Bagaimana ketumbit boleh berlaku?

Kelopak mata mengandungi kelenjar kecil yang menghasilkan minyak bagi membantu melembapkan permukaan mata. Jangkitan oleh bakteria staphylococcus boleh berlaku pada kelenjar ini sehingga menyebabkan ketumbit atau stye (hordeolum dalaman). Jangkitan juga boleh melibatkan folikel rambut pada bulu mata (hordeolum luaran).

Seperti mana-mana jangkitan, kelopak mata akan menjadi bengkak (sama ada tertumpu atau melibatkan seluruh kelopak mata), merah, gatal dan sakit. Ia mugkin kelihatan seperti jerawat pada kelopak mata. Kebiasaannya, ketumbit akan pecah dan sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari.

Hilangkan Ketumbit Di Mata Lelaki

 

Ketumbit tidak menggangu penglihatan

Ketajaman penglihatan (visual acuity) anda sepatutnya tidak akan terganggu sama ada melihat dari jarak jauh atau dekat. Perkara yang mungkin mengganggu ialah padangan yang dihalang oleh kelopak mata bengkak. Jika penglihatan menjadi kabur, ia mungkin disebabkan oleh faktor lain dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Ads

Chalazion kelihatan seperti stye

Satu lagi benjolan pada kelopak mata yang kelihatan seperti ketumbit ialah chalazion. Ia disebabkan oleh kelenjar minyak pada kelopak mata yang tersumbat. Memandangkan bukan jangkitan, ia tidak menyakitkan. Ketumbit yang melibatkan kelenjar minyak (hordeolum dalaman) juga boleh berubah menjadi chalazion.

Chalazion terletak lebih jauh daripada pinggir kelopak mata berbanding ketumbit. Kadangkala membezakan antara keduanya mungkin agak susah.

Hilangkan Ketumbit Di Mata Lelaki

Ads

Cara merawat ketumbit di rumah

Anda boleh tuam bahagian terbabit menggunakan air panas. Tuaman boleh dilakukan menggunakan kain atau sudu yang direndam air panas atau secara langsung menggunakan botol yang mengandungi air panas. Lakukan selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.

Jaga kebersihan tangan dengan kerap membasuh menggunakan sabun. Anda juga boleh membersihkan bulu mata menggunakan syampu bayi. Elakkan daripada memicit ketumbit tersebut bagi mengelakkan jangkitan tersebar. Biarkan ia pecah dengan sendiri.

Jika keadaan tidak bertambah baik selepas beberapa hari atau seminggu, sila dapatkan bantuan doktor. Antibiotik dalam bentuk salap atau eyedrop mungkin akan dipreskrip. Dalam sesetengah kes, suntikan steroid atau pembedahan kecil akan dilakukan jika rawatan lain tidak berkesan.

Ads

 

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)

OLEH : Muhammad Firdaus Rahim

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI