Hiburan

Ikmal Amry Kongsi Kesilapan ‘Workout’, “Nak Sado Cepat Sampai ‘Badan Terkejut’ & Demam..”

Share

Baru-baru ini, pelakon Mohd Zulikmal Amry Ghazali, lebih dikenali dengan nama Ikmal Amry, mengambil langkah besar dalam kariernya dengan menyertai program realiti ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB).

Pada usia 30 tahun, Ikmal mengakui bahawa keputusan ini adalah sebahagian usaha untuk menepis stereotaip yang selama ini mengaitkannya dengan peranan sebagai hero romantik dalam drama.

Sebelum ini Ikmal Amry pernah berkongsi bagaimana badannya yang maintain sado. Tak terlalu besar dan tak terlalu kurus. Just nice!

Antara workout dan diet, mana lebih penting?

Ikmal Amry (IA) : Bagi Am, 80 peratus penyebab badan cantik adalah kerana dietnya. Senaman itu hanya mempengaruhi 20 peratus daripada proses tu.

Jika bersenam 5 jam sehari tetapi tak menjaga pengambilan gula atau nasi, susah nak nampak perubahan pada badan. Sebab tu ramai yang merungut tak nampak result – sebabkan diet.

Makanan apa yang Am ambil masa mula-mula workout dulu?

IA : Am ada jadual diet. Sebabkan dulu kurus, bulan pertama adalah masa untuk naikkan berat badan. Jadi Am ‘bantai’ makan je. (ketawa)

Masuk bulan kedua, kuantiti itu dikurangkan sedikit demi sedikit. Minggu pertama, cut gula waktu siang. Minggu kedua,  cut gula terus-menerus. Diet tak akan berkesan jika tergesa-gesa, jadi korang kena relaks dan sabar.

Jangan bahayakan badan kerana simptom ‘badan terkejut’. Am sendiri pernah berhenti ambil gula selama dua hari dan badan mula menggeletar dan lembik. Rasa lesu, menggigil dan terasa nak demam. Doktor pun kata benda yang sama.

Sebab itulah ia perlu dilakukan step by step

dan mengikut tubuh masing-masing. Lain orang lain cara.

 

Selain ke gym, Ikmal juga rajin menyertai team-nya Challo FC di padang bola sepak.

 

Tip jadi sado please..

IA : Lelaki atau perempuan, pertama sekali kena niat. Tetapkan dulu kenapa korang nak badan cantik.

Kedua, kena ada target. Dulu, Am memilih gambar badan idaman saya. Korang akan lebih komited kalau ada inspirasi dan target.

Lastly, kena ada ilmu tentang diet dan workout. Kalau buat ikut suka tanpa rujukan, memang impian kamu susah nak tercapai.

Jadi ada 3 perkara – niat, sasaran dan ilmu.

 

Juga aktif bersama Challo FC ialah Syafiq Kyle.

 

Pernah lakukan kesilapan?

IA : Dua tahun Am workout tanpa ilmu. Sampai satu tahap diri sendiri confuse, “Kenapa badan aku ni tak jadi?”

Selepas bergaul dengan kawan yang ada ilmu barulah Am kembali on track

. Diet yang betul, berapa kalori  sehari dan cara gunakan alatan di gym. Berapa berat yang Am perlu angkat sehari, apa sasaran yang nak achieve. Barulah ada displin, badan pun tak terkejut.

Sebab itu better ada gym buddy yang berpengalaman.

ARTIKEL INI DIAMBIL DAN DIOLAH DARI REMAJA.

BACA LAGI : 10 Pasangan Karakter Hero dan Sidekick Paling Ikonik Sepanjang Zaman

Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!

Published by
Nana