Hilangkan Ketuat Tanpa Ubat, Guna 4 Bahan Ini Sahaja

Share

Ketuat adalah pertumbuhan kulit yang biasanya tidak berbahaya dan disebabkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV). Ketuat ini boleh muncul di mana-mana bahagian badan tetapi paling sering dijumpai pada tangan, kaki, dan wajah.

Hilangkan Ketuat Tanpa Ubat

Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

Bahan-bahan yang diperlukan

Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

Mari lihat pada gambar di bawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba.

BACA: 7 Petanda Penyakit Yang Kita Boleh Kesan Melalui Tapak Tangan

1. ☝Contoh balutan plaster pada jari.

2. ☝Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). ☝Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster. ☝Biarkan semalaman.

3. ☝Ketuat yang tidak disapu Vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu Vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.

Hari ketiga: ☝Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedu,a tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.

4. ☝Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid.

5.☝Kelihatan ketuat dah mati.

6. ☝Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la korek sikit demi sedikit.

7. ☝Ketuat yang berjaya dikorek.

8. Kesan sekitar ketuat sudah kering.

9. Ketuat sudah hilang.

Meskipun ketuat tidak berbahaya, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, terutama jika ia terletak di kawasan yang sering bersentuhan atau bergeser. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat kepada semua.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!

Published by
Nana