IKON FESYEN: FATTAH AMIN NAMPAK STAILO BILA SARUNGKAN BOMBER JACKET? INI JAWAPANNYA!

Share

Siapa yang tidak mengenali figura terkenal ini? Nama Fattah Amin menjadi fenomena dalam dunia hiburan negara apabila persembahan lakonannya acapkali membuatkan para penonton puas dengan lakonannya. Bijak dalam permainan wata dan emosi, menjadikan ia kunci Fattah Amin menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu, golongan wanita pasti ternanti-nanti kemunculannya di kaca televisyen dan juga di mana-mana majlis. 

Mengenai gaya fesyennya, Fattah kini mula membiasakan diri dengan gaya fesyen yang baru, dan ia terbukti bahwa Fattah acapkali kelihatan segak dan trendy setiap kali bertemu peminatnya. Apa yang menarikya, penampilan Fattah tiap kali dilihat menyarungkan helaian bomber jacket. Nampak sesuai dengan tubuh badannya, Fattah Amin bijak memilih rekaan outerwear ini sebagai pelengkap gayanya untuk tampil lebih stailo dan kemas. 

Jadi, kepada kamu semua yang sentiasa tertanya-tanya, bagaimana untuk menghasilkan gaya fesyen persis Fattah Amin, pastikan rekaan outerwear bomber jacket ini berada di dalam wardrobe kamu. Selamat mencuba!

Published by
webadmin