Episod lima dalam Who’s Your Bro (WYB) mencabar peserta dengan halangan yang bukan hanya menguji ketahanan fizikal, tetapi juga keupayaan mental dan kerjasama antara pasangan.
Salah seorang peserta yang berjaya melalui cabaran sukar ini adalah Ikmal Amry, yang telah memberi pandangan mendalam tentang bagaimana dia menghadapinya bersama Dr. Shazif, pasangan bro dalam episod tersebut.
Cabaran yang Menguji Ketahanan Fizikal dan Mental
Bagi Ikmal, Episod lima adalah antara yang paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam Who’s Your Bro.
Menurutnya, cabaran kali ini bukan hanya sekadar kekuatan fizikal tetapi lebih kepada kemampuan untuk berkolaborasi dan mengenali brosnya serta bagaimana membina ‘chemistry’ yang kuat antara satu sama lain.
“Cabaran ni memberi ruang untuk aku mengenal ‘bro’ baru. Bukan sahaja menguji ketahanan fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada bagaimana kau mencari ‘chemistry’ dan melengkapkan antara satu sama lain,” katanya.
Ikmal juga menambah bahawa cabaran ini menguji ketahanan mental dan fizikal mereka sebagai pasangan.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan dalam situasi yang memerlukan kerjasama yang tinggi, mereka perlu mencari cara untuk saling menyokong dan menyesuaikan diri.
BACA LAGI : Whos Your Bro “King Of The Hill”, Syafiq dan Nad Tampil Serasi dalam Episod Kelima!
‘Chemistry’ Bersama Dr. Shazif, Belajar Mengawal Emosi
Berbicara tentang pasangan brosnya, Dr. Shazif, Ikmal berkata bahawa dia merasa sangat bertuah kerana dipasangkan dengan seseorang yang sudah berpengalaman dalam menghadapi cabaran.
Sebelum ini, Ikmal pernah menyatakan hasrat untuk dipasangkan dengan bro yang sudah berkahwin dan dia melihat keberuntungan itu apabila mendapat peluang berpasangan dengan Dr. Shazif.
“Dulu aku pernah cakap masa interview, aku nak bro yang dah berkahwin dan dapat rezeki pair dengan Dr. Shazif. Banyak benda yang aku belajar antaranya kawal emosi time tengah mental. Dr. Shazif ni banyak ajar aku macam mana nak handle emosi dalam keadaan ‘intense’. So, dekat situ banyak la kitorang improve each other,” tambah Ikmal.
Ikmal memuji Dr. Shazif kerana kesabarannya dalam mengawal emosi sepanjang cabaran yang ‘intense’.
Kesan Cabaran pada Tangan dan Persediaan untuk Cabaran Seterusnya
Di penghujung cabaran, Ikmal mengalami kecederaan kecil apabila tangannya melecet.
Walaupun rasa kecewa kerana tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan, dia tetap positif dan melihatnya sebagai satu pengalaman yang berharga.
“Maybe after this aku kena lebih berhati-hati dan well-prepared untuk cabaran yang akan datang. So, conclusion aku banyak belajar daripada episod ini,” ujar Ikmal mengenai pengalamannya.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Bagi anda pula, mengapa gaji lelaki lebih tinggi berbanding gaji wanita walaupun mereka melakukan kerja yang sama? #Maskulin #BorakGender #Lelaki #fyp ♬ swish_whoosh (large)(794558) – satak
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI