Bila kali terakhir kita mencari info tentang tips bebas hutang? Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Tidak ramai yang mahu berkongsi tips bebas hutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang itu perlu dipelajari, bukan sekadar ikut-ikutan berdasarkan pengalaman sendiri.
Lelaki ini kongsikan tip agar kita bebas hutang sebelu usia mencapai 40 tahun. Menarikkan?Jom praktikkan.
Bebas hutang jahat sebelum 40 tahun? Mustahil ataupun tidak? Kebanyakan masyarakat kita masih perlu bekerja walaupun sudah bersara. Di mana silapnya?
Ada hutang baik dan hutang jahat. Jika hutang tu tak memberi keuntungan kepada kau dan kewangan kau ia dianggap sebagai hutang jahat.
Jika ia memberi kesan dan menambahkan keuntungan ekonomi kau ia dianggap sebagai hutang baik.
Antara panduan yang boleh dilakukan untuk bebas hutang ialah;
1. Elakkan berhutang yang tidak perlu. Contohnya, elakkan berkahwin menggunakan pembiayaan peribadi. Tak perlu berhutang semata-mata untuk beli sofa baru, televisyen baru, meja makan baru dan sebagainya.
Ads
2. Beli barang secara tunai sahaja. Kalau belum mampu simpan di dalam hati dahulu.
3. Beli rumah yang mampu dahulu. Lihat banyak mana pendapatan kita sebulan. Biar bersesuaian.
Ads
4. Hidup di bawah kemampuan sendiri. Hidup secara bersederhana dan tak bermegah dengan nafsu kehendak. Kalau mampu beli Honda City, tapi beli Myvi sahaja. Jangan asyik bertukar telefon pintar keluaran terbaru je. Sofa, TV yang masih elok tak perlu ganti baru setiap tahun.
5. Pandu kereta yang rendah harganya. Kereta murah pun berkualiti juga. Kereta murah pun sampai juga tempat yang nak dituju. Asalkan dapat pergi ke mana-mana bersama keluarga tercinta.
Ads
6. Simpan & melaburlah semaksima mungkin secara konsisten walaupun hanya sekadar jumlah yang kecil. Menyimpan bersesuaian dengan pendapatan sendiri. Melaburlah di instrumen pelaburan yang kau yakini dan selamat.
7. Cubalah menjana pendapatan kedua. Misalnya seperti berniaga online, ejen takaful, atau apa sahaja. Semuanya untuk keluarga dan diri sendiri juga. Sekurang-kurangnya mampu cover perbelanjaan bulanan dan mampu tanggung kos hidup kau sekeluarga.
Tiada yang mustahil di dalam dunia ini kalau kau berusaha dan mempunyai ilmu serta pengalaman yang mantap. Ada orang menuju bebas hutang cepat. Ibarat naik kapal terbang. Ada orang menuju bebas hutang lambat sikit. Ibarat naik kereta. Tapi bukan tempoh masa yang menjadi persoalannya.
Yang penting kita bersama-sama bebas hutang. Bila pencen nanti boleh tingkatkan amal ibadat, amalan jariah, dan fokuskan bekalan akhirat. Tidaklah perlu bekerja siang dan malam sampai nak ke masjid pun susah. Jika masa muda kau pernah lakukan kesilapan, janganlah mengulangi kesilapan yang sama lagi. Ayuhlah kita berusaha. Tinggalkan aset kepada anak kita bukannya hutang yang menggunung.
Masa muda inilah perlu mencari ilmu yang mampu memberi manfaat pada masa hadapan kau. Jangan masa muda ni kau duk peduli tentang artis kegemaran kau jeeeeeee. Kah!
Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hari ini kami kongsikan fungsi setiap jenis lipatan pada kemeja.
Buat lelaki yang setiap hari pakai baju kemeja pergi pejabat, mesti perasan ada beberapa jenis lipatan pada bahagian baju kemeja tu.
Ada tiga jenis iaitu :
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Kesian kat perut tu. Sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya untuk ‘Abang-abang Sado’
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk yang berbadan sederhana, kalau rasa-rasa nak pakai jugak jenis ini, carilah kemeja yang mempunyai potongan Regular Fit dan bukannya Slim Fit.
SUMBER : FB Harry Hamid
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Spritzer Berhad bakal mengubah landskap bandar menjadi taman permainan kreativiti dan ekspresi diri dengan pelancaran festival belia yang menarik, “So Tinge! YouthTopia, Unlock Imaginasimu” di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang.
Kemuncak festival ini ialah menaiki Belon Udara Panas yang pastinya bakal menjadi saat yang berbaloi dirakamkan dan diabadikan di media sosial anda.
Untuk merancakkan festival ini, ia akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dinamik, termasuk pameran cosplay, persembahan secara langsung oleh kumpulan Insomniacks.
“Festival ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat dan bebas pertimbangan untuk individu muda meneroka, mengalami dan mengekspresikan diri mereka dalam perjalanan penemuan diri, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer Berhad, Kenny Lim.
“Melalui acara yang menggembirakan ini, kami berharap dapat memperkayakan kehidupan belia, menawarkan mereka platform untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka dalam suasana yang menyeronokkan”.
Festival akan berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 November 2023, dari 11 pagi hingga 10 malam.
Antara tarikan yang ada pada hari pertama (25 November) termasuklah Belon Udara Panas, persembahan Insomniacks, Youth Live Bands, Street Graffiti dan banyak lagi.
Pada hari kedua pula, keseronokan diteruskan dengan Belon Udara Panas, Kpop Random Play Dance, pertandingan Cosplay dan lain-lain aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Deodoran – Sebenarnya ia bukan punca utama bahagian ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Tetapi jika anda tak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri, dikhuatiri ia bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam.
Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant.
Bercukur – Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap.
Pakaian ketat – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.
Bedak anti bakteria : Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.
Wax : Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.
Pisau cukur : Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat.
Skrub : Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya?
Minyak wangi : Ramai lelaki yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit.
Pemilihan deodorant : Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.