Berita

Ideaktiv Tampilkan Kempen ‘Makmur Raya’, Hadir Dengan Filem Pendek Istimewa ‘Pangsa Makmur’

Share

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Seperti saban tahun dan kebiasaannya, pelbagai iklan raya mula menjadi santapan rohani dan jiwa penonton di negara kita.

Ia merupakan salah satu perkara yang cukup dinantikan oleh rakyat Malaysia apabila menjelang tibanya Syawal. Sebagai sebuah syarikat media terulung, Ideaktiv yang merupakan syarikat usaha sama di antara Astro dan Karangkraf menampilkan kempen ‘Makmur Raya’.

Sempena Aidilfitri tahun ini, Ideaktiv mengajak masyarakat untuk menghayati intipati sebenar kemakmuran, dimana genesis Makmur Raya terletak pada keinginan kolektif untuk kebahagiaan, kebersamaan dan pembaharuan dalam kehidupan.

Selepas mengharungi beberapa tahun yang banyak pasang surutnya, Ideaktiv menyedari keperluan untuk menanamkan mesej positif ke dalam fabrik masyarakat. Sebagai penggerak utama untuk komuniti, Ideaktiv bertindak sebagai jaguh optimisme demi melakar fajar baru ke arah masyarakat yang Makmur dari segala aspek.

Pada terasnya, Makmur Raya merangkumi semangat keterangkuman dan belas kasihan, mengatasi halangan kaum, agama, dan jurang ekonomi.

Ia adalah seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk berdiri bersama-sama, berganding bahu, dan mengesahkan komitmen mereka terhadap kemakmuran dan kesejahteraan kolektif.

FILEM PENDEK ISTIMEWA

Kehadiran kempen yang cukup positif ini diangkat Ideaktiv dengan menampilkan sebuah filem pendek istimewa, ‘Pangsa Makmur’. Menariknya ia mengetegahka kisah perjalanan seorang gadis berusia 26 tahun bernama Myra, anak yatim piatu yang gigih menyara hidup dengan semangat penuh kental.

Menyongsong hari-hari sendirian di kota raya. Myra merupakan seorang ambivert dimana dia sentiasa mempamerkan perwatakan yang ceria di depan orang ramai namun cenderung untuk menyendiri.

Myra adalah representasi generasi muda Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat keikhlasan yang mendalam untuk orang sekelilingnya. Walaupun menghadapi cabarannya sendiri, dia sentiasa berusaha untuk memberi kegembiraan dan kebaikan, menyentuh kehidupan orang di sekelilingnya dengan senyuman dan pertolongan.

Menjelang Raya, Myra memulakan misi yang dekat di hatinya iaitu berkongsi resipi kuih Makmur yang digemari arwah ibunya kepada jiran-jiran. Tradisi ini berfungsi sebagai simbol warisan dan komuniti, merapatkan jurang budaya dan memupuk perpaduan.

Kisah Myra di dalam Pangsa Makmur disulami dengan kekecewaan dan keraguan terhadap dirinya, dan dengan menonjolkan sifat makmur dan kebersamaan oleh Myra dan orangorang disekelilingnya, menjadikan filem pendek ini tepat menyingkap kisah yang semestinya berlaku dikalangan masyarakat hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, “Kami di Ideaktiv mahu menjadi suara komuniti, tetapi apabila kami menjalankan sesi ‘brainstorming’ untuk Kempen Ramadan-Raya tahun ini, pelbagai idea telah diberikan, namun tiada yang cukup tepat untuk diangkat sebagai tema perjuangan Ideaktiv.

“Dengan perkongsian cerita dan pengalaman sebenar masing-masing, kami menemui kata kunci yang ringkas namun cukup memberi inspirasi iaitu ‘Makmur’. Di sebalik konotasi politiknya, ‘Makmur’ melambangkan harapan dan kemakmuran sejagat.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim

“Berpaksikan etos ini, kami berhasrat untuk memberi makna jelas ‘Makmur’ yang pastinya melangkaui politik, memupuk daya tahan dan positif saat diuji. Dengan menuntut semula dan menonjolkan semangat ‘Makmur’, kempen ini berhasrat untuk memberi inspirasi kepada kekuatan kolektif dan keyakinan. menggesa rakyat Malaysia menghayati semangat ‘kemakmuran.’

“Saya amat berbangga dengan warga Ideaktiv yang bertungkus lumus untuk memastikan filem pendek kami, Pangsa Makmur menyampaikan mesej yang tepat kepada penonton. Pangsa Makmur berfungsi sebagai peringatan dan panduan tentang daya tahan semangat manusia dan kuasa transformatif masyarakat dan saya boleh katakan bahawa ia telah disampaikan dengan berkesan dalam filem pendek ini,” tambahnya lagi.

KOTAK EKSKLUSIF

Selain itu, Encik Syamil Fahim menekankan bahawa Ideaktiv akan mengukuhkan mesej Makmur ini melalui aktiviti yang telah dirancang untuk rakan niaga, klien dan rakan media.

“Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini, kami akan mengedarkan ‘Kotak Eksklusif Makmur Raya’, dimana ianya direka dan dihasilkan untuk kegunaan semasa bersama kaum keluarga dan rakan-rakan di hari raya nanti.

Di samping usaha promosi digital, kami juga akan turun padang untuk menyebarkan semangat ‘Makmur’ kepada masyarakat dengan mengedarkan Kuih Makmur dan Paket Raya Eksklusif Ideaktiv di majlis berbuka puasa.

Inisiatif-inisiatif ini adalah penting dalam memperkasakan jangkauan kempen Makmur Raya dan mengukuhkan kedudukan Ideaktiv sebagai Hab Kandungan Melayu yang terulung di negara ini.”

Jom tonton “Pangsa Makmur” di bawah dan jangan lupa berikan like, komen dan kongsikan ke platform media sosial anda!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Sneakers New Balance 1906U hadir dengan rekaan yang tampil dengan elemen ‘tech-gear’ tapi dalam masa yang sama dengan warna neutral bersama ‘percikan’ empat warna berbeza. Ikuti review lengkap di Youtube dan Facebook MASKULIN! #maskulin #maskulinreview #newbalance #newbalance1906u #newbalance1906angora #fypシ #fyp ♬ original sound – Maskulin
Published by
Farizul Izwany Ibrahim