
Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berhadapan Situasi Cemas Tayar di Atas Jalan Raya – Apa Tindakan Pantas Anda?

Semalam kita dikejutkan dengan satu kemalangan tragik melibatkan beberapa kenderaan hingga meragut beberapa nyawa. Nahas tersebut mengorbankan tujuh manakala 33 lagi cedera di KM 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam tadi berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.
Ia satu situasi yang sesiapa pun tidak mahu hadapi. Apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan raya. Hanya sekelip mata ia mengubah segalanya.
Kehadiran objek asing di atas jalan rata seperti tayar yang tertinggal boleh mengancam keselamatan pengguna. Tayar yang tercabut atau terjatuh dari kenderaan lain boleh menjadi ancaman besar, terutamanya pada kelajuan tinggi.
Jadi, apakah langkah yang boleh anda ambil untuk meminimakan risiko kepada anda dan juga pengguna jalan raya yang lain jika berada dalam situasi ini?
1. Kekal Tenang dan Fokus
Langkah pertama yang paling penting ialah kekal tenang. Jangan panik kerana tindak balas yang kelam-kabut hanya akan meningkatkan risiko kemalangan.
Pegang stereng dengan kuat dan elakkan membuat pergerakan yang mendadak. Tumpukan perhatian kepada persekitaran anda, termasuk kenderaan di sekeliling.
2. Kenal Pasti Jarak dan Kelajuan

Apabila anda menyedari terdapat objek seperti tayar di hadapan, segera perhatikan jarak anda dengan objek tersebut.
Anggarkan jarak untuk menentukan sama ada anda mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk membrek atau mengelak. Pada masa yang sama, ambil kira kelajuan kenderaan anda serta kenderaan lain di sekeliling.
3. Elakkan Brek Mengejut
Membrek secara mengejut, terutamanya di lebuh raya, boleh menyebabkan kenderaan lain melanggar bahagian belakang kenderaan anda.
Jika keadaan mengizikan, kurangkan kelajuan secara perlahan-lahan dengan menekan brek secara terkawal.
4. Pilih Laluan untuk Mengelak
Jika anda mempunyai ruang di kiri atau kanan jalan, cuba elakkan objek tersebut dengan memandu ke lorong lain.
Sebelum berpindah lorong, periksa cermin sisi dan titik buta untuk memastikan tiada kenderaan lain yang menghalang. Signal juga perlu diberikan untuk memberi amaran kepada pemandu lain.
5. Amaran Kepada Pemandu Lain
Jika anda berjaya mengelak objek tersebut, nyalakan lampu kecemasan (hazard light) untuk memberi isyarat kepada kenderaan di belakang supaya mereka lebih berhati-hati. Ini dapat mengurangkan risiko kemalangan berantai.
6. Laporkan kepada Pihak Berkuasa

Setelah anda berada dalam keadaan selamat, hubungi pihak berkuasa seperti PLUSRonda (untuk lebuh raya PLUS) atau pihak polis untuk melaporkan kehadiran objek di jalan raya.
Maklumkan lokasi yang tepat supaya tindakan segera dapat diambil untuk mengalihkan objek tersebut.
7. Pentingnya Jarak Selamat
Kejadian seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.
Dengan jarak yang mencukupi, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan.
8. Elakkan Sikap Sambil Lewa
Jangan anggap situasi seperti ini remeh. Sebarang halangan di jalan raya, walaupun kecil, boleh membawa kepada kemalangan besar.
Anda juga digalakkan untuk sentiasa memastikan tayar dan komponen lain kenderaan anda berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan masalah yang sama menimpa pengguna lain.
Keselamatan di jalan raya memerlukan sikap berhati-hati, fokus, dan tindakan yang bijak. Situasi cemas seperti kehadiran tayar di jalan raya bukan sahaja menguji kemahiran memandu, tetapi juga kebolehan kita untuk membuat keputusan pantas.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh mengurangkan risiko dan memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
TARUHAN MOPED SULUNG DARI CMC- ARIO 110

Chear Global Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia memperkenalkan moped Ario 110.
Model itu dijana oleh enjin 107cc penyejukan udara, silinder tunggal, 4-lejang yang berupaya menghasilkan kuasa 4.8kW pada 7,500rpm dan tork 7Nm pada 5,500rpm.
Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan. Menerima pengiktirafan Euro3, Ario 110 dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz empat liter.
Selain itu, pelana Ario 110 didatangkan dengan pelana dua jahitan benang agar lebih tahan lama dan tidak ketinggalan dilengkapi dengan bakul depan.
Ketua Pegawai Operasi Chear Global Sdn Bhd, Leong King Choon berkata moped baru dari CMC tersebut menawarkan reka bentuk terkini dan prestasi cemerlang dalam kelasnya.
“Pembangunan Ario 110 mengambil masa setahun setengah dan menjalani ujian tunggangan sejauh 15,000 kilometer.
“Ario 110 menggunakan model dari syarikat induk Guangzhou Haojin lalu kami lakukan modifikasi mengikut kehendak pengguna dan keadaan di Malaysia,” katanya.
CMC Ario 110 ditawarkan dengan peredam ekzos sporty dan rim tuang untuk keselesaan tunggangan bersama tayar tubeless.
Didatangkan dengan pilihan warna merah metalik dan hitam metalik, harga jualan Ario 110 ialah RM3,988 seunit (tidak termasuk GST).
Untuk melihat dengan lebih dekat, Ario 110 akan berada di pusat jualan bermula esok.
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
LEGENDA TERMINATOR KEMBALI-HARLEY DAVIDSON FAT BOY 2018

Harley Davidson Softail Fat Boy mula mendapat perhatian dalam kalangan penunggang motosikal apabila ia digunakan dalam filem Terminator pada era 90-an. Sejak itu, model tersebut menerima kemas kini dari masa ke semasa.
Terkini, versi 2018 baru sahaja melakukan kemunculan. Pengeluar model kruiser Amerika Syarikat itu melakukan beberapa kemas kini.
Sebagai permulaan, lampu depan halogen kini digantikan dengan unit LED. Kemudian mentol LED berkenaan dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk oval. Perubahan itu mengukuhkan imej maskulin Fat Boy.
Harley Davidson masih mengekalkan karakteristik Fat Boy yang mana rim 18 inci dikekalkan. Kemudian rekaan rim Lakester itu dipadankan dengan tayar lebih lebar 160mm di depan dan 240mm di belakang.
Pihak Harley Davidson masih mengekalkan penampilan asli Fat Boy dengan sentuhan moden. Bahagian enjin Milwaukee-Eight 8-injap baharu dengan balancer kembar berganda bukan sahaja menyerlahkan getaran utama tetapi juga membuatkan pemasangan enjin lebih kukuh. Sekali gus menambahbaik pengendalian.
Harley-Davidson menyatakan enjin 1745cc V-twin penyejukan minyak itu menghasilkan tork 144Nm pada 3,000rpm iaitu tambahan 12Nm berbanding model sedia ada. Enjin berkenaan juga menjadikan kruiser berkenaan lebih pantas.
Bahagian rangka tiub keluli diubahsuai dan lebih keras 65 peratus. Hasil kemas kini berkenaan menyumbang kepada pengurangan berat badan sebanyak 11kg berbanding versi 2017. Bahkan Harley Davidson mendakwa bahagian hendal lebih ringan dan memberikan pengendalian tepat.
Bahagian suspensi masih mengetengahkan fork Showa Dual Bending Valve (SDBV). Suspensi tersebut dikatakan menawarkan redaman lebih linear untuk keselesaan tunggangan. Suspensi belakang dipertanggungjawabkan kepada penyerap hentak Dyna berkembar. Ciri ABS didatangkan sebagai standard
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI