan menjimatkan elektrik.

Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

14. Gunakan mod ‘cold wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Ini untuk mengelakkan mesin basuh anda menggunakan lebih tenaga untuk memanaskan air.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI