Bicara tentang hubungan sulit, mungkin anda berfikir penyebabnya adalah kerana pasangan anda tidak bahagia bersama anda? Belum tentu. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa 56% dari lelaki yang dibuat kajian, mengaku bahagia dengan kehidupan pernikahan mereka. Mereka mengaku puas dan bahagia dengan apa yang telah mereka miliki, meskipun faktanya mereka memang tetap mempunyai hubungan sulit. Berikut ini fakta-fakta tentangnya yang mungkin anda belum tahu.
SEBAHAGIAN BESAR LELAKI MASIH MENCINTAI PASANGANNYA WALAUPUN BERHUBUNGAN SULIT
Lelaki yang berhubungan sulit, alasannya bukan kerana dia jatuh cinta pada wanita itu, tapi kerana dia merasa bosan. Kehidupan percintaan yang dijalaninya tidak lagi menyenangkan seperti dulu, cenderung membosankan dan monoton. Dia masih mencintai anda, namun dia sedang ingin berada dalam suasana percintaan yang dia rindukan, makanya dia mempunyai hubungan sulit. Untuk menghindari ini, luangkan masa berdua, hanya anda dan dia tanpa anak-anak.
SEBAHAGIAN BESAR LELAKI BERHUBUNGAN SULIT DENGAN WANITA YANG SUDAH MEREKA KENAL BAIK
Bukan dengan wanita yang baru sekali ditemuinya di pusat membeli-belah atau di tempat lain. Biasanya hubungan sulit bermula sebagai teman. Akhirnya hubungan tersebut menjadi semakin akrab. Bagi menghindari hal itu, jalin hubungan yang lebih dekat dengan pasangan anda, menjadi tempat mencurah hati, masalah pekerjaannya misalnya. Jadilah lebih interaktif dibandingkan dengan rakan-rakan kerjanya.
LELAKI BERHUBUNGAN SULIT UNTUK MENYELAMATKAN HUBUNGAN PERNIKAHANNYA
Pasangan anda mencintai anda. Tapi dia tidak tahu bagaimana caranya menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi, hal yang menurutnya kurang dalam pernikahannya. Jadi dia mencari tempat lain untuk mengisi “ruang” di hatinya. Lalu mereka akan mencari kebahagiaan lain dan kembali menjalani kehidupan pernikahannya dengan bahagia, tanpa harus menyelesaikan masalah yang tidak dapat dirungkaikan.
LELAKI CENDERUNG MEMBENCI DIRINYA SENDIRI SETELAH BERHUBUNGAN SULIT
Anda mungkin berfikir lelaki yang berhubungan sulit ialah lelaki yang tidak bermoral atau tidak punya perasaan. Tapi tahukah anda, ternyata sebahagian besar lelaki merasa bersalah kerana tidak setia, telah membiarkan dirinya mengkhianati orang yang dicintainya. Beberapa bahkan merasa telah gagal menjadi lelaki sejati.
Ads
WANITA JUGA BERHUBUNGAN SULIT, BAHKAN LEBIH BERBAHAYA
Wanita juga mengaku pernah berhubungan sulit, sama seperti lelaki. Hanya wanita berhubungan sulit bukan untuk mencari kepuasan seks, seperti yang dilakukan kebanyakan lelaki, melainkan mencari kepuasan batin. Wanita boleh melakukan “hubungan sulit secara online” tanpa ada kontak fizikal. Ketika anda berhubungan sulit dengan “hati”, secara tidak sedar anda menarik diri daripada pernikahan anda dan akan susah untuk kembali, sementara berhubungan sulit dengan “seks” hanya didasari nafsu, bukan hati.
SERING KALI ISTERI TAHU SUAMINYA BERHUBUNGAN SULIT
Seorang isteri mungkin tahu suaminya berhubungan sulit, tapi dia tetap diam. Dia belum siap menerima rasa sakit yang harus dihadapi jika suaminya mengakui hal itu. Dia juga lebih memilih diam, untuk kebaikan rumah tangganya dan anak-anaknya.
Ads
BERHUBUNGAN SULIT DAPAT MEMPERBAIKI SUATU PERNIKAHAN
Meskipun hubungan sulit menggembirakan, hubungan itu juga dapat membuatnya menyedari siapa yang lebih dia inginkan di hidupnya. Andalah jawapannya.
LELAKI INGIN BERHUBUNGAN SULIT LAGI
Setelah berhasil menyelamatkan rumah tangga akibat hubungan sulit, lelaki masih merindukan untuk berhubungan sulit. Merindukan wanita itu, cara wanita itu memperlakukannya dan hal lain. Ubahlah cara anda memperlakukan dia, buatlah seperti apa yang dia inginkan.
Ads
LELAKI TAHU NAMPAK NEGATIF DARI HUBUNGAN SULITNYA
Lelaki tahu hubungan sulitnya tentu menyakiti isterinya, merosakkan rumah tangganya dan menodai kehormatannya. Lantas mengapa dia masih melakukannya? Ia terjadi kerana dia merasa tidak berguna, tidak diinginkan, tidak berharga, tentu dia ingin berada dalam situasi yang membuatnya merasa lebih berguna, lebih diinginkan dan lebih berharga.
BUKAN SALAH ISTERI JIKA SUAMINYA BERHUBUNGAN SULIT
Berhubungan sulit itu pilihan, bukan keharusan. Lelaki berhubungan sulit bukan kerana apa yang dilakukan isterinya, tapi kerana apa yang tidak dilakukan isterinya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
ADAKAH ANDA SERING MENGALAMI MASALAH SAKIT KEPALA, TERTEKAN ATAU SERING RASA MENGANTUK?. TETAPI TAHUKAH ANDA BAHAWA WARNA MAMPU MENGHAPUSKAN MASALAH TERSEBUT.
MERAH
MENGHILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian telah mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala.. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah serta melonjakkan adrenal.
Akan tetapi, warna merah tidak digalakkan penggunaannya secara keterlaluan kerana ia merangsang sistem badan dengan terlalu kuat dan boleh mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat serta meningkatkan tekanan darah meningkat
BIRU
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
Selain warna biru, adalah warna yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda.
MERAH JAMBU
ELAKKAN INSOMNIA
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik. Biasanya warna ini sering dihiasi dalam kamar bayi dan kanak-kanak.
JINGGA
CERIAKAN MOOD ANDA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Ini kerana warna ini berfungsi menceriakan mood anda. Warna ini juga mampu meningkatkan selera jika dihiasi di ruang makan.
Akan tetapi, kanak-kanak tidak digalakkan menggunakan warna ini di persekitaran dan pakaian kerana akan terdorong menjadi hyperaktif.
HIJAU
LENYAPKAN KELETIHAN
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mampu mengatasi keletihan kerana ianya memberi kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan .
Warna hijau seeloknya dipakai oleh mereka yang sedang sakit. Dalam keadaan tubuh yang sakit memerlukan rehat yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Dengan suasana yang harmoni di dalam tubuh, ia boleh membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus. Ini kerana jika tubuh yang tidak cukup rehat akan bekerja dalam situasi tertekan dan sukar untuk sembuh. Kerana itulah pesakit hospital pakau baju hijau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bilakah kali terakhir anda melakukan aktiviti rentas negeri tanpa memerlukan permit dan keberan daripada pihak polis?
Besar kemungkinan anda sendiri pun sudah lupa kerana sudah terlalu lama kita kita dibenarkan melakukan rentas negeri, apatah lagi dengan fasa terkini iaitu ‘full lockdown’. Berdepan norma baharu dan mendepani wabak ini, salah satu cara terbaik untuk kita atasinya ialah dengan menyahut seruan kerajaan mengambil vaksinasi COVID-19.
Pengagihan vaksin kini sudah pun memasuki fasa ke-3 yang bermula hari ini. Dan terbaru, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata Kerajaan sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri.
Memetik laporan BERNAMA, Khairy turut menjelaskan bahawa perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diumumkan dalam masa terdekat.
“Ia akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan yang akan dibenarkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan pada tahap peratusan ambang manakah kita dapat memberi kebebasan kepada mereka yang sudah menerima vaksin.
“Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Centers For Disease Control (and Prevention) telah keluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi. Contohnya, sekiranya ada beberapa orang yang telah lengkap vaksinasi yang ingin berjumpa di dalam satu bilik, mereka boleh buka pelitup muka mereka,” katanya.
Individu yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut.
RUNDINGAN DENGAN NEGARA LUAR
“Apabila profil MySejahtera anda berwarna kuning, bermakna vaksinasi anda sudah lengkap dan kita akan guna QR Code tersebut apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Katanya, kerajaan juga sedang melakukan rundingan dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi itu. Sehingga kini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.
Beliau bagaimanapun mengulangi ingatan agar rakyat terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan walaupun mereka sudah divaksinasi dan mendapat kebebasan.
“Buat masa ini, vaksinasi bukan pengganti SOP, terutamanya di sektor-sektor yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun vaksinasi ini sangat penting untuk kita memulihkan negara tetapi dari sudut SOP kita yang sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan lain-lain mesti terus ditegaskan dan dikuat kuasa,” katanya.
Jadi buat anda yang masih belum mendaftar, usah berlengah lagi. Daftarlah segera untuk dapatkan temu janji vaksinasi anda. Lindung diri, lindung semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman gantung ke atas enam tertuduh yang membunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, kisah tragik kematiannya tujuh tahun lalu kembali hangat diperbincangkan.
Antara yang menjadi topik utama ialah berkenaan dua individu yang berikhtiar untuk membantu menyelamatkan Allahyarham di saat rakan seperjuangan lain memilih untuk berdiam diri.
Dua individu itu ialah Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi dan juga Muhammad Akmal Akif Alias.
Pada 22 Mei 2017 sekitar jam 6 petang, Aiman Aufa telah pergi ke bilik bernombor 4-10 asrama penginapan UPNM untuk menemui seorang rakan untuk membincangkan mengenai tugasan kuliah, demikian menurut laporan Astro Awani.
Aiman Aufa yang tidak melihat keberadaan rakannya di bilik itu kemudian memutuskan untuk beredar lalu terlihat Allahyarham yang sedang baring di atas katil di hujung bilik dengan dilitupi kain pelikat dari paras pusat ke lutut.
Kemudian, Aiman Aufa kembali ke biliknya yang bernombor 4-06 dan berbincang dengan rakan sebiliknya Akmal Akif untuk melaporkan perkara itu kepada pihak atasan UPNM.
SURAT LAYANG
Memetik laporan Bernama, mereka memutuskan untuk menulis surat layang kerana bimbang identiti mereka dibocorkan dan menerima nasib yang sama seperti Allahyarham.
Mereka menulis dua pucuk surat laying di atas kertas A4 dan menyelitnya di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila jurulatih berkenaan menghantar gambar surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp, sekaligus memaklumkan semua ahli bilik 4-10.
Penyebaran surat itu membuatkan tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal bertindak pantas memindahkan Allahyarham ke bilik 4-06 bagi mengelakkan perlakuannya diketahui.
Selepas itu, Aiman Aufa dan Akmal Akif sekali lagi cuba untuk menghantar sepucuk lagi surat layang yang bertulis “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.
Setelah kematian Allahyarham, Akmal Akif turut menjadi salah seorang daripada 19 penuntut yang ditahan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT), namun dibebaskan daripada pertuduhan selepas dua tahun.
Pertama Kali Lihat Semula Surat Layang Selepas Bertahun
Susulan kes Allahyarham Zulfarhan yang kembali hangat diperkatakan, Aiman Aufa memuat naik sebuah hantaran story di laman Instagramnya mengulas mengenai surat layang tersebut.
Katanya, ini merupakan pertama kali dia melihat semula surat layang yang kira-kira 8 tahun lalu.
“Lepas saya letak itu, tak pernah tengok dah sampai sekarang. Ini tak tahulah macam mana boleh sampai ke umum” tulisnya.
Selain itu, Aiman Aufa yang mendoakan kesejahteraan Allahyarham tidak menolak ketentuan Tuhan walaupun sudah berikhtiar dan berusaha.
Meninjau ke hantaran lain di Instagramnya, dia kini menjalani hidup dengan perkembangan kerjaya yang baik.
Dia yang kini sudah berumahtangga dan membina keluarga sendiri juga dilihat sudah melebarkan sayap kerjaya ketenteraannya hingga ke luar negara.
Beberapa hantarannya turut dibanjiri komen dari warga maya yang menzahirkan penghargaan di atas usahanya berikhtiar bersama Akmal Akif untuk membantu menyelamatkan Allahyarham.
Terdahulu, Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 2017 akibat melecur ditekap seterika wap pada hampir keseluruhan badan termasuk di bahagian kemaluan.
Zulfarhan dibelasah dan didera sedemikian oleh enam rakan seperjuangan iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.