Pengenalan telefon pintar flagship terkini, HUAWEI P40 pasti membuatkan ramai peminat teknologi ini teruja. Apa tidaknya, saban tahun HUAWEI sentiasa mengetengahkan telefon pintar yang mampu menjadi perintis kepada pelbagai teknologi dan inovasi baharu.
Selain pengenalan teknologi di dalam telefon pintar itu sendiri, HUAWEI juga telah memperkenalkan ekosistem kepelbagaian perantinya yang mampu berhubung dengan hanya satu sentuhan sahaja.
HUAWEI MENGHUBUNGKAN DENGAN SATU SENTUHAN SAHAJA
Pernahkah anda berdepan kesukaran untuk bekerja dari rumah, sedangkan segala data anda berada di pejabat? Apabila ingin bekerja luar dari pejabat pastinya anda ingin melakukan tugasan memindahkan fail atau foto dari telefon pintar ke komputer dengan mudah dan yang pasti, pemindahan itu semuanya memakan masa yang lama.
Ramai di antara kita memiliki pelbagai jenis peranti seperti televisyen, pembesar suara, tablet dan semestinya telefon pintar. Jadi, bagaimana pemindahan data dari telefon pintar ke peranti lain boleh dilakukan dengan pantas? Ini terutamanya apabila kita berada di luar atau ‘on the go’.
ON THE GO!
Di sinilah kehebatan yang ditonjolkan oleh teknologi Huawei Share, teknolgi yang diperkenalkan oleh HUAWEI sebagai solusi untuk masalah ini. Dengan Huawei Share, pengguna dapat menghubungkan semua peranti dengan mudah walau di mana pun anda berada tidak kira anda di pejabat, di rumah ataupun ketika dalam mod ‘on the go’!
Huawei Share bukan sahaja berfungsi untuk memudahkan pengguna memindahkan fail atau data di antara peranti, malah ia juga menawarkan hubungan interaktif OneHop di antara telefon pintar dan peranti pintar yang lain. Data-data seperti perkongsian audio, hubungan rangkaian dan projeksi skrin dapat dilakukan dengan pengalaman yang cukup selesa.
Sebagai contoh, jika anda ingin memindahkan foto dari telefon ke dalam komputer untuk proses mengedit, anda hanya perlu menekan dan mengaktifkan NFC di dalam telefon pada tag HUAWEI SHARE di bahagian bawah kanan komputer untuk menghubunngkannya.
Jika telefon anda menggunakan EMUI 10.0 atau ke atas, anda juga boleh merasai pengalaman mengunakan inovasi Multi-Screen Collaboration yang disediakan oleh Huawei Share. Ia bukan sahaja memudahkan pemindahan fail, malah turut membenarkan penggunaan tetikus dan kibod komputer peribadi berfungsi di dalam telefon pintar.
‘Tap’ sahaja telefon pintar ke komputer atau tablet, paparan telefon abda akan turut terpapar di skrin. Anda juga boleh mengakses mana-mana aplikasi telefon pintar atau drag dokumen dengan menggunakan tetikus di komputer. Malah, boleh juga melakukan ‘double click’ untuk mengedit dokumen (sokongan EMUI 10.1 ke atas).
KESERONOKAN AUDIO
Pembesar suara yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Apabila pulang ke rumah selepas bekerja atau beriadah, sentuh sahaja telefon pintar di bahagian atas Sound X untuk mendengar alunan muzik. Ini semua boleh dilakukan dengan fungsi One-Tap Audio Sharing. Jika anda ingin menghentikan seketika muzik, anda tidak perlu melakukan akses dengan telefon pintar kerana anda boleh melakukannya dengan menutup bahagian atas pembesar suara menggunakan tapak tangan sahaja.
KEHEBATAN PENGALAMAN PERKONGSIAN
HUAWEI turut menekankan pengalaman sosial terhadap teknologi yang diperkenalkan. Dengan One-Tap Network Connection yang disediakan oleh Huawei Share, pengalaman gaming juga sememangnya berbeza.
Rakan-rakan yang datang ke rumah boleh menyertai permainan video tanpa perlu anda menggunakan perkongsian Wi-Fi berkali-kali. Hanya perlu ‘tap’ telefon di bahagian NFC, mereka boleh mengakses rangkaian Wi-Fi semudah ABC. Malah penggunaan skrin juga dapat dipindahkan ke televisyen dengan menggunakan teknologi yang sama.
AKSES KUNCI KERETA DENGAN HUAWEI SHARE
Teknologi Huawei Share turut menawarkan sesuatu yang menyeronokkan untuk kereta anda. Dengan teknologi ini, anda boleh mengakses kunci kereta dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh mengunci kereta walaupun tidak berada berdekatan dengan kenderaan anda. Yang pasti, teknologi ini merupakan salah satu ekosistem yang sedang diterokai oleh HUAWEI bersama rakan-rakan niaganya.
PETAL SEARCH WIDGET – PINTU ANDA KE JUTAAN APLIKASI
Seperti mana yang kita tahu, HUAWEI sentiasa komited dalam membangun dan menawarkan teknologi terkini serta terbaik untuk pengalaman terunggul penggunanya. HUAWEI P40+ turut hadir dengan Petal Search Widget – Find Apps, widget terbaharu yang membantu pengguna mencari pelbagai aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan.
Direka sendiri oleh HUAWEI, widget terbaharu ini akan memberikan pengalaman carian aplikasi yang belum pernah pengguna rasai.
Jadi bagaimana ia berfungsi? Terdapat tiga langkah mudah.
Langkah 1 – Untuk membantu pengguna HUAWEI P40 mencari aplikasi yang anda mahukan, gunakan Petal Search Widget -Find Apps.
Langkah 2 – Taipkan sahaja nama atau fungsi aplikasi di ruangan ‘search bar’. Ia akan memaparkan aplikasi paling top di bahagian teratas.
Langkah 3 – Petal Search Widget akan menunjukkan carian paling relevan di bahagian atas berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Ia akan menyatakan apakah aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi AppGallery. Ia boleh dimuat turun secara link rasmi, menerusi versi laman sesawang atau daripada 3rd party store.
Ikuti kempen Together in Just One Tap di https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ekosistem peranti pintar terbaharu yang diperkenalkan oleh HUAWEI.