Penularan wabak COVID-19 yang masih lagi menjadi krisis besar pada saat ini cukup menduga masyarakat global. Sepanjang bulan Ramadan lalu boleh dikatakan seluruh umat Islam di dunia menjalani ibadah di bulan mulia tersebut dengan pengalaman cukup berbeza.
Berbuka puasa hanya di rumah. Makanan berbuka atau bersahur juga dihasilkan di rumah atau dipepsan secara penghantaran. Solat terawih juga dilakukan hanya di rumah.
Muslims in Germany were able to mark Eid by partaking in socially distanced prayers, thanks to an Ikea in Germany.
Dan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu umat Islam di seluruh dunia juga menunaikan solat sunat Hari Raya dengan pendekatan yang jauh berbeza. Jika di negara kita telah tular pelbagai ragam pagi raya bersolat sunat hari raya di rumah, berbeza pula situasinya dengan segelintir masyarakat Islam di Jerman.
Ads
Selepas kesemua masjid dan rumah ibadah ditutup umat Islam di Jerman telah melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di kawasan letak kereta yang luas di sebuah gedung IKEA.
Dengan mengamalkan penjarakan sosial, kira-kira 700 orang telah mengambil bahagian bersolat jemaah. Lokasi tersebut dipilih kerana ia mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menunaikan solat sambil mengamalkan penjarakan sosial yang baik.
Ads
Ads
Difahamkan The Islamic Community Mili Gorus (IGMG) telah memohon keizinan daripada pihak IKEA untuk menunaikan solat di kawasan tersebut. Permohonan tersebut telah dipersetuji oleh IKEA dan perkara tersebut telah menjadi satu topik hangat di kalangan warganet antarabangsa kerana keterbukaan mereka membenarkan acara tersebut berlangsung di outletnya.
IGMG turut melahirkan rasa terima kasih kepada pihak polis Wezlar, pejabat perundangan Wetzlar dan pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai sebuah realiti.
Walaupun umat Islam sering berdepan dengan pelbagai cabaran diskriminasi dan perkauman yang semakin hebat di Eropah namun toleransi begini masih lagi segar dan wujud.
Sumber: IGMG
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaimana bintang pop Holllywood ini bisa mentransformasikan diri hingga memiliki tubuh fizikal seperti super hero dalam layar aksi. Ternyata ianya bukan mudah lantas harus mengikuti beberapa pelan dan amalan rutin yang ketat dalam mendisiplinkan diri demi mendapatkan bentuk fizikal yang sempurna. Bintang berusia 25 tahun ini nyata punya goal tersendiri untuk mencipta tubuh badan yang menarik.
Demi watak
Saya mempunyai dalam enam minggu untuk mencipta 12 hingga 15 pound otot sebelum memulakan penggambaran drama TV yang berjudul Kingdom. Saya perlu membawa karakter sebagai seorang ahli gusti dan memerlukan tubuh yang kuat. Diet dan pemakanan perlu diberi fokus dengan sempurna agar matlamat ini dapat dicapai. Meski pada awalnya perubahan rutin ini agak membebankan, namun apabila latihan dan diet mula menunjukkan kesan dan hasil saya terus bersemangat untuk meneruskannya.
Fitness training
Pada permulaannya apabila saya mula untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa untuk sebuah penggambaran, saya melakukan tiga sesi latihan setiap hari. Salah satunya adalah ‘fight training’ bersama coach untuk Kingdom. Setiap latihan fokus kepada beberapa bahagian tubuh yang berlainan. ‘We’d do a circuit of 6 different moves for one area. Lifting a lot of weights, really trying to break the muscles down’. Namun kini, saya hanya melakukan latihan hanya beberapa kali sahaja seminggu dan mula melakukan latihan yang lebih ‘fun’ selain daripada melakukan latihan di gimmasium. Saya lakukan latihan bersama jurulatih saya iaitu Gregg dan dia juga mempunyai sebuah gimnasium yang hebat. ‘We do sort of circuit training and strength and conditioning.
I’ve also been working on stretching and lengthening my muscles with hot yoga’.
Diet
Sarapan – 1 telur and 3 biji putih telur dengan bayam dan cendawan. hidang bersama ½ cawan oatmeal dan 1 sudu the minyak kelapa. 2 sosej ayam patties, 1 cawan sweet potato hash. 4 hiris turkey panggang, 2 hiris yang dibakar, 2 sudu teh almond butter.
Lunch – Turkey sandwich, 4 oz sliced turkey, 2 keping roti, tomato, mustard and 2 keping cheese. Chicken salad: 4 oz ayam, lettuce,timun, tomato, ½ avocado, dan vinaigrette dressing. Hidang bersama 1 cawan kecil ubi manis.
Snack – 1 oz almonds and 1 cawan baby carrot
Dinner – 4 oz burger kerbau, 1 cawan ubi manis, salad dengan 2 sudu the vinaigrette. 4 oz ayam, 1 cawan kacang hitam, 2 cawan brokoli rebus bersama 2 oz feta cheese. 4 oz turkey, 1 cawan spaghetti bersama 2 sudu teh sos pesto dan 1 cawan carrot. 4 oz ikan salmon, 1 cawan quinoa, 2 cawan cauliflower bakar with 2 sudu the minyak zaitun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila baca tajuk di atas memang bunyinya akal sinikal dan mungkin sedikit melucukan. Namun anda tidak perlu bermimpi lagi. Atau anda boleh teruskan bermimpi di dalam tidur tetapi kali ini dengan dapat upah gaji yang lumayan!
Mengupah orang untuk tidur sebenarnya bukan perkara baharu terutamanya di luar negara. Namun di Malaysia ia amat jarang sekali kita dengar. Dan itulah yang telah menjadi tular di laman media sosial dalam beberapa hari ini selepas sebuah syarikat pengeluar tilam di atas talian Sonno mengiklankan pekerjaan ‘tukang tidur’ di laman seswang mereka.
Mereka mencari seseorang yang boleh memberikan komitmen untuk tidur selama lapan jam sehari untuk selama 100 malam.
Untuk berjaya menyelesaikan misi sebagai ‘tukang tidur’ atau diberi jawatan oleh mereka sebagai Eksekutif Tidur, pemohon perlu melakukan beberapa perkara.
Jika anda ada bakat tidur selama 8 jam sehari anda bolehlah meohon dengan syarat menyelesaikan beberapa misi. Di antara misinya ialah tidur dengan konsisten setiap hari dalam tempoh ditetapkan, menulis laporan tentang pengalaman tidur dengan tilam Sonno dan merakamkan video selama 30 saat dua kali sehari.
Permohonan bagi jawatan unik ini dibuka bermula 1 Julai sehingga 31 Julai 2020. Jika layak pemohon akan dihubungi sebelum 20 Julai 2020.
Pemohon yang terpilih akan mula melakukan misi tidur mereka bermula 1 September sehingga 10 Disember 2020. Kalau anda rasa anda ada bakat tidur luar biasa bolehlah memohon.
Sumber: Sonno
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di dalam buku Rich Dad Poor Dad turut menekankan konsep aset dan liabiliti serta memaksimumkan penggunaan aset kepada mesin jana wang yang berkesan sehingga mendapatkan pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini pula dijana tanpa pemilik aset tersebut berbuat apa-apa. Dengan ini, pemilik aset dapat bebas menjalankan kehidupan sendiri tanpa perlu risau mendapatkan wang kerana hidupnya telah ditaja oleh pendapatan dari aset yang menjana wang.
Dalam siri ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana seseorang yang boleh kaya walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga kaya. Rich kid, poor dad. Anak kaya, bapa miskin.
Tidak dapat dinafikan mempunyai keluarga yang kaya adalah satu kelebihan dalam membina kekayaan.
Namun sebenarnya banyak jutawan hebat tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Kebanyakannya dari keluarga yang miskin atau sederhana. Tentunya ada rahsia yang menyebabkan mereka dapat mencapai kejayaan walaupun sebenarnya nasib tidak menyebelahi mereka pada awalnya.
Memahami nilai wang
Membesar dalam keluarga yang miskin menyebabkan anda memahami serta menghargai nilai duit. Untuk hidup, anda perlu wang, dan untuk mendapatkan wang, anda perlu bekerja atau berniaga. Jika terlalu banyak masa dan tenaga digunakan untuk mendapatkan wang, maka setiap wang hasil titik peluh lebih dihargai berbanding mereka yang mendapatkannya secara percuma atau senang.
Keinginan yang Tinggi
Disebabkan ada jurang yang besar di antara kehidupan susah dan kaya, mereka yang membesar dalam keadaan kekurangan pasti memiliki keinginan yang tinggi untuk merasai apa yang mereka tidak dapat rasa. Kanak-kanak yang tidak dapat makan di restoran mahal, mainan yang mahal dan mereka didedahkan dengan kawan-kawan di sekolah yang sentiasa cukup dan mempunyai kelengkapan yang mahal, pasti mewujudkan keinginan yang tinggi untuk melengkapkan jurang itu.
Hasilnya, mereka membina satu keinginan yang tinggi untuk mencapai dan memperbaiki kedudukan mereka.
Jurang yang besar ini penting kerana ia akan meningkatkan keazaman. Kita boleh lihat dalam perlumbaan, orang yang berada di belakang sedar akan jurang dan akan sentiasa merapatkan jurang dengan orang di hadapan. Orang yang berada di hadapan sekali walaupun dia mempunyai kelebihan, dia tidak boleh berasa selesa dan akan sentiasa memandang ke belakang. Dalam situasi ini, kebanyakan pelumba yang bagus tidak terburu buru ke hadapan, namun mengikuti dari belakang dengan jarak jurang yang dijaga.
Berusaha untuk mendapatkan sesuatu
Disebabkan keterbatasan sumber wang, seorang yang dilahirkan dalam keluarga susah perlu gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Seorang kanak-kanak yang terlalu ingin dibelikan mainan tetapi ibu bapa tidak dapat memenuhinya, akan mencari jalan yang lain untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Sering kali mereka akan mencari duit dengan berniaga kecil kecilan, bekerja secara separuh masa dan sebagainya. Dengan hasil penat lelah inilah mereka belajar berusaha gigih dan inilah modal utama untuk menjadi orang kaya dan berjaya di masa akan datang.
RICH KID, RICH DAD
Bagaimana pula anda sebagai ibu bapa mahu memastikan anak anda lebih kaya daripada anda? Jika anda bekerja makan gaji, anda perlu pastikan anak anda lebih tinggi pencapaian dan jawatan dari anda. Jika anda ada Diploma, pastikan anak anda ada Ijazah dan seterusnya.
Jadilah RICH DAD dahulu
Kunci membina generasi yang kaya terletak pada bapanya. Jadi si bapa perlu menjadi seorang yang bijak menguruskan kewangan dan bijak mengembangkan wang. Si bapa perlu merintis satu bisnes yang mana akhirnya akan disambung menjadi empayar yang besar oleh generasi seterusnya.
Kita boleh lihat contoh empayar perniagaan yang besar dipunyai oleh keluarga Rothchild (bank), Rockefeller (minyak mentah), Toyota (Automotif), Ford (Automotif), Quandt ( BMW Group) dan banyak lagi contoh contoh yang lain.
Didik anak dengan prinsip
Sekaya atau semiskin mana pun anda, pastikan didikan anda dengan prinsip hidup yang betul. Pastikan anak anak mengerti nilai wang, mempunyai cita-cita, tabah dan berusaha. Sebagai contoh John Gardner berkata kepada anaknya; Jika anda mahu, pergilah dapatkannya. Noktah. (If you want if, go get it. Period.)
POOR KID, RICH DAD
Akibat beberapa kesalahan fatal daripada ibu bapa dalam mendidik anak adalah memanjakan anak berlebihan dan tidak mengajar anak cara mengurus kehidupan, kewangan, dan bisnes dengan betul. Oleh sebab itu walaupun keluarga kaya, namun yang mewarisi kekayaan itu tidak berkualiti, maka harta akan habis juga akhirnya. Maka jadilah fenomena, anak miskin, bapa kaya.
Anda mahu situasi yang mana? Rich Kid Poor Dad, Rich Kid, Poor Kid, atau Poor Kid Rich Dad? Anda tentukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.