ICE STEEL Koleksi Terbaru Ice Watch Khas Untuk Lelaki Maskulin

Share

Jam tangan merupakan aksesori tangan yang menjadi tumpuan lelaki hari ini. Selain daripada ia menentukan sama ada seseorang itu tepati masa, jam tangan juga menjadi boleh menunjukkan personaliti lelaki tidak kira jenama apa yang dipakai olehnya.

The ICE steel merupakan antara koleksi Ice Watch untuk para lelaki Maskulin yang menggemarkan jam tangan besar yang 100% diperbuat daripada besi. Koleksi khas buat para lelaki ini mempunyai pelbagai saiz antaranya M (43mm) ataupun L (48mm). Jam ini dibuat dalam keluli yang paling terang dan paling tahan lama – 316 L-, dan ia juga mempunyai estetika yang kemas sehingga ke butiran paling kecil. Besi tahan karat yang turut melingkari pergelangan tangan anda turut menjadikan koleksi kali ini berkualiti tinggi.

Anda boleh dapatkan koleksi ini dengan variasi warna mengikut personaliti anda. Ia didatangkan dengan warna hitam, navy biru, kelabu dan hijau daun.

Disamping itu, Ice Watch sekali lagi menganjurkan ICE-WATCH’S LIGHT UP THE NIGHT RUN 2018 pada 1 Disember 2018 yang akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya. Larian yang dibuka termasuk 5KM dan 10KM mengelilingi IOI City Mall Putrajaya. Sebarang maklumat lanjut boleh layari website RacexAsia

.

 

Published by
Maiya Deen