Selepas meraikan kejayaannya memperkenalkan generasi kelima Honda City terbaru, Honda Malaysia kini mengumumkan harga untuk City RS e:HEV. Sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama memperkenalkan varian ini.
Menerusi pengumuman ini juga, model terbaru City RS e:HEV dijangka menjadi model penanda aras di dalam segmennya.
Perkara tersebut turut dinyatakan dengan penuh keyakinan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pangarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. “Hari ini kami berbangga mengumumkan harga bagi model dan varian terbaru Honda City RS e:HEV pada harga RM105,950.45 dengan pakej keseluruhannya melepasi B-segmen.
“Ia lengkap dengan ciri-ciri inovasi terbaru seperti Next Generation Advanced Technology, Honda SENSING dan juga Honda CONNECT, ciri novatif dan juga penampilan luaran yang lebih sporty,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, pada penghujung tahun 2020 Honda masih mengekalkan kedudujkannya sebagai kenderaan Nombor 1 dalam segmen kereta bukan nasional selama enam tahun berturut-turut. Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pengguna di Malaysia menjadi pengukur kepercayaan yang diberikan kepada jenamanya.
Kedudukan tersebut banyak disumbangkan oleh kejayaan serta populariti model Honda City dengan pelbagai tawaran dan pakej menarik.
Honda City RS e:HEV juga menjadi varian pertama yang dilengkapi dan menggunakan teknologi inovatif Honda CONNECT. Ia merupakan teknologi yang menggunakan Telematics Technology dengan kemampuan pelbagai hubungan kepada pemandu. Integrasi moden ini membolehkan sistem komunikasi tersedia 24 jam sehari bagi memastikan keselamatan, sekuriti dan keselesaan pemiliknya.
Bahagian luaran City RS e:HEV ditampilkan dengan gril hadapan berwarna hitam, gril rendah eksklusif dan pelbagai kemasa menarik lagi. Dari segi dalamannya pula, City RS e:HEV dilengkapi 2-motor hybrid system yang dikuasakan oleh 1.5L DOHC i-VTEC intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).
Antara revolusi terbaru diperkenalkan ialah kemampuannya membawakan 109PS dan best-in-class hogh torque dengan 253Nm. Sistem e:HEV boleh ditukar secara automatik di antara tiga mode iaitu EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive.
Buat anda yang mungkin berminat dengan Honda City RS e:HEV, bolehlah melihat model ini secara maya dan melakukan tempatah menerusi prebook.honda.com.my serta wakil berlesen Honda di seluruh negara. Segala maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasminya, www.honda.com.my.
Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!