Sukan

Hisense Malaysia dan Universiti Sunway Raikan Bola Sepak Belia Dengan ‘Beyond Glory Campus Cup’

Share

Demam bola sepak kejohanan EURO 2024 kian dirasai. Tidak ketinggalan penganjuran kompetitif di peringkat tempatan. Hisense Malaysia, peneraju global elektronik baru-baru ini menjalin kerjasama dengan Universiti Sunway untuk menganjurkan kejohanan bola sepak persahabatan.

Kejohanan diberi nama ‘Beyond Glory Campus Cup’ melibatkan pasukan-pasukan bola sepak dari beberapa universiti terkemuka sekitar Lembah Klang.

Menurut mereka, kojohanan bola sepak yang berlangsung Ahad lalu ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta menyemarakkan lagi minat terhadap sukan bola sepak.

Ia turut dianjurkan bersempena dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2024 (UEFA EURO 2024™) di mana Hisense merupakan rakan rasmi.

Inisiatif ini bukan sahaja menekankan komitmen mereka terhadap sukan, tetapi juga menonjolkan usaha mereka dalam pembangunan sukan belia di Malaysia.

JUARA KEJOHANAN

Kejohanan ini berlangsung di padang bola sepak Sunway University. Ia menyaksikan penyertaan beberapa pasukan seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUMT), Taylor’s University, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) serta pasukan Sunway University.

Pasukan Hisense Malaysia turut serta dalam kejohanan ini, dan perlawanan akhir berlangsung antara pasukan Hisense dan pasukan yang berjaya menjuarai kejohanan ini, iaitu Taylor’s University.

Juara, Taylor’s University

Dalam ucapannya, Pengarah Urusan Hisense Malaysia, Encik Derek Jin berkata, “Hisense Malaysia sangat teruja untuk bekerjasama dengan Universiti Sunway untuk meraikan semangat bola sepak dan menyokong sukan belia tempatan.

“Matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi kepada atlet muda dan mempromosikan gaya hidup sihat. Ini selaras dengan misi Hisense untuk memperbaiki kehidupan orang ramai melalui produk inovatif dan inisiatif kami.

“Kami menantikan lebih banyak peluang di mana kami dapat terus mempromosikan dan menyokong sukan belia tempatan,” tambahnya lagi.

Naib Juara, Sunway University

Sementara itu Presiden Universiti Sunway, Profesor Sibrandes Poppema, juga menzahirkan kegembiraan beliau terhadap kerjasama ini.

BACA: Arda Güler, Bintang Muda Turki Menjulang Nama Di EURO 2024

“Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Hisense Malaysia untuk acara ini. Ia menyediakan platform yang hebat untuk pelajar kami dan pelajar dari universiti tempatan.

Ia ruang di mana mereka boleh menunjukan bakat dan semangat mereka terhadap bola sepak. Kami percaya dengan kuasa penyatuan sukan untuk membawa orang bersama-sama dan memupuk semangat komuniti yang kuat.”

Sebagai rakan rasmi UEFA EURO 2024™ dan peneraju dalam teknologi paparan, Hisense bertujuan untuk memberikan pengalaman menonton permainan yang sempurna serta pengalaman hidup pintar melalui produk TV dan peralatan rumah canggihnya.

Ini menandakan Kejohanan Eropah UEFA ketiga berturut-turut yang ditaja oleh Hisense, yang menyediakan peluang besar untuk terus menghubungkan jenama Hisense dengan pengguna di seluruh dunia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim