Hukum lelaki pakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk. Cincin bukan sekadar hiasan di jari, tetapi ia juga melambangkan status, gaya, dan keperibadian seseorang. Walaupun ramai menganggap aksesori ini lebih sinonim dengan wanita, hakikatnya lelaki juga boleh memakai cincin sebagai pelengkap gaya.

Hukum Lelaki Pakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk

Hukum Lelaki Pakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk

Dibolehkan bagi lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada perak bahkan di dalam mazhab al-Syafi’e ianya disunatkan. Begitu juga dibolehkan untuk lelaki memakai cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq.

Bagaimanapun memakai cincin emas bagi lelaki adalah haram dan ini berdasarkan hadis Nabi SAW.

Daripada Abu Hurairah RA:

أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas. (Riwayat Muslim)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa telah berijma` sekalian muslim akan keharusan perempuan untuk memaikai cincin emas dan telah berijma` juga akan pengharaman buat lelaki bagi memakai cincin emas.

BACA: “Elak Pakai Cincin Takut Patah”, Nasihat Lelaki Ini Pada Bakal Bapa Kalau Isteri Sakit Kontraksi!

Ads

Memakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk

Di dalam sebuah hadis riwayat Muslim, `Ali bin Abi Talib RA telah berkata:

نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ‏.‏ قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا

Maksudnya: Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk.  (Riwayat Muslim)

Hukum Lelaki Pakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa telah ijma` sekalian muslimin akan sunnah memakai cincin pada jari kelinking bagi lelaki dan bagi wanita pula, boleh dikenakan pada mana-mana sahaja dari jarinya.

Ads

Adapun tegahan Nabi SAW pada hadis di atas membawa hukum makruh tanzih dan dibolehkan untuk mengenakan cincin pada tangan kanan ataupun kiri kerana pada keduanya itu terdapat hadis yang sahih.

Begitu juga di sisi mazhab Hanbali, makruh hukumnya memakai cincin di jari tengah dan juga jari telunjuk berdasarkan tegahan Nabi SAW melalui hadis di atas. Adapun yang zahir dari mazhab Hanbali, tidak dimakruhkan untuk memakai cincin pada ibu jari dan juga jari manis. Ini seperti mana yang disebutkan di dalam kitab Kashaf al-Qina` dan Matalib Uli al-Nuha.

Hukum Lelaki Pakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk

Kesimpulannya hukum lelaki memakai cincin pada jari tengah (hantu) dan juga telunjuk adalah makruh tanzih dan yang sunnahnya adalah dengan memakai pada jari kelinking dan menurut mazhab Syafi’e tidak kisah sama ada memakainya pada tangan kiri ataupun kanan.

Sebaiknya pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk harus dielakkan dan bagi lelaki di luar sana yang ingin memakai cincin, maka bolehlah memakainya pada jari kelinking ataupun jari manis.

Ads

Jika ditanyakan bagaimana caranya Nabi SAW memakai cincinnya? Maka jawapannya seperti mana di dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau menyebutkan:

كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

Maksudnya: Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelinking pada tangan kirinya) (Riwayat Muslim)

Sumber: Laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA: Selain Dapat Pahala, Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI