Siapa yang tidak mengenali figura terkenal ini? Nama Fattah Amin menjadi fenomena dalam dunia hiburan negara apabila persembahan lakonannya acapkali membuatkan para penonton puas dengan lakonannya. Bijak dalam permainan wata dan emosi, menjadikan ia kunci Fattah Amin menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu, golongan wanita pasti ternanti-nanti kemunculannya di kaca televisyen dan juga di mana-mana majlis.
Mengenai gaya fesyennya, Fattah kini mula membiasakan diri dengan gaya fesyen yang baru, dan ia terbukti bahwa Fattah acapkali kelihatan segak dan trendy setiap kali bertemu peminatnya. Apa yang menarikya, penampilan Fattah tiap kali dilihat menyarungkan helaian bomber jacket. Nampak sesuai dengan tubuh badannya, Fattah Amin bijak memilih rekaan outerwear ini sebagai pelengkap gayanya untuk tampil lebih stailo dan kemas.
Jadi, kepada kamu semua yang sentiasa tertanya-tanya, bagaimana untuk menghasilkan gaya fesyen persis Fattah Amin, pastikan rekaan outerwear bomber jacket ini berada di dalam wardrobe kamu. Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Mask Wajah Berlebihan
THE MASK MAN!’
Sejauh mana anda ‘berani’ untuk menggunakan mask muka. Rutin ‘kegilaan’ kaum hawa ini dilihat sebagai trend terkini rejim penjagaan kulit muka lelaki. Mask muka membantu untuk mencegah kulit berminyak dan membolehkan kulit muka kembali bertenaga. Jika anda ragu-ragu untuk mencuba, ini adalah masa terbaik untuk memberanikan diri menggunakan mask muka!
MENGAPA MASK MUKA PENTING?
-Ia bertindak sebagai pembersih dan pelembap kulit, produk kedua terbaik selepas pencuci muka dan juga pelembap muka.
-Mencegah kulit daripada minyak berlebihan terutamanya pada bahagian ‘T –Zone’ (hidung serta dahi) dengan menyerap lebihan minyak
-Mengetatkan liang pori agar tidak tersumbat dengan kotoran ia boleh menyebabkan jerawat dan akne.
-Bertindak sebagai agen pelembap dan menggalakkan proses pembaharuan kulit di bahagian muka.
-Melancarkan peredaran darah agar kulit kelihatan lebih sihat sepanjang masa.
JENIS-JENIS MASK MUKA
-Mask muka yang mencegah kulit berminyak atau jerawat .
-Mask muka yang melembapkan kulit agar kelihatan bersih dan segar (khususnya di saat-saat akhir).
Walaupun kebanyakan mask muka dijual khusus untuk kulit muka berminyak, fungsi dan manfaatnya hampir sama namun mengikut kesesuaian serta jenis kulit muka. Penghidratan kulit menerusi mask muka penting agar anda kelihatan lebih macho selain bertindak sebagai agen anti-penuaan.
TIP PENGGUNAAN MASK WAJAH
Hati-hati apabila menggunakan mask muka. Patuhi arahan diberikan sepenuhnya. Apa jua jenis mask muka yang disapukan, anda disyorkan untuk membersihkan muka terlebih dahulu. Formula yang terdapat di dalam mask muka mengandungi bahan kuat. Elakkan daripada ia menjejaskan kulit anda secara mendalam.
Jangan gunakannya secara keterlaluan. Mask muka menjadi sebahagian daripada rejim pembersihan kukuh tetapi bukanlah rutin harian. Cukup sekadar menggunakannya dua kali seminggu walaupun kulit muka anda berminyak.
-Mask muka boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering. Adalah penting anda melembapkan kulit muka terlebih dahulu mengembalikan keseimbangan PH dan menyimpan dermis sihat, cergas dan terhidrat.
Kebanyakan mask muka akan mengeras dalam masa 10 hingga 15 minit. Jangan tergesa-gesa membersihkannya. Berikan sedikit masa untuk ia mencuci dan tidak mendedahkan bahagian kulit muka terlalu awal sekiranya ditanggalkan dalam masa beberapa minit sahaja.
Sekiranya anda tidak pernah mendapatkan penjagaan kulit muka secara profesional, jadikan mask muka sebagai peneman setia. Ini kerana pembersihan muka dapat dilakukan dalam kadar segera tanpa perlu menghabiskan masa di spa rawatan kulit muka.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Instapump Fury Boost, Sneaker Kolaborasi Eksklusif Edisi Khas Reebok & adidas
Minggu lalu dua jenama gergasi pengeluar barangan sukan dan fesyen gaya hidup iaitu Reebok dan adidas telah mengejutkan ramai peihak terutama penggemar sneakers dengan pengumuman kolaborasi istimewa ini.
Kerjasama dua jenama besar ini menyaksikan lahirnya kasut Instapump Fury Boost yang akan dilancarkan dalam masa terdekat di seluruh dunia.
Colorway pertama yang diperkenalkan dikenali sebagai ‘Prototype’ di mana ia mengambil inspirasi daripada model sample dihasilkan oleh Steven Smith. Untuk rekaan warna ini ia menggabungkan warna putih bersama royal blue dan sedikit percikan warna oren.
BACA: 7 Trik Jaga Sneakers Putih Berjenama Agar Lebih Tahan Lama & Nampak Baru
Dikhabarkan model Prototype ini dikeluarkan dalam jumlah yang sangat terhad. Ramai juga menjangkakan nilai pasarannya akan meningkat berkali ganda.
Manakala untuk pasaran lebih besar adalah rekaan colorway ‘OG Meets OG’ yang meraikan warna pertama model Reebok Instapump Fury dan adidad UltraBoost.
Dan pack akhir sekali ialah ‘Black & White’ yang lebih ringkas dan minimalis. Untuk anda yang berminat mendapatkan kasut kolaborasi Reebok dan adidas ini, koleksi ‘OG Meets OG’ pack akan berada di pasaran tempatan pada 25 Oktober 2019 manakala ‘Black’ & White’ pula pada 6 Disember 2019.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Penjagaan Hidung Agar Tidak ‘Rimbun’
Setiap apa yang dicipta pada tubuh badan anda, pasti ia berguna untuk melindungi anda. Contohnya seperti bulu hidung, ia memiliki manfaat tersendiri. Bulu hidung yang tebal mampu mencegah serangga, bakteri, dan zat-zat asing yang masuk untuk membolehkan anda bernafas dengan lancar. Bercambahan bulu di setiap badan anda selalunya akan tumbuh mengikut hormon anda, jika anda seorang yang berketurunan berbulu lebat, maka setiap bahagian yang mempunyai bulu akan tumbuh dengan lebat. Tidak ada salahnya jika anda mahu merapikan bulu hidung yang tumbuh dan menjalar keluar, namun anda harus pastikan bahawa anda tidak memotongnya hingga terlalu pendek, kerana ia sedikit sebanyak dapat mengancam sistem ketahanan tubuh. Menggunakan kaedah tradisional seperti menggunting bulu hidung lebih selesa daripada mencabut, dan anda digalakkan untuk menggunting bulu hidung anda, jika sudah kelihatan seperti rimba kecil pada wajah anda.
Kaedah Tradisional (Gunting)
- Seperti yang dikatakan diatas, menggunting lebih selesa dari mencabut bulu hidung. Ia mengurangkan impak sakit dan kelihatan lebih rapi. Selain daripada menggunakan gunting yang bersih dan tidak berkarat, hujung gunting harus kecil dan tirus agar ia boleh dimasukkan ke dalam lubang hidung anda. Mata pisau pada gunting harus cukup tajam untuk membuang rambut hanya dengan satu kali pengguntingan. Jangan menggunakan gunting yang telah dibuat untuk memotong rambut atau yang telah dipakai oleh orang lain. Gunting bulu hidung tidak boleh dikongsi kerana ia akan menumpulkan tajam pisau. Hasil guntingan dengan menggunakan gunting tumpul akan menjadikan bulu hidung anda tidak sekata dan buruk! Jadi, sila lokek dengan orang ramai jika mereka ingin tampak kemas dan bersih.
Adalah lebih baik jika anda menggunakan gunting khas untuk bulu hidung. Hujung pada gunting ini mempunyai bentuk yang bulat yang direka khas untuk menggunting rambut di bahagian sensitif contohnya seperti hidung dan telinga. Anda boleh dapatkan gunting jenis ini di farmasi ataupun butik grooming berdekatan.
Sentiasa bersihkan pegangan dan mata pisau pada gunting menggunakan air dan sabun anti bakteria kemudian keringkan dengan kain bersih dan simpankan ia di dalam bekas yang bersih, agar ia tidak terdedah dengan bakteria. Bilas dengan cecair antiseptik jika anda telah menggunakan gunting itu beberapa kali.
- Jangan gunting bulu hidung ketika anda sedang sakit.Pastikan bahawa hidung bersih dan kering. Jika perlu, hembuskan udara keluar dari dalam hidung sebelum anda memulakan proses menggunting. Berada dalam keadaan sakit seperti demam, selesema akan menyebabkan jangkitan kuman melarat. Jadi, kami sarankan agar anda sihat dahulu sebelum anda membersihkan bulu hidung anda itu.
- Pastikan bahwa cahaya cukup terang agar anda dapat melihat lubang hidung dengan cukup jelas. Cahaya yang terang dapat membantu anda untuk melihat bulu-bulu yang keluar dari dalam lubang hidung dengan lebih mudah. Untuk mendapatkan hasil yang sekata, anda harus mendekatkan wajah ke cermin untuk melihat dengan lebihmendalam. Gunakan cermin pembesar atau cermin biasa namun jarak anda haruslah dekat untuk melihat lubang hidung dari sudut yang tepat. Bulu hidung mungkin akan melekat pada gunting ketika proses menggunting, pastikan bahawa bulu yang melekat itu tidak kembali masuk ke dalam hidung anda. Sediakan kain basah disisi agar anda boleh lekatkan bulu hidung yang melekat pada permukaan gunting tadi ke kain basah yang anda sediakan.
- Guntinglah rambut yang mengganggu pandangan anda, tetapi jangan pula gunting sehingga licin. Berusaha untuk membuang bulu yang hanya akan menimbulkan aib anda. Contohnya seperti bulu yang berada di dekat tepi lubang hidung, dan bulu-bulu panjang yang keluar yang terlihat jelas. Dongakkan kepala anda di hadapan cermin atau gunakan jari dan tolak hidung ke atas, agar dapat melihat bulu hidung yang tidak keluar dalam posisi normal. Gunting dengan cermat. Bulu hidung memiliki fungsi yang sangat penting dalam melindungi tubuh dari infeksi, dan menggunting bulu hidung hingga habis dapat menyebabkan pengaruh negatif pada tubuh.
- Gunting bulu hidung terpanjang yang keluar dengan hati-hati.Posisikan hujung pisau dengan kumpulan bulu hidung yang panjang, dan pastikan bahawa bilah pisau pada gunting tidak menyentuh kulit, kemudian guntinglah bulu hidung dengan gerakan yang lembut, dan tepat sehingga ia tidak perlu dilakukan secara berulang kali.
- Masukkan gunting ke dalam lubang hidung dengan lembut. Jangan pernah berkasar dengan hidung anda. Ini akan membuatkan hidung anda luka dan berisiko untuk mengalami infeksi jika bahagian dalam lubang hidung terluka. Fokus ketika sedang menggunting.
- Gunting rambut hingga anda berasa puas dengan penampilan yang dihasilkan. Cuba senyum dihadapan cermin, dan guntinglah semua rambut yang terkeluar. Ingatlah bahawa penilaian anda terhadap diri sendiri mungkin lebih kompleks daripada penilaian orang lain terhadap diri anda.
- Bersihkan gunting dan hidungsetelah habis menggunakan.Buang sisa-sisa bulu hidung yang tersekat dengan hembuskan nafas dan bilas hidung anda setelah habis menggunting dengan air bersih ataupun lap dengan menggunakan tisu basah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI