Mohamed Salah atau lebih dikenali dengan Mo Salah antara pemain bola sepak beragama Islam yang telah menjadi inspirasi bagi peminat kelab bola sepak, Liverpool. Kagum dengan kehebatan Salah, peminat Livepool telah menggubah lirik untuk lagu Good Enough yang pernah dipopularkan oleh Dodgy pada tahun 1996 kepada lirik yang cukup mendalam, khas buat Mohamed Salah.
“jika dia cukup baik untukmu, dia cukup baik untukku. Jika dia menjaringkan beberapa gol lagi maka aku juga akan menjadi Muslim”.
Antara lirik yang sering dinyanyikan berbunyi dan alunkan oleh peminat pasukan Liverpool.
Ads
Dalam permainan ini, dia juga mencatat rekod menjaringkan 36 kali dalam musim pertamanya untuk Liverpool, dan juga menjadi penjaring gol utama di lima liga teratas di Eropah sekali gus memintas Lionel Messi dan penyerang Tottenham Barcelona, Harry Kane .
Peribadi yang dibawa Salah menjadi bualan ramai, antaranya ialah Mufti Wilayah Persekutuan kita, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Melalui perkongsian beliau dibawah, hujah yang digarap mengenai Salah turut membawa maksud tersirat agar kita sebagai umat Islam sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara seperti yang dilakukan oleh Mohamed Salah supaya menjadi contoh kepada umat lain.
Mari kita baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.
Ads
QALAM MUFTI #5 MOHAMED SALAH
1. Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bolasepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.
2. Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.
Ads
3. Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT. Melihat kepada latarbelakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini.
4. Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.
5. Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan #YNWA
Kemalangan berlaku di mana-mana sahaja. Di darat, lautan mahupun di udara. Ia juga bukanlah sesuatu yang kita duga, namun kita masih boleh menghalangnya dari terjadi. Jom lihat senarai 5 kemalangan paling tragis di dunia yang buat kamu rasa lebih hati-hati bila memandu.
1. Tumpahan minyak Exxon Valdez, 1989 (RM10.71 billion)
Kejadian berlaku di Prince William Sound, Alaska pada 24 Mac 1989 apabila kapal tangki minyak milik syarikat perkapalan Exxon Valdez terlanggar terumbu karang ketika dalam perjalanan ke Long Beach, California.
2. Letupan space shuttle challenger, 1986 (RM23.56 billion)
Kemalangan melibatkan letupan Space Shuttle Challenger ini berlaku pada 28 Januari 1986 apabila ia meletup selepas 73 saat berlepas yang telah meragut 7 nyawa krewnya. Kemalangan itu disebabkan oleh kelemahan pada rekaan ‘O-ring” nya yang mana gagal menutup satu daripada sendi kapal angkasa tersebut. Ia lantas menyebabkan tekanan angin dari luar membuatkan tangki luar yang menyimpan hidrogen bocor.
3. Chernobyl, 1986 (RM856 billion)
Dunia menyaksikan kemalangan termahal di dalam sejarah pada 26 April 1986 yang telah dikategorikan antara satu kemalangan berskala 7 (maksima) oleh International Nuclear Event Scale. Ia dikaitkan dengan operator janakuasa yang melanggar prosedur dan tidak mengendahkan keperluan keselamatan yang diperlukan. Kemalangan Chernobyl juga menyumbang kepada bencana sosio-ekonomi terhebat dalam sejarah hingga menyebabkan 50% bahagian daripada Ukrain terjejas dan dipindahkan. 200,000 orang telah dipinsahkan manakala 1.7 juta yang lain terjejas secara terus. Jumlah kematian yang dicatakan sebanyak 125,000 mangsa termasuk mereka yang mati akibat kanser selepas beberapa tahun. Tiada siapa benar-benar tahu jumlah sebenar kerugian oleh malapetaka ini. Jumlah RM856 billion adalah angka yang dianggap patut termasuk kos pembersihan, transmigrasi dan pampasan kepada mereka yang terlibat.
4. Tenggelamnya kapal RMS Titanic, 1912 (RM642 juta)
Juga merupakan antara kemalangan yang paling terkenal dalam sejarah dunia. Ini disebabkan oleh penghasilan filem oleh direktor James Cameron yang juga filem yang mengutip keuntungan kelima tertinggi di dunia. Kapal yang dikatakan tidak akan tenggelam walaupun dengan kuasa tuhan, oleh pembuatnya iaitu Harland and Wolfff ini tenggelam dalam pelayaran sulungnya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat. Kejadian malang itu terjadi selepas kapal mewah ini bertembung dengan iceberg pada jam 11.40 malam (waktu kapal) dan telah mengorbankan lebih daripada 1,500 orang penumpang. The Titanic dianggap sebagai salah satu pengangkutan laut yang paling mewah dan mahal pernah dihasilkan. Kosnya menelan belanja RM30 juta pada 1909, bersamaan RM642 juta kini.
5. Perlanggaran keretapi di Chatsworth, 2008 (RM2.14 billion)
25 daripada 222 orang penumpang terbunuh apabila keretapi Metrolink terlibat dalam perlanggaran dengan keretapi barang tempatan Union Pacific pada 12 September 2008. Kemalangan itu berlaku selepas keretapi Metrolink baru sahaja meninggalkan stesen Chatsworth lebih kurang 2 kilometer.
6. Lori tangki minyak meletup di jambatan Wiehtal, 2004 (RM1.5 billion)
Pada 26 Ogos 2004, sebuah lori tangki minyak yang membawa 32,000 liter minyak telah bertembung dengan sebuah kereta di jambatan Wiehltal di Jerman. Lori tangki berkenaan meranapkan rel penghadang tepi jambatan tersebut dan jatuh daripada lebuhraya A4 tersebut. Letupan tersebut telah menghancurkan jambatan tersebut dan kos pembaikan sementara berharga RM171 juta manakala kos menggantikan jambatan tersebut melibatkan kos sebanyak RM1.3 billion. Kemalangan ini merupakan kemalangan yang termahal pernah dicatatkan dalam sejarah Jerman. Insiden itu terjadi disebabkan oleh kecuaian keretapi Metrolink itu sendiri yang mengabaikan signal merah ketika konduktor sibuk menerima mesej dan kerugian dianggarkan sebanyak RM2.14 billion.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti tiap hari kita akan mengunakan dapur untuk memasak makanan namun berapa kali korang servis dapur tu? Serpihan karat yang melekat pada dapur pasti akan membuatkan api dapur menjadi perlahan da melambatkan kerja memasak.
Jadi apa kata kita cuba tip dan langkah seperti yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita bersihkan dapur tu dan tolong pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Bahan Yang Diperlukan
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
Cara-cara servis
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss��.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapa sahaja yang menyertai senaman aerobik atau pergi ke gimnasium sebagai satu jadual harian pasti pergi dengan tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan dan sihat. Umum ketahui, bersenam dapat memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda secara keseluruhan tetapi senaman juga dapat menjadikan anda lebih cantik.
Muka Bersinar
Lupakan semua bedak asas, krim muka atau alat solek. Utamakan dahulu senaman seperti berjalan atau berlari untuk menyuburkan sel-sel kulit anda. Apabila anda bersenam dan kadar degupan jantung meningkat, ianya dapat membantu meningkatkan aliran darah. Aliran darah kemudiannya membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel-sel di seluruh badan anda berfungsi termasuk kulit anda. Jadi untuk mencapai kulit muka yang bersinar dan muda anda perlu pastikan kadar degupan jantung anda dan aliran darah anda lancar.
Menjadikan Anda Muda
Bersenam selama 30 minit dapat membantu mengekalkan hormon yang berkaitan dengan tekanan di tahap yang sihat. Pakar ada mengatakan bahawa dengan melakukan senaman dapat menyokong pertumbuhan kologen yang di mana dapat memastikan kulit anda kekal tegang dan lembut. Terdapat kajian menunjukkan lelaki yang bersenam secara purata selama 45 minit dalam tempoh 3 hari menunjukkan kurang tanda-tanda penuaan berbanding lelaki yang tidak aktif.
Merawat Jerawat
Selain aliran darah yang lancar, bersenam juga dapat menyegarkan kulit anda dan memastikan oksigen mengalir dengan lancar dalam tubuh anda. Ini dapat membantu menyingkirkan toksin keluar daripada badan. Tambahan, berpeluh juga dapat membersih pori-pori kulit yang tersumbat. Jika boleh, elakkan bersenam dengan muka yang penuh dengan bahan solekkan.
Rambut Yang Sihat
Perkara terakhir yang anda harapkan berlaku apabila anda pergi ke gimnasium adalah memiliki rambut yang lebih sihat. Kitaran dan aliran darah yang baik hasil daripada bersenam membantu rambut anda lebih sihat dan kuat. Senaman juga dapat mengurangkan tahap tekanan anda. Jika tahap tekanan anda tinggi, ia akan mengakibatkan rambut anda rapuh, lebih teruk lagi, gugur. Cuba anda luangkan masa anda selama 30 minit untuk lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melihat rambut dan kulit anda kembali sihat.\
Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata? Anda tidak keseorangan. Kerana ramai di antara anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Dengan bersenam, ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika anda bersenam di waktu petang, ia dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan lebih cepat membawa anda ke alam mimpi yang indah. Semasa tidur anda yang lena, tubuh anda akan merangsang pertumbuhan hormon yang membantu dalam membaiki dan membina semula tisu-tisu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Darah tinggi boleh ganggu tenaga kelakian, jangan ambil ringan. Darah tinggi atau hipertensi bukanlah satu isu kesihatan yang boleh dipandang ringan, terutamanya bagi lelaki.