Anda wajib minum air putih secukupnya kalau nak mudah turun berat badan. Selain mengawal selera makan, minum air putih juga dapat meningkatkan metabolisme dan memudahkan lemak degil disingkirkan dalam tubuh badan.
Anda kena minum air putih mengikut waktu terbaik bagi memberi kesan pada penurunan berat badan. Namun waktu apakah yang terbaik untuk minum air putih?
Ini 8 waktu terbaik anda harus minum air putih agar lebih mudah anda turunkan berat.
1. Bangun tidur
Selepas bangun dari tidur, inilah masa terbaik untuk anda minum air putih. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk mudah bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air membantu tubuh menolak radikal bebas dan sisa-sisa dari kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.
2. Sebelum makan
Seterusnya minum air putih sebelum makan. Ini akan membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Minum air putih sebelum makan juga akan melembapkan lapisan perut. Ini membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa makan.
Ads
3. Bila lapar
Ya, bila mula terasa lapar kerana tidak makan, cuba minum segelas air putih. Cuba mulakan dengan minum 500ml air 30 minit sebelum makan. Air putih akan membuatkan perut lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.
4. Sebelum bersukan
Sebelum sukan anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik, malah peredarannya juga lebih terjaga dan lancar.
Ads
5. Selepas bersenam
Selepas bersenam, jangan lupa minum air putih dengan banyak. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair dlaam tubuh badan anda yang hilang. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar. Namun pastikan anda tidak tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.
6. Bila dikelilingi orang sakit
Ads
Jika anda berada di sekitar orang sakit sama ada di hospital, tempat kerja atau sekolah, anda dinasihatkan untuk minum air putih lebih daripada kuantiti biasa. Tujuannya bagi membantu membersihkan kuman dan virus yang tersebar.
7. Ketika sakit
Apabila anda sakit, minumlah banyak air putih agar kesihatan anda menjadi lebih baik. Ambil lapan gelas air putih setiap hari (8 auns setiap gelas) untuk kesan yang baik.
8. Bila anda rasa penat
Tahukah anda, keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, minumlah satu atau dua gelas air putih ketika anda dalam kepenatan.
Semoga tip ini akan membantu memudahkan anda menurunkan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak kiralah sama ada anda seorang lelaki atau wanita rata-rata daripada kita semua pastinya mengidamkan bentuk badan yang sempurna atau ideal.
Walaupun kesempurnaan itu satu perkara mustahil namun tidak salah untuk kita berusaha mendapatkan bentuk badan yang baik bukan sahaja untuk penampilan lebih menarik tetapi untuk kesihatan.
Tidak dinafikan mencapai bentuk badan yang sempurna dalam masa 3 bulan itu sangat sukar. Namun ia tidak mustahil untuk dilakukam.
Apa yang penting anda perlu amalkan pendekatan holistik yang melibatkan pemakanan yang seimbang, latihan fizikal yang sesuai dan rehat yang mencukupi.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti lima aspek dan panduan berikut.
PEMAKANAN SIHAT
Kawal Pengambilan Kalori: Kurangkan pengambilan kalori harian dengan fokus kepada makanan berkualiti tinggi.
Pentingkan Protein: Ambil protein yang mencukupi untuk membantu pembentukan otot. Sumber protein termasuk ayam, ikan, telur, dan kacang-kacangan.
Karbohidrat Kompleks: Pilih karbohidrat kompleks seperti oat, nasi perang, dan ubi untuk tenaga yang lebih tahan lama.
Lemak Baik: Sertakan lemak baik seperti avokado, kacang-kacangan, dan minyak zaitun.
LATIHAN FIZIKAL
Kardio: Lakukan aktiviti kardio seperti larian, berbasikal, atau berenang untuk membakar lemak.
Latihan Kekuatan: Fokuskan latihan kekuatan pada semua kumpulan otot utama. Squat, deadlift, bench press, dan pull-up adalah latihan yang baik.
Latihan Kardio Interval: Gabungkan latihan kardio dengan sesi interval untuk meningkatkan kadar metabolisma.
KEKAL AKTIF SETIAP HARI
Bergerak Aktif: Pastikan anda aktif sepanjang hari, contohnya dengan berjalan kaki, menggunakan tangga, atau melakukan senaman ringan di pejabat.
Rehat yang Cukup: Berikan badan masa untuk pulih dengan tidur yang mencukupi setiap malam. Tidur yang baik penting untuk pemulihan otot.
Pastikan anda meminum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu dalam proses pemulihan badan.
PANTAU KEMAJUAN DAN PENYESUAIAN DIRI
Ambil catatan kemajuan anda, sama ada dalam bentuk foto atau catatan latihan, dan sesuaikan program latihan dan pemakanan anda mengikut keperluan.
Perlu diingat, setiap individu mempunyai keperluan unik. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari pakar kesihatan atau jurulatih fizikal untuk memastikan program latihan dan pemakanan sesuai dengan keperluan dan keadaan kesihatan anda.
Selain itu, kekalkan komitmen dan konsistensi untuk melihat hasil yang baik. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?
Tapi awas! Baru-baru ini Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) berjenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia Fipronil. Berikutan daripada itu, jualan produk ini telah diarahkan untuk dihentikan serta merta. Bahkan Singapura juga telah mengarahkan produk salad berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia ditarik balik dari pasaran negara tersebut selepas mendapati bahan kimia fipronil telah mencemari produk berkenaan. Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan.
Fakta Bahan Kimia Fipronil
Fipronil adalah sejens racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Fipronil adalah serbuk berwarna putih dengan bau yang kurang enak. Fipronil terdapat dalam pelbagai produk racun untuk mengawal serangga di dalam rumah atau digunakan dalam industri pertanian.
Bahaya Jika Mengambilnya…
Seseorang mungkin diracuni fipronil melalui sentuhan langsung kulit atau mata, bernafas udara atau memakan makanan (sayur-sayuran seperti salad) mengandungi fipronil. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.