AP Honda Co Ltd, pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Thailand melakukan debut dunia Honda CB150R Exmotion.
Menerusi tag line “Life in Exciting Motion”, Honda CB150R Exmotion 2017 memiliki penampilan motor retro klasik dengan sentuhan ciri moden.
Motor hasil inspirasi model konsep Racer 150SS itu dilengkapi dengan enjin 150cc DOHC 4-injap. Mematuhi piawaian Euro6, enjin berkenaan menggunakan teknologi PGM-FI penyejukan cecair.
Penghantaran kuasa ke roda belakang dipadankan menerusi transmisi 6-kelajuan.
Sentuhan moden boleh dilihat pada lampu depan berbentuk bulat yang menggunakan ciri LED. Lampu brek belakang juga turut menggunakan ciri LED.
Spesifikasi jentera berkuasa tinggi boleh dilihat pada peralatan pilihan suspensi terbalik di depan, angkup brek empat pot dan ABS dengan G-Sensor.
Pelanggan di Thailand boleh memilih empat warna iaitu kelabu, merah, hijau dan hitam dengan harga pengenalan bermula 109,800 baht (RM14,150) seunit.
Selain itu, tiga model edisi terhad turut ditawarkan iaitu 500 unit CB150R Street Café pada harga bermula 135,200 baht (RM17,400).
Diikuti 1,000 unit CB150R Scramble Café berharga 118,400 baht (RM15,250) dan 500 CB150R edisi Moriwaki yang akan dijual pada bulan depan.
Menariknya, dalam masa lima hari sahaja pihak Honda di Thailand menerima tempahan sebanyak 1,000 unit walaupun pelanggan tidak pernah melihat secara dekat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nampak Macam Sama Tapi Sebenarnya Berbeza, Ini Panduan Beli Bateri Kereta Berkualiti
Bateri kereta merupakan komponen yang sangat penting untuk kita menghidupkan kenderaa. Walaupun ia nampak seakan perkakasan kereta yang asas namun kalau ia rosak maka tergendalah segala perjalanan kita,
Dan bila perkara ini berlaku ia boleh membuatkan kita rasa sakit hati dan cukup jengkel sekali. Selain melakukan servis kereta anda juga seharusnya memeriksa kondisi bateri kereta dari semasa ke semasa.
Di pasaran pula terdapat pelbagai jenis bateri yang ditawarkan. Kadangkala agak memeningkan untuk memilah yang manakah benar-benar berkualiti dan tahan lama.
Pertama sekali anda perlu faham bahawa bateri kereta ada dua jenis iaitu bateri basah dan bateri kering yang sifatnya bebas selenggara.
PERBEZAAN BATERI BASAH DAN KERING
Buat pengetahuan anda sebenarnya kedua-dua jenis bateri ini adalah jenis bateri basah. Cuma apa yang membezakannya ialah satu memerlukan penjagaan ringkas atau low maintenance manakala satu lagi perlu kerap diperiksa paras air baterinya.
Di pasaran terdapat pelbagai tawaran jenama bateri yang boleh dibuka untuk isian semula air bateri. Kebiasannya, bateri low maintenance memiliki harga lebih murah. Tetapi yang lebih utama perlu diambil kira di sini adalah spesifikasi bateri yang ingin anda ingin guna.
PERHATIKAN SPESIFIKASI DARI KILANG
- Terdapat beberapa spesifikasi yang perlu anda perhatikan sebelum membeli bateri.
- Jenis: Lihat saiz bateri serta posisi terminal positif (L/R)
- AH atau Amps Hour merupakan julat berapa jam bateri boleh tahan selama kereta tidak cas semula bateri.
- RC atau Reserve Capacity pula indikasi jumlah minit bateri boleh bertahan dengan pelepasan 25 amp secara berterusan.
- CCA atau Cold Crank Amps, amp maksimum yang boleh dikeluarkan secara berterusan selama 30 saat pada 0°F sebelum voltan susut kepada tahap tidak boleh digunakan.
INGAT!
Anda perlu memastikan bahawa pemilihan bateri baru tidak kurang dari spesifikasi asal dan kena pada bajet harga bateri kereta anda.
IKUT GAYA PEMANDUAN
Untuk anda yang memiliki kereta tetapi jarang digunakan atau bergerak pada jarak dekat sahaja, pilihlah bateri nilai AH/RC yang besar. Ini kerana ia tidak cukup masa untuk bateri dicas penuh. Jadi demi memastikan belian berbaloi dengan kadar harga bateri kereta.
Manakala jika kereta anda mempunyai sistem audio yang canggih pilihlah bateri yang amps besar. Tidak lupa bateri yang memiliki karakteristik penebat haba tinggi kerana cuaca negara kita yang panas.
PERHATIKAN TARIKH KELUARANNYA
Salah satu lagi faktor penting anda perlu ambil berat ialah memastikan anda beli dari stok yang tidak terlalu lama ditinggalkan di garaj dan stor kedai bateri kereta.
SIMPAN KAD WARANTI
Pada kebiasaannya setiap bateri akan datang bersama kad waranti selama setahun. Dan ada juga yang menawarkan gingga dua tahun. Jadipilihlah sebaiknya untuk kegunaan anda jika berlaku kerosakan dalam tempoh waranti.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak dan menjimatkan perbelanjaan untuk masa hadapan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bersihkan ‘Peta’ Pada Seat Kereta Guna Bahan Bajet, Hasilnya Macam Baru!
Tentu mahal jika anda nak bersihkan ‘peta’ seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan ‘peta’ seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.
Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
Jom ikuti perkongsiannya.
BACA: Kena Ambil Tahu 20 Perkara Ini Kalau Tak Nak Kena ‘Cekik’ Dengan Pomen Masa Servis Kereta!
Bahan yang digunakan:
- 2 sudu cuka
- 1 sudu baking soda
- Secawan air suam
BACA: 2 Teknik Mudah Elak Kereta Berkuap Masa Parking Di Tempat Panas!
Caranya:
- Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
- Kacau dan masukkan dalam botol spray.
- Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
- Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
- Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
- Ulang langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
- Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Selamat mencuba!
BACA: Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Guna Kertas Pasir, Dari Kusam Nampak Baru!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makanan Perlu Elak Dimakan Sebelum Memandu Perjalanan Jarak Jauh
Pada hari Khamis ini umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Bermula hari ini sudah ramai yang buat keputusan untuk bertolak dan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikannya.
Buat perantau yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang pasti akan mengharungi perjalanan jauh dengan menaiki kereta bersama keluarga.
Sebagai lelaki menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan perjalanan anda sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Selain memandu dengan berhemah dan mengikuti segala peraturan jalan raya yang baik, salah satu faktor yang mungkin ramai terlepas pandang ialah dari segi pemakanan.
Sebelum memandu perjalanan jarak jauh anda perlu berhati-hati dalam memilih jenis makanan dan minuman yang diambil. Tersilap makan maka perjalanan anda juga akan terganggu.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis makana perlu anda elak sebelum memulakan pemanduan jarak jauh.
Makanan Berat dan Berlemak
Elak makan makanan berat dan berlemak sebelum memandu jarak jauh. Tahukah anda makanan yang tinggi lemak dan berat boleh menyebabkan perasaan kenyang, mengantuk, dan boleh mengurangkan kepekaan minda dan fikiran.
Makanan Pedas
Seperti mana yang kita tahu makanan pedas boleh menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan. Dan jika gangguan ini berlaku maka perut tidak selesa ketika memandu. Ini boleh mengganggu fokus dan keselesaan semasa memandu jarak jauh.
Minuman Berkafein Tinggi
Meskipun minuman berkafein seperti kopi atau minuman tenaga boleh membantu mencegah mengantuk, mengambil terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kegelisahan, denyutan jantung yang laju dan gangguan tidur pada waktu malam.
Ia juga boleh menyebabkan keletihan yang lebih teruk setelah kesan stimulan kafein berkurang.
Makanan Menyebabkan Kembung
Elakkan makanan yang diketahui boleh menyebabkan perut kembung seperti kacang-kacangan, brokoli, kubis dan makanan pedas. Kembung perut memang boleh mengganggu keselesaan semasa memandu dan ia sekali gus mengurangkan fokus anda.
Makanan Penyebab Alergi
Jika anda mempunyai alergi makanan tertentu, pastikan untuk mengelakkan makanan tersebut sebelum memandu jarak jauh.
Makanan yang memicu reaksi alergi boleh menyebabkan kesukaran bernafas, bengkak atau reaksi alergi lain yang boleh mengganggu kemampuan memandu dengan selamat.
Penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai toleransi dan keperluan makanan yang berbeza. Selalu dengar tubuh anda dan pastikan untuk mengambil makanan yang memberikan tenaga yang mencukupi, menjaga hidrasi, dan menjaga keselesaan semasa memandu jarak jauh.
Semoga perjalanan anda selamat tiba ke destinasi!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI