Masalah dagu berlipat dan berlemak pastinya memburukkan penampilan. Tentu sahaja anda tidak mahu diusik leher macam kura-kura gara-gara anda berdepan dengan dagu berlipat.
Untuk menghilangkan masalah dagu berlipat ini, sebenarnya tidak memerlukan diet ekstrem. Cukup dengan melakukan senaman dan urutan pada wajah boleh mengatasi masalah dagu berlipat.
Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu berlipat atau ‘chin exercise’ merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah yang menjengkelkan ini.
Ada lapan senaman untuk mengatasi dagu berlipat sebagaimana yang disarankan. Semuanya mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan. Paling menarik, anda boleh lakukan di mana sahaja.
Kesuburan seseorang lelaki itu bergantung sepenuhnya kepada kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan olehnya. Jika salah satu faktor ini terganggu, adalah sukar untuk seorang lelaki itu mencapai kehamilan.
Kemandulan di pihak lelaki boleh di kenal pasti apabila, setelah kedua-dua belah pihak diuji, masalah dikenal pasti berada di pihak suami. Diagnosis ini dicapai apabila analisa sperma menunjukkan kekurangan kuantiti atau kualiti sperma.
Terdapat pelbagai faktor yang membolehkan kuantiti dan kualiti sperma itu terganggu dan menyebabkan kemandulan seseorang lelaki.
Kemandulan lelaki adalah penyebab di dalam 50 peratus dari seluruh masalah fertiliti yang di hadapi oleh setiap pasangan.
Punca kuantiti sperma berkurangan
1. Masalah pembentukan sperma di dalam testis
Ini boleh disebabkan oleh masalah genetik, infeksi, pengembangan salur darah, ubat, trauma dan rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.
2. Masalah saluran pengaliran sperma dari testis ke air mani
Ini disebabkan oleh infeksi, pembengkakkan kelenjar prostat, vasektomi (proses pemandulan elektif) atau dilahirkan tanpa saluran untuk pengaliran sperma ke dalam air mani.
3. Masalah hormon menyebabkan kuantiti sperma berkurangan
Masalah seksual seperti masalah ereksi, tidak boleh mencapai klimaks, kecederaan saraf atau ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan masalah kesuburan di pihak lelaki.
Tip elak mandul atau ketidaksuburan sperma
Yang paling penting ialah untuk berjumpa pakar fertiliti segera seperti yang disarankan di atas untuk mengesan masalah kesuburan dan puncanya supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Jika sesuatu masalah yang memerlukan rawatan IVF untuk mencapai kehamilan, adalah lebih baik jika dilakukan di peringkat awal kerana kejayaan IVF itu sangat bergantung kepada umur pasangan wanita.
Ubah cara hidup ini untuk lelaki tambahkan kesuburan
Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting.
Pengambilan vitamin dan mineral tambahan terutamanya, zink, selenium, Coenzyme Q10 amat penting untuk memastikan kuantiti dan kualiti sperma bagus.
Senaman juga memastikan pengaliran darah yang bagus ke seluruh badan terutamanya ke organ reproduktif.
Pengawalan berat badan juga penting kerana obesiti adalah salah satu faktor yang menjejaskan kesuburan seseorang lelaki itu.
Merokok harus dielakkan kerana tabiat ini adalah salah satu punca pengurangan kuantiti dan kualiti sperma. Ia juga boleh menyebabkan masalah seksual seperti masalah ereksi kerana rokok boleh mengganggu pengaliran darah ke alat kelamin.
Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh mengganggu kesuburan seseorang lelaki
Suhu yang panas boleh mengganggu pembentukan sperma. Oleh itu adalah dinasihatkan seorang lelaki yang sedang merancang untuk mencapai kehamilan bersama pasangannya untuk mengelakkan berendam di dalam air panas (bath/sauna). Pakaian yang tidak ketat, terutama pakaian dalam penting untuk memastikan suhu badan tidak terlalu panas.
Tekanan juga boleh mengganggu kesuburan. Oleh itu, langkah-langkah untuk menangani “stres” adalah amat penting untuk membantu untuk meningkatkan kesuburan seseorang lelaki.
Masalah ketidaksuburan tidak perlu dijadikan stigma untuk menghalang seseorang itu, lelaki atau perempuan untuk tampil mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. Masalah kesuburan perlu dilihat seperti penyakit-penyakit lain yang perlu dirawat.
Di kala ini, terdapat pelbagai teknik-teknik yang boleh membantu pasangan untuk mencapai kehamilan. Yang penting pasangan itu berjumpa pakar dengan segera tanpa berlengah-lengah kerana tindak balas kepada rawatan lebih baik jika pasangan perempuan belum meningkat umurnya.
Sumber: Dr. Sumithra Devi Valiapan (Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Fertiliti, Sunfert International Fertility Centre)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari-hari ke gym untuk bersenam namun hasilnya badan tak sado juga. Benda ni boleh buat korang putus harapan.Betul Tak? Okay…langkah pertama untuk mendapatkan susuk tubuh idaman ialah mengenal pasti jenis bentuk tubuh. Lelaki mana yang tak mahukan badan yang tegap dn mantap. Buat senaman tak tentu hala pun tak guna kalau kita tak tahu bentuk badan kita tergolong dalam kategori mana. Jom kenal jenis tubuh badan korang.
BENTUK SEGI TIGA
* Dada kecil berbanding pinggul
* Bawah badan lebih berat dari atas
* Garisan bahu jatuh
Lelaki dengan bentuk badan sebegini termasuk dalam kategori ectomorph yang selalunya nampak atletik dengan dada yang kecil. Tapi bila situasi berat badan bertambah-biasanya ‘berat’ itu pergi ke bahagian dada, wajah, abdomen hingga kadang-kadang menampakkan bentuk tubuh tak seimbang. Lelaki sebegini biasanya punyai kandungan lemak yang rendah dan mudah turunkan berat badan. Cuma kalau nak jadikan tubuh tu sasa payah sedikit kerana badan segi tiga agak sukar untuk membina lean muscle.
BENTUK BUJUR
* Lengan atas besar
* perut buncit
* kaki lebih kurus berbanding bahagian atas badan
Bentuk badan macam ni mempunyai bahu jatuh dan tulang pinggul yang lebih rendah, di samping belakang badan besar, punggung leper dan leher yang pendek. Lelaki macam ni aset dia terletak pada kaki yang kurus.
BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
* Pinggang/Pinggul kecil-Atas badan yang lebar
* Binaan otot baik pada bahu, dada dan lengan
* Atas badan lebih besar dari bawah.
Untungnya pemilik badan begini ialah mereka mudah mengenakan apa sahaja stail pakaian klasik kerana dada yang bidang dan pinggang yang kecil.
BENTUK SEGI EMPAT SAMA
* Dada, pinggang dan pinggul sama saiz
* Bentuk Tubuh yang tegak
Lelaki yang miliki badan macam ni senang-Bahu, pinggang dan pinggul mereka selari macam pembaris. Nak gayakan apa saja jenis pakaian mudah asalkan bahagian bahu dijadikan titik fokus. Cuma, masalahnya pemilik bentuk badan macam ni kena berusaha lebih sedikit untuk dapatkan otot yang sasa.
BENTUK TRAPEZOID
*Bahagian atas badan lebih besar
*Dada dan bahu yang lebar
*Saiz pinggang dan pinggul yang sederhana kecil
*Perkadaran tubuh yang seimbang
Trapezoid boleh dikatakan ciri pada bentuk badan lelaki yang seimbang. Dada bidang, lengan yang berotot dan pinggul yang kecil. Untung lelaki kalau sudah semula jadi badan macam ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Method plyometric adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk otot kaki yang sempurna dan seimbang dalam mencipta keseluruhan fizikal yang ikonik.
Apa itu Plyometric
Plyometric merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam latihan untuk mengembangkan ‘exposive power’ dengan melakukan beberapa ‘super set’ yang disesuaikan dengan kemampuan diri. Latihan plyometric lebih memperlihatkan ‘intensity’ kekuatan penuh otot dengan respon yang sangat pantas dan beban yang dinamik serta ketegangan otot yang optimum lantaran memaksa anda untuk mengeluarkan kekuatan dan tenaga penuh agar mencapai ‘peak performance’. Bagi mendapatkan otot kaki yang sempurna, lakukan latihan kaki dua kali seminggu dan ‘split’ kaedah berbeza mengikut hari dengan latihan ‘heavy leg workout’ dan ‘plyo leg workout’.
1. Front Barbell Squat
Jalani teknik ini dengan menggunakan ‘squat rack’. Letakkan barbell pada rak yang sudah diselaraskan dengan ketinggian dada anda. Kemudian, pegang barbell dari arah bawah dengan posisi tangan menyilang lantas angkat barbell dari rack. Mulakan gerakan squat dengan melipatkan lutut sekitar 90 darjah dan kembali berdiri. Ulangi langkah ini sebanyak empat set dengan ulangan lima belas kali.
2. Box Jump
Latihan ringkas yang menggunakan otot kaki secara maksima. Berdiri di hadapan box dalam jarak sesuai. Kemudian lopan di atas box tersebut dengan kedua belah kaki mendarat secara bersamaan lantas lompat kembali ke posisi asal dan ulangi sebanyak dua puluh lima kali sebanyak empat set.
3. Dumbbell Rear Lunge
Lakukan dengan berdiri tegak dan memegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan disisi. Bengkokkan salah satu bahagian kaki sehingga melutut dan menyentuh lantai serta lakukan pertukaran antara bahagian kaki mengikut kiraan masa. Lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
4. Split Jump
Posisiskan posture tubuh seperti gerakan ‘lunge’ dengan salah satu kaki di belakang dan dibengkokkan disertai kaki bahagian hadapan di bengkokkan sebanyak 90 darjah. Pastikan lutut kaki di bahagian hadapan sejajar dengan bahagian peha, manakala lutu kaki di bahagian belakang hamper menyentuh lantai. Kemudian lompat sehingga kaki lurus dan kembali ke posisi asal dengan menukar posisi bahagian kaki secara berselang. Lakukan gerakan ini sebanyak lima puluh lopatan dalam lima set.
5. Dumbbell Step Up
Berdiri di hadapan ‘bench’ sambil memegang dumbbell di sisi kedua-dua belah tangan. Naik ke atas ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri sehingga berdiri di atas ‘bench tersebut. Kemudian, turun semula daripada ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Ulangi semula pergerakan tersebut dengan menggunakan kaki kiri dan lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
6. Freehand Jump Squat
Posisikan posture kaki selari dengan keluasan bahu. Silangkan kedua bahu anda di bahagian dada. Lakukan gerakan squat dengan membengkokkan kaki sehingga paras 90 darjah . Kemudian lompat sehingga kaki anda berada dalam keadaan lurus dan kedua-belah tangan kekal bersilang lantas mendarat dengan posisi squat. Lakukan secara berulang sehingga tiga puluh lompatan dalam sempat set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.