Sekarang ini macam-macam wabak yang ada, terbaharu wabak Coronavirus telah mengemparkan negara. Setakat ini 4 orang telah disahkan terkena jangiktan ini.

Oleh itu pemakaian topeng mulut di tempat keramaian atau awam sangat digalakan. Tetapi tahukah anda ada beberapa tip yang perlu anda tahu tentang pemakaian topeng mulut.

Topeng mulut atau dipanggil Surgical mask kebiasaannya dipakai oleh petugas kesihatan bagi melindungi diri dari dijangikit virus.

IKLAN

‘Hijau Di Luar, Putih Di Dalam’ – Ini Tip Pakai Topeng Mulut Paling Mudah

IKLAN
  1. Topeng mulut jenis fesyen tidak sesuai digunakan. Kerana ia mempunyai sifat meresap air, malah jika hari-hari dipakai anda boleh bayang berapa juta bakteria yang ada dekat topeng muka itu. Silap-silap ia akan mendatangkan penyakit lain pula.
  2. Pakai di atas paras hidung hingga ke dagu, bukannya menutup bahagain mulut ke bawah sahaja!
  3. Pastikan ‘tulang’ hidung yang terdapat di topeng mulut diletakankan dibahagian hidung. Tekan sedikit ‘tulang’ tersebut mengikut bentuk hidung anda.
  4. Ini yang selalu orang salah faham, pastikan topeng muka di bahagian hijau di luar dan bahagian putih di dalam. Ini kerana, bahagian luar topeng bersifat hydrophobic iaitu water repellent atau tidak menyerap air. Manakala bahagian dalam bersifat hydrophilic yang menyerap air kerana udara yang keluar dari paru-paru.
  5. Topeng mulut hanya boleh dipakai sekali sahaja. Apabila sudah dipakai, ambil topeng lipatkan ia dan buang ke dalam tong sampah. Jangan lupa basuh tangan selepas itu.

Oleh kerana permintaan topeng mulut ini semakin tinggi, kerajaan telah menegaskan larangan menaikkan harga yang tidak munasabah.

IKLAN

Biasanya topeng mulut jenis perubatan akan dijual harga runcit RM7.00 sekotak untuk 1 lapisan. Untuk 2 lapisan pula dijual RM8.00 dan RM0.20 seunit. Manakala untuk 3 lapisan RM 25.00 sekotak dan RM0.80 seunit.


Sama-sama kita menjaga serta mengawal diri dari terkena jakitan wabak.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI