Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira. Jika anda ingin tahu rahsianya, ikuti tip ini. Wanita pasti terpikat, atau paling tidak menoleh!
10 Tip Untuk Wanita Pandang Anda:
Trim bulu hidung
Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.
Kemas bulu kening berselerak
Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.
Bulu-bulu halus sekitar telinga dan tengkuk
Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.
Potong kuku pendek dan bersih
Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.
Berus dan flos gigi setiap hari
Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.
Ads
Pilih saiz pakaian sesuai
Keselesaan berpakaian perlu diambil kira tetapi bukannya terus membiarkan anda memilih saiz pakaian yang besar dari tubuh badan. Penampilan terbaik adalah memilih pakaian yang bersaiz tepat pada tubuh badan. Segaklah sikit!
Berdiri tegak
Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita.
Basuh wajah setiap hari
Lebih baik mengaku jika anda tergolong orang yang menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka.Kebanyakan sabun badan mempunyai bahan yang kuat untuk merosakkan kulit muka. Tentunya kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan. Memang tidak sesuai melainkan anda mahu wajah berkerak.
Minyak wangi
Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen.
Padanan tali pinggang dan kasut
Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen.
Ads
Kesimpulan
Kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba.
KALAU MACAM ITU KESNYA, MEMANG WANITA AKAN MENOLEH TETAPI KEMUDIAN AKAN CABUT SELAJU-LAJUNYA!
Ads
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman sirkit, adalah senaman untuk mengurangkan berat badan anda dan juga meningkatkan kekuatan fizikal anda serta kekuatan kardiovaskular atau jantung. Senaman ini boleh dilakukan dengan menggabungkan 4 hingga 6 senaman merangkumi kesemua otot pada tubuh anda. Lakukan sebanyak 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan setiap senaman.
Bend Over Row
Pegang dumbbell dengan beban yang tidak terlalu berat, rendahkan badan anda sehingga badan anda selari dengan lantai. Angkat siku anda sehingga tergantung dan rendahkan dengan perlahan. Jangan lakukan dengan laju dan ulangi dibahagian kiri dan kanan.
Single Leg Squat
Pastikan semasa lakukukan senaman ini, lutut anda tidak melebihi hujung kaki anda. Jatuhkan beban anda pada tumit kaki anda. Sekiranya boleh dan sudah biasa, jangan gunakan bench. Lunjurkan tangan anda ke hadapan sekiranya anda memerlukan lebih pengimbangan badan.
Dumbbell Swing
Pegang dumbbell dengan kedua-dua tangan dan rendahkan sedikit lutut anda. Hayunkan dumbbell ke paras bahu dengan menggunakan kekuatan pinggang dan bahu(shoulder). Semasa anda hayunkan, hembus nafas.
Half Turkish Get Up
Pastikan kaki anda tidak bergerak, yang anda gerakkan hanyalah tangan, abdomen. Pandang dan focus kearah dumbbell. Jangan guna momentum, lakukan dengan menggunakan kekuatan abdomen anda.
Split Jump
Letak tangan di pinggang anda, Cuba lompat daripada posisi seperti dalam gambar dan dalam masa yang sama tukar kaki. Semasa lakukan senaman ini, tolak badan anda keatas dengan menggunakan tumit anda.
1.Bend Over Row 20x
2.Single leg squat 20x
3.Dumbbell swing 20x
4.Half Turkish Getup 20x
5.Split Jump 2 minutes
Senaman-senaman diatas adalah salah satu contoh senaman sirkit, anda boleh gantikan dengan senaman-senaman yang lain. Ulangi sebanyak 3 hingga 4 set. Gabungkan dengan senaman atas dan bawah untuk tubuh badan anda.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak pening dan sakit lagi.
1. Kurangkan kopi
Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Tapi kalau memang teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.
2. Makan syuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.
3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak
menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)
4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Ketiadaan kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.
5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga merupakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kumpulan Media Karangkraf melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu iaitu Mohamed Izam Mohamed Yusof berkuat kuasa hari ini
Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang melepaskan jawatan berkenaan bermula hari ini.
“Saya hanya akan kekal memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah serta Pengarah Urusan Kumpulan dan juga Penerbit (untuk akhbar Sinar Harian). Sementara Datuk Muhammad Nasir Hamzah akan kekal sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah,” katanya.
Selain itu, Hussamuddin turut memaklumkan bahawa Syamil Fahim Mohamed Fahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat usahasama Karangkraf-Astro, Nu IdeAktiv Sdn Bhd (Karangkraf Digital 360 Sdn Bhd) mulai 1 Mei 2018.
“Syamil Fahim akan dibantu oleh Farah Hussamuddin yang akan memegang jawatan sebagai Chief Contents Officer (CCO),” katanya.
Mohamed Izam sebelum ini, memulakan kerjayanya sebagai juruaudit di Ernst and Young sebelum bekerja dengan anak syarikat Tabung Haji – TH Technologies dan TH Global Services selama 17 tahun.
Beliau menamatkan perkhidmatannya di anak syarikat Tabung Haji sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Global Services. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor selama lima tahun.
Jawatan terakhir beliau sebelum berpindah ke Kumpulan Media Karangkraf ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IAP Integrated Sdn Bhd selama tiga tahun, sebuah syarikat yang mengendalikan platform berasaskan teknologi yang patuh syariah.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...