Kajian menunjukkan ramai lelaki mudah diserang penyakit kolestrol bermula usia 20 hingga 65 tahun dan penyakit ini perlu dikawal jika kadar kolestrol dalam tubuh sudah melebihi 240 mg/dl.
Bagaimana cara untuk menurunkannya? Jawapan mudahnya adalah dengan memakan ikan seperti ikan bakar dan pelbagai jenis masakan ikan lagi.
Ini kerana ikan miliki protein, omega-3, asam lemak, vitamin : B2 (riboflavin) dan D, fosfos, kalsium, mineral serta simpanan minyak ikan yang amat tinggi yang boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan diri.
Selain berupaya mencegah kolestrol, berikut adalah manfaat lain yang boleh dinikmati dengan ikan bakar :
1. Mencegah penyakit jantung
Ikan bakar dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut sebuah pemeriksaan terhadap suku bangsa Eskimo yang tinggal di Greenland, ramai di antara mereka dikatakan tidak menghidap penyakit jantung. Hal yang sama turut berlaku di Jepun kerana pemantauan di negara tersebut amat sukar untuk menemui golongan yang menghidap penyakit yang sama.
Kerana apa? Kerana kedua-dua masyarakat ini gemar memakan ikan. Fakta mengatakan masyarakat Eskimo memakan ikan sekurang-kurangnya 100-200 gram ikan sehari manakala di Jepun pula, mereka memakan ikan sebanyak 300-400 gram sehari. Biar pun penduduk Jepun lebih gemarkan ikan mentah, cuba kalau mereka rasa ikan bakar di Malaysia pula nanti. Mesti sampai terbawa dalam mimpi.
2. Sedap dimakan bersama nasi
Jika bosan menghadap ayam sebagai lauk utama dalam menu harian, apa kata bertukar kepada ikan pula sebagai menu baharu? Lagi pun, ikan mempunyai banyak vitamin,protein,mineral dan memiliki sedikit kalori selain sangat baik buat mereka yang ingin mengekalkan kesegaran metabolisme.
Dalam erti kata lain, bukan sayur-sayuran atau ulam-ulaman sahaja yang mampu kebaikan, ikan juga mampu menyihatkan tubuh badan. Bayangkan anda sedang menikmati nasi putih yang panas (dimakan suku), ikan bakar (protein) dan kuah asamnya,walaupun kecur air liur, anda akan merasakan cukup segar.
3. Alternatif untuk diet yang sihat
Jika sedang menjalankan program diet, makan ikan merupakan alternatif yang terbaik keraba vitamin, mineral, dan nutrisinya. Mereka yang suka memakan ikan pasti kurang berminat terhadap makanan yang banyak lemak seperti keju atau daging.
Jadi pentingkah ikan untuk diet? Jawapannya ya kerana sistem kardiovaskular anda tidak akan terganggu selain akan meningkatkan lemak baik (HDL) dan terhindarnya daripada mudah mengalami darah beku.
Semoga dengan info yang dikupas ini memberikan anda manfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI