Tahukah anda bahawa menurut The American Heart Association mencadangkan bahawa seorang lelaki dewasa hanya boleh mengambil kadar gula tidak lebih daripada 9 sudu kecil sehar atau kira-kira 38 gram.
Namun dengan kepelbagaian makanan dan minuman yang menghandungi gula di pasaran sekarang agak sukar untuk kita mengelak diri daripada mengambil gula. Malah gula dikatakan sebagai salah satu bahan yang meninggalkan kesan ketagihan yang cukup sinonim di kalangan pengguna.
Dan orang yang mengambil terlalu banyak makanan bergula pasti terdedah dengan risiko cukup tinggi terhadap penyakit kencing manis.
Bayangkan sahaja setiap pagi sahaja ramai di antara anda pasti minum teh tarik atau paling tidak pun teh ‘O’. Kemudian makan pula roti canai atau nasi lemak.
Disebabkan itu juga ramai orang yang ingin mula berdiet harus bermula dengan ‘memotong’ pengambilan minuman bergula. Ia agak sukar tapi percayalah, mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Selain mengurangkan makanan atau minuman bergula terdapat beberapa tip ringkas yang anda boleh lakukan untuk kurangkan makanan bergula. Nak tahu, jom ikuti tip di bawah!
Ads
MINUMAN GANTIAN
Pergi ke restoran makanan segera sahaja pasti kita akan ditawarkan minuan berkarbonat. Begitu juga kalau ke mana-mana kedai runcit, di peti ais pasti penuh dengan pelbagai perisa. Ia memang cukup menggoda nafsu haus kita.
Jika anda seorang penggemar minuman berkarbonat MASKULIN faham bagaimana rasa payahnya untuk berhenti mengambil minuman berkarbonat. Badan anda sudah terbiasa dengan kandungan gula tinggi dan ia sentiasa menimbulkan rasa ingin menikmati ‘kemanisan’ berkarbonat secara berterusan.
Caranya cuba ganti minuman tersebut dengan minuman soda diet yang rendah kalori dan kemudian letakkan beberapa hirisan buah seperti lemon. Nampak seperti tiada apa. Sebenarnya dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan 10 sudu gula seperti kebiasaan yang terdapat dalam satu tin minuman berkarbonat. Lama-kelamaan anda boleh terus tinggalkan air berkarbonat!
YOGURT KOSONG
Ads
Minuman yogurt berperisa buah biasanya mempunyai kira-kira 30 gram gula untuk setiap hidangan. In case anda rasa teringin sangat nak makan yogurt ambillah yogurt kosong.
Bagi memberikan rasa yang lebih sedap anda boleh masukkan sedikit buah-buahan segar yang dipotong dan sedikit serbuk kulit kayu manis. Sedar tak sedar, anda sudah berjaya kurangkan dua hingga empat sudu gula ketika menikmati yogurt. Mudah bukan?
SNEK RINGAN
Ini juga salah satu gaya hidup yang sukar untuk kita hapuskan. Sejak kecil kita telah terdedah dengan makanan ringan. Okay, pertama sekali cuba lupakan snek ringan seperti kerepek segera, gula-gula, biskut atau cokelat.
Ads
Sebaliknya gantikan menu snek ringan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai kandungan serat tinggi seperti epal dan beri ataupun bertih jagung. Dengan cara ini anda telah berjaya mengurangkan kira-kira dua hingga 10 sudu gula sehari!
PELENGKAP MAKANAN SEMULA JADI
Bila dah habis makan anda pasti mahukan pencuci mulut. Tapi ketahuilah anda boleh mengambil pencuci mulut yang tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ia tidak semestinya perlu manis apatah lagi mengandungi gula.
Amalkan mengambil pencuci mulut semula jadi seperti buah limau gedang, tembikai atau buah pic. Dengan cara ini anda juga berjaya kurangkan dua hingga 10 sudu gula. Sedap dan berkhasiat!
Ikuti tip di atas dan anda boleh kurangkan ketagihan gula!
Kesimpulannya kita semua suka makanan yang manis. Tetapi apa yang penting harus pandai kawal diri dan kurangkan makanan bergula demi kesihatan di masa akan datang.
Dan jangan ingat hanya orang yang mempunyai berat badan tinggi sahaja boleh terkena kencing manis ya. Anda yang berbadan kurus juga tak terkecuali. Dan penyakit ini boleh boleh menjejaskan keupayaan anda sebagai lelaki daripada segi kesuburan dan masalah ereksi. Ouchhh!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda ramai sebenarnya yamg berdepan masalah darah tinggi sebenarnya tidak tahu mereka berdepan kondisi kesihatan seperti itu?
Malah ramai yang tidak tau bahawa jika bacaan darah melebihi 140 perlu segera merujuk kepada pakar! Ini kerana bacaan pada tahap itu boleh membuatkan mereka terdedah kepada komplikasi kesihatan lebih serius antaranya strok dan angin ahmar yang boleh menyerang dengan mengejut.
Kerap kali kita dengar banyak kes serangan strok mengekut kerana mangsa lambat mendapatkan rawatan awal. Lalu ia boleh menyebabkan lumpul anggota badan secara kekal. Maka jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera dan berusaha untuk menurunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan senaman.
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah. Dikhuatiri jika anda mengikuti membuat senaman membuta tuli ial boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
JENIS LATIHAN TERBAIK
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga senaman asas yang sesuai. Senaman tersebut ialah;
Senaman kardiovaskular @ aerobik
Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Senaman kekuatan membina otot
Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan
Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
SEBELUM & SELEPAS BERSENAM
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak perlu suplemen mahal, hanya makan telur pun anda sudah boleh membentuk otot dengan cepat.
Jadi untung sekiranya anda kerap makan telur sebagai hidangan utama kerana ia boleh boleh dijadikan alternatif mudah untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot. Tubuh yang menerima nutrisi secara optimum akan membantu proses penubuhan otot.
Telur merupakan salah satu hidangan yang lengkap bagi mereka yang mahu berdiet secara sihat. Para atlet bina badan juga makan telur sebagai sumber protein kerana ia amat penting dalam proses membentuk dan membina otot dengan cepat. Tanpa protein, otot tidak akan membentuk.
Telur mengandungi 6 gram protein yang berkualiti tinggi dan 90 kalori. Ia juga kaya dengan sumber vitamin yang lain iaitu A, E, K, B12, asid folik dan riboflavin.
Selain protein, lemak juga merupakan faktor utama dalam pembentukan otot kerana telur juga mengandungi tahap lemak yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan tahap testosterone.
Untuk mendapatkan otot juga, seseorang perlu berusaha dengan lebih dalam bersenam sama ada di gimnasium mahupun di luar.
Badan yang keletihan pula akan merosakkan tisu otot akibat daripada senaman yang berlebihan. Untuk membaiki kerosakan tisu tersebut, tubuh memerlukan kandungan protein yang tinggi dan asid amino selepas senaman. Oleh itu, pengambilan telur terbukti dapat memulikan tisu dan mempercepatkan kadar pertumbuhan otot.
INFO:
Cara penyediaan telur akan mempengaruhi kadar nutrisi bergantung kepada bahan yang digunakan, contohnya minyak.
Kemarahan yang ada di dalam diri menyebabkan fungsi tubuh tidak berjalan dengan sepatutnya. Berikut beberapa implikasi negatif terhadap kesihatan disebabkan seseorang itu marah.
Otak
Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang pelupa. Semakin lama semakin sukar untuk anda mengingati memori manis dalam hidup. Ini kerana emosi marah menguasai diri, hormone kortisol dan hormone yang berkaitan dengan stress yang lain akan dirembeskan dalam kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan pusat memori anda kian mengecut dan kurang fungsinya.
Jantung
Inilah organ yang paling terjejas dengan emosi anda. Jantung anda akan diberikan tekanan yang hebat setiap kali anda marah dan meningkatkan lagi tekanan darah anda. Kesannya jika tidak dikawal, anda mungkin diserang sakit jantung atau stroke.
Sistem Imunisasi
Rasa Marah juga mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuatkan hormon ‘epinephrine’ dirembeskan. Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan pada sistem imunisasi tubuh membuatkan anda mudah diserang jangkitan dan penyakit.
Mata
Mampu membuatkan penglihatan anda menjadi berganda dan kadang-kadang anda akannampak satu garis cahaya mengganggu anda. Gejala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migraine. Apabila anda marah, proses tekanan darah ke otak akan menegang dan inilah puncanya.
Gigi
Adakalanya rasa marah mampu membuatkan anda terasa getaran pada gigi. Situasi ini adakalanya berlarutan dan boleh berlaku tanpa anda sedari dalam waktu tidur. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang anda terasa sakit dan lama kelamaan mampu mengakibatkan gigi patah.
Perut
Apabila marah menguasai fikiran, otak juga akan mengeluarkan bahan kimia semula jadi iaitu ‘serotonin’ dan ‘acetylcholine’ yang mampu mengurangkan tekanan darah ke perut anda. Inilah faktor mengapa anda selalu merasa seperti tidak sedap perut setiap kali dilanda tekanan. Adakalanya tekanan yang anda alami juga memungkinkan anda mengalami cirit birit secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.