Dalam kenyataan medianya pada hari ini, Honda Malaysia Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Hironobu Yoshimura yang meneruskan legadi Madoka Chujo.
Hironobu Yoshimura dilaporkan telah memulakan tugasnya di Honda Malaysia secara rasminya bermula 1 April 2022. Beliau memiliki pengalaman selama 34 tahun bersama Honda dengan kepakarannya membangunkan beberapa sektor penting sebelum ini seperti Perancangan Korporat, Perancangan Perniagaan, Pemasaran dan Khidmat Selepas Jualan.
Selepas menerajui pelbagai peranan di syarikat tersebut di Jepun, Thailand dan Pakistan kini tiba gilirannya untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘rumah’ terbarunya.
Sebelum pelantikan ini, Hironobu Yoshimura telah berkhidmat di Pakista dengan menggalas jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Car Limited.
Ads
Berikutan perlantikan terbarunya, Hironobu Yoshimura berkata “Saya berasa cukup teruja untuk memegang peranan baharu di Honda Malaysia. Malaysia merupakan negara yang cukup unik dan mempunyai latar belakang cukaya dengan masyarakat majmuk.
“Madoka Chujo yang terdahulu memegang jawatan ini telah berjaya membina jenama Honda menjadi sangat berjaya di Malaysia malah sebagai antara peneraju teknologi automotif di rantau ini. Apa yang paling penting juga ialah Honda Malaysia telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam tahun-tahun sebelum ini.
Ads
“Saya ingin meneruskan legasi ini dan membawa syarikat mengharungi kondisi perniagaan post-pandemik dengan lebih positif dan membina lebih kekuatan di masa akan datang,” tambahnya lagi.
Ads
Beliau turut mengumumkan sebanyak tiga model dari segmen berbeza telah berjaya menduduki rangga pertama untuk Suku 1 tahun 2022. Model tersebut ialah City, City Hatchback dan Civic yang terbaharu.
Sementara itu, Madoka Chujo akan kembali ke Jepun meneruskan tugas dengan jawatan baharu di Honda Motor Co., Ltd. dalam bahagian Automobile Operations Sales Supervisory Units, Sales Divisyen.
Selamat datang dan maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Hironobu Yoshimura!
Sejak kecil sudah miliki impian murni untuk memiliki kilang bagi membantu golongan susah serta memberi peluang perkejaan dan memberi skim perumahan pada golongan yang memerlukan. Bermula menjual kad raya sehinggalah bergelar usahawan global.
Ketika dibangku sekolah lagi Mohd Fadzil Hashim yang mudah di sapa dengan gelaran Coach Fadzil memberitahu dia sudah berjinak-jinakkan diri dengan perniagaan seperti membantu menjual nasi lemak dan mendapat upah makan nasi lemak secara percuma dari situlah dia dapat simpan duit belanja.
“Saya ingat lagi pengalaman pertama saya adalah jual kad raya, kemudian sewaktu rehat saya menjual nasi lemak, dan seterusnya saya meniaga satay di pasar malam selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka selama sebulan.
“Kemudian saya meniaga pasar malam di Jasin. Ia dibuka seawa jam 3 petang, dan pada jam 5 petang satay dah mula kurang, masa itu saya dengan abang ipar je yang meniaga, so tak dia pilihan dia mesti balik ke Merlimau mengikut jalan lama. Ketika saya ditinggalkan seorang diri itulah baru saya sedar saya boleh handle sorang-sorang. Ketika itu usia saya baru 12 tahun.
“Sewaktu sekolah menengah, saya tolong bapa mertua kakak saya jual sayur kampung di Ampang di pasar malam selama setahun. Selepas itu saya masuk asrama di Kajang dan saya di ajar asas leadership. Saya diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab menjadi ketua asrama dalam masa yang sama perniagaan saya seperti jual Maggie dan nasi goreng masih lagi on going . Malah busines direct selling seperti jual cadar juga saya lakukan dan saya jual kepada makcik dewan makan.”kata Coach Fadzil kepada Maskulin.
Coach fadzil akui dia tidak pernah kenal maksud seniority atau tidak malu untuk berniaga atau melakukan sesuatu untuk junior kerana di situlah dia menjana pendapatan. Walaupun dia bergelar ketua pelajar, tetapi dia langsung tidak pernah putus asa menjual segala produk yang ada.
“Saya set up my first enterprise ketika saya belajar di ITM atau kini lebih dikenali sebagai UiTM. Maklum sahajalah saya ketika itu saya belajar di Arau tiada apa yang boleh dilakukan jadi saya masih teruskan bisnes jualan saya. Tetapi ketika itu saya share modal dengan rakan-rakan. Kami kumpul duit seorang RM100, beli kain di Kelantan dan jual pada lecturer.
“Saya ingat lagi sewaktu itu, kakak bagi wang perbelanjaan sebulan RM60 jadi saya cari duit sendiri untuk menganggung segala kos yang diperlukan dengan jual roti bun atau pizza selepas jam 9.30malam semata-mata untuk pelajar lain mengisi perut selepas atau sewaktu tengah mengulangkaji pelajaran. Satu malam saya dapat untung berbelas ringgit
“Malah, saya pernah basuh baju junior untuk menanggung kos tuisyen subjek Account. Ketika itu saya masih ketua asrama, tetapi kerana berkat usaha saya untuk membayar duit tuisyen, akhirnya saya mendapat A1.” Kata Coach Fadzil dengan semangat yang positif.
Coach Fadzil juga berkata dia juga berpengalaman berkerja diluar negara sebagai waiters, hantar surat khabar serta cuci tandas. Dia menganggap itu sahaja caranya untuk buat duit dan dibayar dengan gaji yang tinggi.
Sungguhpun aktif bersukan wakil sekolah dengan bermain Rugbi, Soft Ball serta takraw dan bertanding di majlis perwakilan pelajar mahupun debat agama tidak pernah dilupakan. Sejak diberi pendedahan dari tingkatan 3 sehingga sudah berumah tangga dia akui agak sukar untuk cari Islamic dan English language basic.
Bukan melahirkan komuniti Islamik sahaja, ia juga melahirkan pedangan muslim serta menggalakan mereka berniaga. Malah dia juga sempat mengambarkan Malakat Mall serta berkongsi bagaimana tercetusnya idea ia dicipta.
Coach juga aktif dalam memberi talk serta membuat kem motivasi Ayuh Bangkit untuk memberi coaching pada orang ramai tentang selok belok perniagaan supaya individu yang menghadiri Ayuh Bangkit mempunyai mind set untuk membantu orang lain.
Coach Fadzil sempat memberi beberapa tip yang paling berguna untuk usahawan baru
Mesti ada grand why, tanya pada diri kenapa ingin lakukan pekara seperti ini. Jika niat kita betul dan murni Tuhan pasti akan membantu.
Develop unique selling proposition (USP), offer benda yang customer mahukan.
Pastikan business model yang betul bagi peluang masing-masing untuk grow.
Jangan malu untuk buat apa sahaja.
Jangan menyerah kalah, kadang-kadang banyak yang kita ushakan tapi lebih banyak gagal dari berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya nama Khairulaming tidak perlu lagi diperkenalkan. Pencipta kandungan yangj uga ahli perniagaan ini telah dianggap sebagai ikon anak muda serta usahawan muda yang cukup disegani di Malaysia.
Mencipta nama jenamanya dengan perancangan yang cukup rapi dan penuh dedikasi, Khairulaming bukan sahaja membawa revolusi dalam dunia masakan, tetapi juga menjadi sumber inspirasi bagi banyak anak muda yang mengagumi kreativiti dan keusahawanannya.
Khairulaming melangkah lebih jauh dari menjadi sekadar pencipta kandungan di media sosial. Dengan memanfaatkan bakat dan popularitinya, dia telah berjaya membina empayar perniagaan dengan produk makanan sendiri.
Siapa tidak kenal dengan Sambal Nyet Berapi, produk pertamanya yang telah mencatatkan kejayaan luar biasa selama tiga tahun.
Dan terbaru, Khairulaming mengumumkan kemunculan produk keduanya yang diberi nama ‘Dendeng Nyet Berapi’. Sekali gus menandakan satu lagi evolusi Khairulaming dalam perjalanan bisnes.
Dendeng Nyet Berapi
Berat : 180g
Harga : Rm 14.99
Kuantiti : 80,000 unit
Dalam video ni kita buat full explanation mengenai purchase limit, level kepedasan, dan juga info yang lain kenapa kita pilih dendeng sebagai produk kedua. Jumpa you guys hari jumaat ni! 😃 pic.twitter.com/bQxTNAGtxm
Menerusi perkongsiaannya di laman media sosial, Khairulaming mengumumkan dia telah memilih TikTok Shop sebagai platform eksklusif untuk meluncurkan produk barunya pada 2 Februari 2024, tepat pada jam 9 malam.
Dipasarkan pada harga RM14.99 untuk sayu unit, Khairulaming mengatakan bahawa sebanyak 80,000 unit akan tersedia untuk jualan.
Melihatkan sambutan luar biasa dari pengikut dan peminat kuliner, ramai menjangkakan pelancaran produk kedua Khairulaming ini bakal mencatatkan rekod baharu sebagai produk tempatan pertama yang mencapai jualan RM1 juta paling pantas di platform TikTok Shop Malaysia.
Kejayaan ‘air tangan’ Khairulaming di pasaran bukanlah satu rahsia baharu. Kejayaan Sambal Nyet Berapi terjual dengan cepat menjadi indikasi potensi besar Dendeng Nyet Berapi untuk mengulangi kejayaan sama pada jualan 2.2 nanti.
Dengan hampir 60% jualan yang dihasilkan melalui TikTok Shop dan sisanya dari platform lain, Khairulaming bukan hanya menciptakan produk, tetapi juga memimpin trend dalam cara produk dijual dan dipasarkan.
Jadi tidak hairanlah pada masa kini nama Khairulaming tidak hanya dikenali sebagai pencipta kandungan masakan tetapi juga seorang yang sentiasa membuktikan dengan usaha yang keras, ilmu yang dipraktiikan dan juga perancangan rapi kejayaan itu akan datang dengan sendiri.
Dia juga membuktikan dengan daya kreatif dan keberanian mengambil risiko, seseorang dapat mencapai kejayaan di berbagai bidang.
Buat anda lelaki yang mencari inspirasi dalam menggabungkan minat dan karier, Khairulaming adalah contoh sempurna tentang bagaimana memadukan kedua aspek tersebut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Ronaldo mungkin dianggap oleh ramai pihak sebagai pemain bola sepak yang kini menghampiri zaman senja atau penghujungnya.
Kini beraksi bersama kelab dari Arab Saudi iaitu Al-Nassr, Ronaldo dilihat telah merevolusikan populariti bola sepak negara tersebut ke tahap yang cukup luar biasa.
Pada usia 38 tahun, Ronaldo dilihat masih lagi mempunyai stamina dan kecergasan yang sangat luar biasa.
Walaupun beraksi di liga yang tahap kompetitifnya mungkin sedikit rendah namun tidak bermakna Ronaldo harus mengenepikan kecergasaannya untuk berada di tahap terbaik.
Seperti mana yang ramai di antara kita tahu, Ronaldo merupakan seorang pemain bola sepak yang cukup obses dan mengamalkan disiplin yang sangat tinggi dalam menjaga kondisi fizikalnya.
Malah ramai bekas rakan sepasukannya berkongsi bagaimana mereka melibat rejim latihan, diet dan juga senaman yang cukup luar biasa dilakukannya.
Berada di kelab terbaru, Al-Nassr perkara tersebut turut disaksikan senditi oleh pakar pemkanan kelab tersebut, Jose Blesa. Dalam satu perkongsiannya dia mendedahkan rahsia diet yang diamalkan Ronaldo.
DIET KETAT
Bercakap tentang perkara tersebut besama media Sepanyok iaitu Ideal, Jose Blesa berkata Ronaldo mempunyai diet yang cukup ketat bagi memastikan preatasi dan kecergasaanya berada pada tahap terbaik ketika di atas padang.
“Cristiano mempunyai kesedaran kepentingan diet dan pemakanan yang sangat baik. Dia akan mengambil dan makan pelbagai jenis makanan untuk mempunyai tenaga untuk setiap permainan dan latihan, tanpa sebarang campur tangan pelik dalam fesyen.
“Sejak dia tiba di sini, semua pemain lebih giat berlatih dan mengamalkan diet yang lebih ketat. Saya tidak pernah melihat kelab seperti ini di mana pemain meningkat hampir 90% dalam komposisi badan mereka setiap kali saya melihat mereka. Mereka mempunyai kurang lemak, lebih banyak otot dan mereka melakukan semua senaman di hujung jari mereka,” jelasnya.
Selain itu, Jose Blesa turut memuji tahap prefesionalism yang dibawa oleh pemain legenda tersebut dan pengaruh positif yang dibawa olehnya ke dalam pasukan Al-Nassr. Jadi tidak hairalah mengapa dia sendiri menganggap Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.
“Dia merupakan pemain bola sepak terbaik dalam sejarah atau salah satu daripada dua pemain terbaik. Saya tidak pasti, seperti orang lain, tentang bagaimana rasanya bekerja dengannya dan jika kelab itu akan banyak berubah, tetapi saya tidak menemui pemain bola sepak yang lebih profesional daripadanya.
“Setiap perbualan bersamanya adalah satu pembelajaran atau ilmu baharu untuk saya. Kami bertemu dan bercakap tentang dietnya, tentang bagaimana dia memahami kepentingan ini dan berehat untuk prestasi,” tambahnya lagi.
Buat anda sendiri yang mungkin lebih muda dari Ronaldo, apa alasan anda untuk tidak melakukan senaman dan mengamalkan diet yang baik demi kesihatan diri untuk sekarang dan masa akan datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.