Hilangkan Tahi Lalat Guna Cuka Epal Je, Ini Perkongsian Dari Pakar Pemakanan Terlatih

Share

Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ini ada cara hilangkan tahi lalat yang mudah dari pakar pemakanan terlatih Todd Caldecott menghilangkan tahi lalat hidup di dahi dalam masa kurang dari seminggu menggunakan sari cuka epal. Paling penting keseluruhan prosesnya tidak menyakitkan dan mudah..

Guna sahaja Cuka Epal!

Siapa yang tidak tahu, cuka epal sendiri mempunyai pelbagai manfaat, diperbuat daripada epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya boleh melemahkan sistem imunisasi.

Baiklah, pernah terfikir cuka epal mampu membuang tahi lalat?

Bahan yang diperlukan:

  • Sari cuka epal asli
  • Jarum peniti
  • Putik kapas (Cotton balls)

Cara-cara

1. Untuk memastikan cuka epal menembusi permukaan tahi lalat, Todd memutuskan mencucuk jarum secara perlahan di sekitar tahi lalat. Menurut Todd, proses itu langsung tidak menyakitkan. Kemudian rendam kapas dalam cuka epal dan aplikasi pada tahi lalat selama 20 minit.

2. Sebelah petang, Todd mengulangi prosedur yang sama dan menggunakan cuka epal selama 20 hingga 30 minit. Seperti terlihat pada gambar, terdapat kemerahan tetapi tiada sebarang kesakitan atau kerengsaan berlaku.

3. Proses diteruskan sehingga hari keempat (dilakukan pagi dan petang). Di sini, tahi lalat mulai pudar tetapi akan terasa gatal-gatal. Masuk hari kelima, tahi lalat tertanggal dengan sendirinya.

4. Gambar di bawah selepas tahi lalat tertanggal, kelihatan kulit menjadi merah jambu di bawahnya.

Ternyata kaedah ini berkesan. Walaubagaimanpun Todd menasihati sebelum menggunakan cuka epal, kenal pasti jenis tahi lalat kerana dikhuatiri akan berlaku reaksi.

Selamat Beramal!

 

Published by
Ruziana Zainal