Ikut Cara-Cara Ini Dan Hilang 2 Inch Dalam Masa 2 Minggu

Share

Bila berhadapan dengan masalah berat badan ni macam-macam ragam kan? Kami faham jika anda menghadapi kesukaran untuk bersenam kerana ia merupakan perkara yang sagat sukar untuk dilakukan kerana kekangan masa. Jadi apa kata kalau anda meluangkan masa sedikit untuk melakukan beberapa aktiviti mudah ini untuk mengurangkan 2 inci dalam masa dua minggu. Bunyi memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit!

 

 

Selamat tinggal kepada gula

 

Ini merupakan perkara pertama yang harus anda lakukan. Bye bye kepada gula. Ia merupakan faktor utama anda akan cenderung kepada berat badan berlebihan. Benar gula penting untuk badan anda, namun melalui makanan anda pun sudah ada gulanya yang tersendiri. Sama juga kepada buah-buahan.

 

 

Mula hari anda di waktu pagi

Walaupun hujung minggu, apa kata jika anda bangun awal. Jika anda mengimpikan bentuk badan yang cantik dan menarik dan kekal segar sepanjang hari, boleh lah anda lakukan perkara ini. Mendapat tidur yang cukup dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme andai. Sekiranya anda keluar dari rumah lebih awal, anda akan mendapat rangsangan metabolik tambahan, penyelidik di Northwestern University telah mendapati bahawa orang yang terdedah kepada hanya satu tempoh pendek cahaya matahari pada awal pagi mempunyai BMI yang lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang bangun lewat.

 

 

Tolak tepi sos

Sedap kan makan salad dengan sos. Namun, sos mempunyai campuran bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Jadi daripada anda makan sos tu, apa kata anda makan raw saja. Tak sedap? Benda sihat mana ada sedap. Tapi itulah terbaik untuk badan. Kata nak kurus kan?

 

 

Snek dengan kacang-kacangan

 

 

Benar kacang merupakan lemak, namun ia merupakan lemak yang sihat bergantung kepada pengambilannya. Jangan pula anda makan sebalang. Kacang yang berlemak ini membantu anda untuk melawan dan merangsang metabolisme anda ketika badan anda dahaga benda manis. Jadi, cuba makan kacang bila anda sedang lapar. Ia juga membantu anda untuk melengahkan rasa lapar.

 

 

Berus gigi lepas makan

 

Memberus gigi anda sepanjang hari juga dapat membantu anda mengurangkan lemak perut dengan cepat. Satu kajian yang dijalankan menunjukkan lebih daripada 14,000 peserta mendapati bahawa berus gigi selepas makan dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah. Rasa ubat gigi ini bukan sahaja bertentangan dengan semua makanan, memberus gigi juga boleh mencetuskan tindak balas mematikan selera anda untuk terus makan.

 

Bersenam

Kalau tak boleh nak bersenam banyak pun apa kata kalau anda follow tips ini Luangkan Masa Di Pagi Hari Untuk Perkara-Perkara Ini, Kalau Nak Kurus! Mudah Je . Sekurang-kurangnya badan anda kekal segar sepanjang hari. Hari yang ceria baru boleh turun berat .

Published by
Maiya Deen