Perlu kita akui bahawa majoriti rakyat Malaysia makan nasi tak mengira waktu. Pada sebelah paginya pelbagai juadah sarapan dalam bentuk nasi dijual seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi kerabu.
Kalau untuk makan tengahari dan malam pula usah ceritalah, pelbagai jenis juadah dalam bentuk nasi boleh kita dapati dengan mudah sekali.
Tapi sejak kebelakangan ini semakin ramai yang cuba menghindari nasi kerana menganggap makanan berkarbohidrat ini menjadi punca utama masalah berat badan mereka. Sebenarnya nasi itu tak salah. Ia menjadi satu ‘beban’ kepada badan anda bila diambil secara berlebihan dan pada waktu yang tak sesuai.
Ads
Malah ramai antara kenalan penulis sendiri yang seakan-akan terus banned nasi dalam hidup mereka. Sebagai seorang yang ada ‘perut’dan selera orang Melayu, sukar bagi penulis untuk mengikut jejak seperti itu.
Ramai pakar pemakanan berpendapat kita sebenarnya tak harus menghindari nasi sama sekali. Seperti yang MASKULIN katakan di atas ia bergantung kepada kuantiti dan bila anda memakannya.
WAKTU TERBAIK
Masa terbaik untuk anda makan nasi ialah pada waktu siang. Ini kerana pada waktu siang metabolisme badan berada pada tahap paling aktif dan mampu menyerap nutirisi daripada makanan seperti nasi. Tubuh juga boleh mencerna semua makanan yang anda makan dengan baik.
Ads
Makanan paling penting dalam diet harian anda ialah sarapan. Dan jika anda ingin makan nasi pada waktu pagi, pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang.
Ads
Sebagai contoh pastikan posrtion nasi yang anda makan itu tak lebih segenggam sahaja. Untuk lengkapkan sarapan sertakan dengan sayur dan juga sedikit buah.
JANGAN MAKAN SELEPAS WAKTU INI
Sebaiknya waktu makan malam terbaik ialah sebelum masuknya waktu maghrib atau sebelum pukul 8. Jika anda makan pada waktu malam ia merupakan tempoh masa yangh sangat dekat dengan waktu tidur. Dan bila ini berlaku fungsi perncernaan akan bekerja lebih lambat semasa anda sedang tidur dan berehat.
Lalu lama-kelamaan boleh menjadi punca berat badan anda naik dan perut juga mula jadi boroi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
3 Tips berhadapan dengan bos yang sombong dan panas baran.
Biasanya bos yang sombong dan panas baran ini orangnya jenis “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi di sekitar tempat kerja. Sebab itu asal ada sahaja yang tidak kena, dia akan cepat melenting.
Tips 1: Tonjolkan diri.
Untuk mengambil hati seorang bos yang sombong dan panas baran, anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan kepadanya kerajinan anda, professionalisma, juga kecekapan anda bekerja supaya dia sedar yang anda ada kelebihan tersendiri. Berikan kepadanya idea-idea bernas yang anda fikirkan. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! Sikap sombong dan panas baran itu jika dipandang dari sudut positif, sebenarnya mendesak anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi anda sama seperti prestasi kecemerlangan yang dimahukan oleh bos anda itu.
Tips 2: “Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.”
Orang yang sombong dan panas baran ini, hatinya perlu dirawat dengan pujian namun janganlah pula berlebihan. Dari luar terlihat keras dan angkuh, tapi di dalam begitu lembut dan rapuh. Ya, seperti buah durian. Kebanyakan orang yang bersikap sombong dan panas baran memiliki hati yang lembut. Disinilah kunci utamanya! Orang yang memiliki sifat seperti ini sangat mengharapkan perhatian yang lebih, kerana dia akan menyimpan dan memandam segala masalahnya sendiri. Ada sisi rapuh di sini, di mana dia mudah terkoyak oleh sesuatu yang mengena seperti kasih sayang. Ambilah sisi ini, kerana sisi tersebut sangat sensitif dan mudah mempengaruhinya.
Ajak dia bercerita tentang kisah hidupnya, bercerita pasal anak-anak, ahli keluarganya, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu lakukan. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada dikalangan para pekerja atau orang bawahannya yang ingin tahu bagaimana dia berusaha untuk berjaya sehingga sampai ke tahap kedudukan dan jawatannya sekarang ini. Sudah tentu dia akan menceritakan segala pengalamannya dengan senang hati. Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk anda berhadapan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekatinya, dan dia juga akan merasa selesa untuk bergaul dengan anda.
Tips 3: “Bila bos anda marah anda, biarkan saja dia memarahi anda semahunya.”
Orang yang sombong dan panas baran ini, memiliki perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidupnya. Semua perasaan sakit hati itu telah terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama semakin bertambah dan makin membanyak. Mungkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau merasa tertekan dengan tanggungjawab kerjanya yang bertimbun. Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan melepaskan semua perasaan sakit hatinya yang terkumpul selama ini.
Apabila anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran atau “cepat naik angin”, biarkan saja dia melepaskan kemarahannya selagimana dia mahu. Beri peluang untuk dia lepaskan kesemua yang terbuku di hatinya. Dia gunakan kemarahannya itu pada anda sebagai cara untuk dia lepaskan geram.
Elakkan untuk memberi apa-apa respon pada waktu itu. Lama kelamaan bila keadaannya sudah reda, bila geramnya sudah hilang “power”, dia akan menjadi seseorang yang amat baik. Masa inilah anda boleh gunakan untuk mendekatinya. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos anda yang anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya.
Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan anda. Bos anda akan menganggap anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, anda akan merasa selesa, tidak ada lagi perasaan takut-takut atau segan-segan.
Kesimpulannya
Setiap orang yang kena marah memang agak sukar untuk melupakan rasa dimarahi itu, melainkan kita mengganggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekanan yang telah lama terbuku di hatinya. Inilah caranya untuk kita memiliki ketahanan apabila dimarahi. Jika fikiran anda terganggu dengan seseorang yang berwatak sombong atau panas baran, bukan berarti bos anda tersebut telah melakukan kesalahan. Perasaan jengkel anda disebabkan cara berfikiran yang berbeza. Anda melihat situasi dari sisi “anda sendiri”. Anda berfikir segala yang terjadi seharusnya sesuai dengan cara anda. Sedangkan bos anda mempunyai cara berfikiran yang lain. Memang rumit, tapi bersangka baiklah dengan kemarahan orang yang memarahi anda!
Belajarlah menerima sesiapa sahaja dengan seadanya. Yang penting mulakan segala kebaikan pada diri sendiri terlebih dahulu. Jika kita inginkan kebaikan orang pada kita maka kita hendaklah terlebih dahulu memulakan kebaikan itu pada diri sendiri. Dengan cara ini kita akan mampu bergembira apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, walaumacamana sekalipun perangainya. Moga Allah SWT memberi kelapangan dada untuk kita menghadapinya, insya Allah.
sumber: mohamadzakihalim.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Atlet renang dari Itali, Thomas Ceccon dilihat tidur di kawasan taman di Paris selepas mengadu tentang kemudahan penginapan di perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024.
Memetik laporan Daily Mail, Thomas meluahkan rasa kecewa dengan penginapan para atlet di kejohanan itu dan mendakwa sukar untuk tidur malam mahupun tidur siang.
“Tiada pendingin hawa di perkampungan, ianya panas, makanan juga teruk,” ujarnya yang merangkul pingat emas dalam acara kuak lentang 100-meter kategori lelaki minggu ini.
“Ramai atlet berpindah disebabkan alasan ini. Ia bukan alibi atau alasan, ia adalah kenyataan yang mungkin tidak semua orang tahu,” tambah Thomas.
“Biasanya, apabila saya di rumah, saya sentiasa tidur pada waktu petang. Di sini saya bergelut dengan kepanasan dan bunyi bising,” luah atlet berusia 23 tahun itu lagi.
Atlet dayung dari Arab Saudi, Husein Alireza melihat Thomas tidur beralaskan tuala di sebuah taman lalu mengambil gambar dan memuat naiknya di laman Instagram
Selain Thomas, perenang dari Australia dan Perancis sendiri iaitu Ariarne Titmus dan Assia Touati turut mengadu mengenai penginapan yang disediakan oleh Paris selaku tuan rumah kejohanan tahun ini.
Meskipun berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara gaya bebas 400 meter, Ariarne beranggapan yang dia mampu memecahkan rekod dunia jika diberikan penginapan yang lebih selesa.
“Ia mungkin bukan masa yang saya fikir saya mampu, tetapi tinggal di Perkampungan Olimpik menyukarkan saya untuk beraksi,” kata Ariarne ketika ditemu bual selepas perlumbaan.
“Ia pastinya dibuat bukan untuk prestasi tinggi, jadi ia mengenai siapa yang benar-benar boleh menguatkan semangat dalam fikiran”.
Katil Kadbod Mudah Mendap
Katil di Perkampungan Olimpik Paris 2024 menjadi tumpuan utama disebabkan ketidakselesaannya.
Katil bujang yang dihasilkan oleh Airwave menggunakan bingkai yang diperbuat daripada kadbod sebagai salah satu usaha kelestarian penganjur.
Bagaimanapun, usaha kelestarian itu memperjudikan keselesaan apabila katil itu didakwa mudah mendap oleh beberapa atlet selepas malam pertama menggunakannya.
Selain itu, penginapan mereka juga didakwa tidak mirip langsung dengan sebuah hotel apabila mereka perlu mendapatkan sendiri beberapa keperluan seperti tisu tandas.
Rutin atau senaman treadmill mungkin dipandang ringan. Malah ramai beranggapan, senaman treadmill dengan posisi berlari atau berjalan laju di atas lantai yang bergerak membosankan, membuang masa dan tidak berkesan. Namun anda silap!
Senaman treadmill juga sebenarnya sama faedahnya seperti anda mendaki bukit yang tinggi kerana ia mampu membakar kalori dan lemak dengan cepat. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, ada cara tersendiri yang perlu anda ikuti ketika melakukan senaman treadmill.
Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.
1. Sesuaikan diri bila menggunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya. Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.
2. Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan. Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.
3. Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
4. Jadikan treadmill sebagai rutin harian
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
5. Tidak perlu masa lama
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.
Amalkan tabiat dengan mengosongkan perut anda terlebih dahulu sebelum memulakan senaman treadmill ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.