Tidak salah jika MASKULIN katakan bahawa dia merupakan wajah yang kian mekar di dalam hati setiap peminat drama televisyen sekarang.
Setiap drama lakonannya hingga kini mendapat perhatianyang cukup hebat dari rata-rata peminat. Mula dikenali menerusi drama ‘Cari Aku Di Syurga’, nama Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Herym mula manis meniti di bibir rakyat Malaysia.
Kemudian kemunculannya dengan watak sebagai Jaafar menerusi drama bersiri popular, ‘Kampung People’ telah meletakkan nama Hun Haqeem sebagai antara hero drama yang paling popular masa kini. Selain itu, dia turut diberi kepercayaan apabila muncul di dalam muzik video penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ‘Siapa Tak Mahu’.
Walaupun tahun 2020 cukup mencabar bagi ramai orang, namun ia merupakan tempoh yang cukup bermakna dalam kerjaya Hun Haqeem dalam bidang seni. Sayapnya kini terbang megah tinggi namun tidak sesekali dia lupa akan dari masa tapak asalnya.
MASKULIN dekati bintang muda berusia 23 tahun ini untuk momen-momen eksklusif buat anda. ‘Face forward’ apakah legasi yang ingin dibina oleh Hun Haqeem dalam kerjaya serta kehidupan personal.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama Hun Haqeem.
Projek terkini selepas ‘Angkara Cinta’?
Buat masa sekarang projek terkini saya selepas ‘Angkara Cinta’ adalah ‘Kampung People 3’ dan ‘Jekfer & Lailer’.
Sebagai pendatang baru apakah yang anda lihat sebelum terima sesuatu tawaran? Dan anda ingin dilihat sebagai pelakon yang bagaimana?
Sebagai pendatang baru, apa yang saya cari dalam tawaran adalah karakter. Sebab saya pun masih banyak lagi yang perlu belajar jadi bila ambil watak yang pelbagai karakter, jadi lebih banyak dapat dipelajari. Dari situ juga, saya boleh sahut cabaran sebagai seorang pelakon. Saya ingin jadi seorang pelakon yang oranglihat ada kemampuan dan kebolehan dan jadi seorang pelakon ada kredibiliti.
Idola anda di dalam industri ini dan rujukan utama dalam berkarya?
Ads
Untuk idola saya pilih Shaheizy Sam kerana kemampuan dia untuk jayakan dan bawakan sesuatu watak dengan sangat baik.
Sejak bila anda sedar ada bakat dalam lakonan dan adakah terbayang perjalanan lakonan boleh sejauh ini?
(Ketawa) Sejujurnya saya pun tak pasti. Tapi apa boleh saya cakap adalah saya sentiasa cari di manakah passion saya. Dan apa yang saya boleh lakukan dalam kerjaya dengan keikhlasan. Tak sangka pula Allah ketemukan saya dengan industri seni. Dan dari situlah saya menemui passion dalam lakonan.
Kesukaran dan cabaran sebagai pendatang baru?
Paling mencabar adalah learning process. Setiap individu ada cabaran mereka sendiri dan bagi saya sebab dulu tak pernah ada pengalaman dalam industri seni. Jadi saya tak tahu langsung apa-apa berkenaan dengan teknikal atau latar belakang penggambaran.
Jika diberi peluang ingin bawa watak sebagai seoarang mualaf. Watak seperti ini akan buat saya boleh belajar banyak benda dan beri impak positif.
Apa padangan anda tentang selebriti berkongsi masalah peribadi kepada umum?
Ads
Pada pandangan saya, itu pilihan masing masing. Saya ada orang orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan jadi tempat luahkan perasaan. Setiap orang mungkin ada cara masing-masing. Kalau pilih media soaial untuk meluahkannya atas sebab sebab, kita sebagai orang melihatnya hanya mampu berdoa dan beri sokongan, bukannya menghukum.
Watak yang paling mencabar dan menguji anda?
Jika diberi peluang ingin bawa watak sebagai seoarang mualaf. Watak seperti ini akan buat saya boleh belajar banyak benda dan beri impak positif. Saya selalu ada rasa ingin tahu apakah kisah di sebalik mereka menganut agama Islam dan keindahan hidayah mereka perolehi. Saya ingin faham dan dalami perasaan itu.
Boleh kongsi rutin penjagaan diri harian seperti kesihatan, pemakanan dan jadual senaman?
Saya jaga pemakanan dengan macronutritions di mana setiap karbohodrat diambl akan saya kira. Begitu juga dengan protein dan lemak. Tapi kalau sibuk dan tak sempat nak jaga diet, saya akan makan lebih banyak protein berbanding karbohidrat supaya tidak jadi overweight.
Ads
Bila penggambaran memang kadang-kadang tak sempat nak pergi gym. Kalau ada masa terluang memang saya akan selitkan sedikit masa untuk bersukan. Lagi satu perkara saya amalkan di set penggambaran ialah banyakkan berjalan kaki.
Bakat yang saya ingin luahkan adalah muzik. Sejak dari dulu muzik adalah salah satu a passion saya. InsyaAllah, kalau ada nanti saya akan kogsi dengan semua orang.
Perihal cinta, adakah anda bersedia menamatkan zaman bujang tatkala kerjaya sedang memuncak dan bagaimanakah ciri-ciri wanita idaman hati?
Okay, saya pernah jawab tentang hal ini dulu. Saya tak kisah pun kalau nak kahwin awal. Siapalah saya untuk menidakkan jodoh Allah sedangkan itu adalah satu kebaikan. Saya selalu percaya tak bermakna kahwin awal kerjaya boleh jatuh. Apa yang saya ada sekarang pun adalah rezeki dari Allah. Kalau kahwin pun itu rezeki dari Allah. Takkanlah kita pilih kebaikan Allah tutup pintu rezeki kita, betul tak?
Apakah bakat terpendam yang lain ingin anda tonjolkan lagi?
Bakat yang saya ingin luahkan adalah muzik. Sejak dari dulu muzik adalah salah satu a passion saya. InsyaAllah, kalau ada nanti saya akan kogsi dengan semua orang.
Pengalaman bekerja sewaktu pandemik, apakah cabarannya?
Cabarannya memang banyak. Salah satu contoh, tidak boleh ramai orang di set. Bila krew tak ramai makana untuk jayakan penggambaran juga akan bertambah sukar dan memenatkan. Tapi itulah dugaan norma baharu kita sekarang , kita terpaksa adaptasikan diri untuk kelangsungan hidup.
Bagaimana pula dengan kontroversi, perlu atau tidak untuk dikenali ramai?
Kontroversi itu akan selalu ada dimana-mana. Namun jika berdepan kontriversi biarlah kita uruskannya seperti masalahmasalah lain dalam kehidupan seharian. InyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Teks: Farizul Izwany Ibrahim
Styling: Kim Rahim
Foto: Pinography
Make up: Helmy Sarip
Rambut: Faizal Azhar
Pakaian: Wardrobe Privato & Kit Woo
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sahabat? Apa yang kita faham tentang sahabat? Memang indahnya dunia jika kita ada sahabat susah senang bersama. Namun, untuk miliki sahabat di kala susah, memang jauh sekali.
Baru-baru ini di media sosial milik Hafiz Mahamad ada mekaramkan bertapa dia menghargai sahabatnya membuatkan ramai orang yang terbuka mata tentang bertapa besarnya erti sahabat buatnya.
Menurutnya dia sanggup membatalakan kerja serta mesyuarat untuk membawa sahabatnya ke hospital kerana mengalami stroke disebabkan kerja kuat selama 10 tahun hanya untuk mendapatkan OT untuk bayaran gaji sebanyak RM2000.
“Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital.
“Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan.
“Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je.
“Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit.
“Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung.
“Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan.
“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital.” Tulisnya di ruangan kepsyen.
Malah, dirinya juga mengimbau kenangannya bersama sahabatnya itu. Katanya mereka sering bermandi-manda di sungai dan saling berjanji sesiapa di antara mereka yang berjaya harus membantu rakan-rakannya yang lain.
“Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap.
“Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni
“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!”katanya lagi.
Apabila anda memikirkan bintang pop global, imej seorang peminat bola sepak dari bandar kecil mungkin bukan perkara pertama yang terlintas di fikiran. Namun, bagi Ed Sheeran, cintanya yang mendalam terhadap Ipswich Town FC telah mengubah kelab bola sepak dari bandar kecil menjadi topik perbualan di seluruh dunia.
Penglibatan penyanyi dan penulis muzik ini dengan Ipswich Town lebih daripada sekadar sokongan selebriti. Baginya ia adalah simbol kebanggaan tempatan dan bukti kuasa bola sepak sebagai kuasa penyatuan dalam komuniti.
Sejak kecil Ed Sheeran merupakan seorang penyokong bola sepak Ipswich Town FC, kelab yang berpangkalan di Suffolk, England, berhampiran dengan tempat dia dibesarkan.
Jadi hubungan ini bukan sekadar minat peminat tetapi merupakan satu jati diri dan kebanggaan dari tempat lahirnya.
Pada tahun 2001, dalam satu langkah yang mengejutkan ramai, Ed Sheeran mengambil keputusan menjadi penaja utama kelab tersebut. Tajaan ini menyaksikan nama dan logo albumnya dipamerkan dengan jelas pada hadapan jersi Ipswich Town FC.
MENJADI RAKAN PELABURAN
Kerjasama ini adalah contoh menarik bagaimana selebriti boleh menggunakan platform mereka untuk memberi perhatian kepada institusi tempatan yang kurang dikenali tetapi sangat dihargai.
Selain itu, dia turut memiliki sebanyak 1.4% pegangan saham kelab tersebut. Menerusi perjanjian ini, dia diberikan keistimewaan kotak eksekutif jangka panjang di stadium Portman Road.
Namun dia tidak menyertai lembaga kelab itu kerana ini adalah satu bentuk pelaburan pasif dan minoriti sahaja.
Sokongan serta penglibatan Ed Sheeran untuk Ipswich Town telah membawa gelombang perhatian baru kepada kelab tersebut, menarik peminat dari jauh melebihi pangkalan tradisional mereka.
Apatah lagi pada musim ini, Ipswich Town FC kembali beraksi di pentas terunggul, Liga Perdana Inggeris.
Penglibatannya bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi penghormatan ikhlas kepada asal-usulnya, mencerminkan keinginan untuk memberi semula kepada komuniti yang membentuk dirinya.
Gabungan kebanggaan tempatan dan pengaruh global ini telah mencipta sinergi unik, mendorong Ipswich Town ke dalam perhatian dengan cara yang tidak dijangka.
MEMBAWA SEMANGAT LOKAL
Bagi Ipswich Town, sebuah kelab yang kini tidak berada di peringkat teratas bola sepak Inggeris, memiliki bintang seperti Sheeran membawa faedah yang nyata dan tidak ketara.
Keterlihatan dan kredibiliti yang datang dengan sokongan terkenal seperti itu boleh menarik peminat baharu, meningkatkan jualan barangan, dan mencipta suasana keterujaan dan optimisme tentang masa depan kelab. Lebih penting lagi, ia memupuk rasa bangga dan penglibatan komuniti yang diperbaharui.
Sokongan Ed Sheeran untuk Ipswich Town mengingatkan kita bahawa jiwa bola sepak berdegup paling kuat di kelab-kelab kecil ini, di mana sukan ini bukan sekadar permainan tetapi juga acara komuniti, ritual mingguan, dan sumber kebanggaan tempatan.
Ed Sheeran mewakili semangat ini, menggunakan kemasyhurannya untuk meningkatkan profil kelab sambil kekal setia kepada akarnya.
Penglibatannya juga menyerlahkan peranan kelab bola sepak yang semakin berkembang sebagai pusat budaya di mana sukan, muzik, dan komuniti bertemu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali atlet atau ahli sukan automotif mengecap kejayaan terutamanya di luar negara sedikit sebanyak ia cukup membuatkan kita berasa sangat bangga. Apatah lagi kita masih lagi dalam ‘mood’ Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.
Terbaru, pelumba sensasi Malaysia, Nazim Azman meraih kemenangan perlumbaan pertamanya menerusi EuroFormula Open yang berlangsung pada semalam di Red Bull Ring, Austria.
Foto: Instagram Nazim Azman
Anak muda yang berlumba untuk psukan CryptoTower Racing tersebut berlumba dalam dua perlumbaan. Pada perlumbaan pertama dia menamatkan perlumaab di kedudukan keenam manakala pada perlumbaan kedua pula menyaksikan dia menduduki tempat pertama dengan catatan masa 34 minit 0.256 saat.
Dengan 0.732 ketinggalan di belakangnya ialah pelumba Turki dari pasukan Van Amersfoort Racing, Cem Boluksi menduduki tempat kedua sementara rakan sepasukannya Louis Foster dari Great Britan di tempat ketiga dengan catatan masa 34:2.250s.
“Sememangnya, ia satu permulaan yang baik. Ia amat mencabar dan Cem sememangnya amat pantas dan saya berfikir perkara utama ialah tidak melakukan sebarang kesilapan dan ia berbaloi.
“Foster juga menghadapi persaingan sengit daripada Cameron (Cameron Das daripada pasukan Motopark). Jadi tinggal hanya saya dan Cem berdua (untuk tempat pertama). Secara keseluruhannya saya gembira dengan keputusan ini,” kata Nazim dalam satu kenyataan.
Selepas mengharungi sebanyak 17 perlumbaan, Nazim kini berada di tangga keempat dengan kutipan 208 mata. Rakan sepasukan, Foster mendahului dengan 257 mata diikuti Das dengan 255 mata dan Jack Crawford 218 mata di tangga ketiga.
Kejayaan Nazim Azman turut mencuri perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau mengucapkan rasa bangga dan tahniah menerusi satu ciapan di laman Twitter kendaliannya.
“Nazim Azman daripada Team Crypto Tower merebut kemenangan siri pertamanya di perlumbaan EuroFormula di Red Bull Ring, Austria. Tahniah!! #malaysiaberbangga,” katanya.
Semoga Nazim Azman terus mengecap kejayaan pada masa akan datang dan terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Kredit: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.