Kesan calar pada kereta boleh mencacatkan penampilan sesebuah kereta dan menyakitkan mata. Namun, jangan risau, anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk memperbaiki kesan calar ini.
Satu penyelesaian mudah dan murah yang boleh anda cuba adalah dengan menggunakan ‘Magic Sponge’. Dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah
ini caranya.Kereta orang rumah saya kena langgar dengan motor langgar lari. Kesan calar ni saya cuba bersihkan pakai magic sponge beli di DIY sahaja alhamdulillah berkesan.
1) Pakai magic sponge sikit saja, berapa yang perlu.
2) TAK PERLU SABUN! AIR BERSIH SUDAH MEMADAI. Perah airnya sedikit sebelum gosok.
3) PAKAI SARUNG TANGAN!
4) Tonyoh dengan sabar 5-10 minit.
Hasilnya
5) Magic Sponge diperbuat dari melamin. Walaupun ianya magic mampu membersihkan pelbagai permukaan, jangan gunakan untuk mencuci anggota tubuh badan mahupun muka.
Semoga bermanfaat
BACA LAGI : Tahi Burung Boleh Rosakkan Cat Kereta, Terus Lakukan Langkah Ini Jika Berlaku
Sumber: Muhammad Faris Abdullah
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!