Hidangan Steak Sizzling Potterhouse Sensasi Di Maria’s SteakCafe, Antara Terbaik Di Malaysia

Share

Hidangan stik sememangnya menjadi kegemaran buat ramai lelaki. Jadi tidak hairanlag ramai yang sanggup berbelanja lebih sedikit untuk menikmati hidangan stik dari daging berkualiti tinggi.

MASKULIN cukup bertuah kerana telah berpeuang untuk merasa sendiri antara hidangan stik terbaik pernah kami rasa. Bayangkan pula stik tersebut hadir dalam bentuk sizzling yang kaya dengan rasa mentega dan layak digelar sebagai ‘Kings of Steaks’!

Maria SteakCafe merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar steak. Salah satu lokasinya yang cukup strategik ialah di Suria KLCC. Dan di sinilah MASKULIN sempat merasai hidangan cukup istimewa ini.

Porterhouse merupakan potongan yang cukup popular dan menawarkan dua variasi sensasi rasa berbeza – sebahagiannya striploin yang kaya dengan tekstur, manakala ia juga turut sarat dengan rasa ‘buttery’ dari lemak marble dan juga sebahagian rasa tenderloin.

PERTAMA DI MALAYSIA

Maria’s Steakhouse menyediakan stik ini dengan penyediaan cukpu sempurna. Dengan menerokai cara masakan yang pertama di Malaysia!

Menggunakan daging berkualiti tinggi Angus, daging digril dan dimasak dengan suhu yang tinggi hingga menghasilkan kerak berwarna coklat. Kemudia ia akan dimasukkan pula ke dalam oven untuk dimasak secara perlahan.

Dan paling menarik untuk hidangan pula, daging Porterhouse tersebut dipotong dan diletakkan mentega yang mencair. Lantas memberikan warna keemasan yang membangkitkan sensasi rasa luar biasa.

Setiap hidangan yang diperkenalkan oleh Maria’s SteakCafe ini sesuai untuk hidangan dua orang. Merasai hidangan daging istimewa ini mampu membuatkan sesiapa sahaja menjadi peminatnya. Cair di dalam mulut dan rasa yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Skewers ayam dan daging

Bukan itu sahaja kami turut dihidangkan dengan hidangan eksklusif MARIA’S HARI RAYA SET yang diperkenalkan untuk bulan Ramadan dan juga musim perayaan. Ia ditawarkan bermula 12 April hingga 16 Mei 2021.

MARIA’S HARI RAYA SET

Untuk pembuka selera, hidangan ayam dan daging skewers menjadi hidangan cukup menarik. Kemudian hidangan sup cendawan bagi mempersediakan kita untuk ke hidangan utama iaitu Potterhouse Sizzling.

Manakala untuk dessert pula, hidangan kek cokelat bersama ais krim vanilla premium. Buat anda yang ingin mencuba sendiri hidangan yang mempu meninggalkan kenangan sensasi ini bolehlah di semua Maria SteakCafe di KLCC, Bangsar, Damansara dan juga Bandar Sunway.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim