MENCEGAH PERGAULAN BEBAS
Sebuah alasan yang paling kuat dan sangat penting untuk mengizinkan anak-anak kahwin muda adalah untuk mencegahnya dari pergaulan bebas.
Pergaulan di zaman sekarang semakin bebas, berkahwin adalah cara terbaik untuk melindungi dan menjaga diri anak-anak dari pelbagai godaan yang menjerumuskan mereka ke kancah kemaksiatan.
Lagipun dalam agama kita sendiripun, kahwin muda adalah perkara yang sangat disarankan kerana dapat mencegah terjadinya pergaulan bebas serta penyebaran penyakit kelamin yang berbahaya.
MELATIH DIRI UNTUK LEBIH BERTANGGUNGJWAN DALAM SOAL DUIT
Setelah berkahwin, secara automatik kedua anak menantu anda akan saling berkongsi segalanya, termasuklah soal kewangan. Jika sebelum ini, anak kita mungkin boros berbelanja, tetapi kini dia perlu lebih peka bila berbelanja.
Keduanya akan jadi lebih memahami tentang urusan mencari nafkah demi memenuhi keperluaan rumahtangga, menghargai duit yang ada serta mula menyimpan duit (menabung), takut-takut jika ada keperluan yang tidak dijangka.
Selain itu, keduanya juga akan faham bahawa duit tidak menjamin sebuah kebahagiaan. Apa yang penting adalah rasa cinta dan kasih sayang di dalam sebuah keluarga.
Pasti akan nada perubahan dan perkembangan dalam gaya hidup anak-anak setelah bernikah sekalipun mereka memilih untuk kahwin muda!
JADI LEBIH MATANG DAN BERTANGGUNG JAWAB
Perjalanan dari hubungan kahwin muda tersebut, biarpun nampak sederhana tapi percayalah ia akan tetap membawa pada perubahan drastik.
Jika dibandingan sewaktu zaman mereka bercinta dahulu, hidup dengan seseorang sebagai pasangan yang sah tentunya mempunyai banyak perbezaan.
Ikatan perkahwinan tersebut akan membawa mereka kepada banyak tanggungjawab, sehingga keduanya boleh belajar untuk hidup bersama sembil memikul tanggungjawab tersebut.
Seiring dengan itu, anak menantu anda akan menjadi semakin dewasa dan memahami apa itu sebuah tanggungjawan suami isteri dan pada akhirnya mereka akan menjadi ayah dan ibu.
Lagipun kahwin muda akan memberikan peluang untuk memperoleh anak lebih tinggi jika dibandingkan pengantin wanita berusia lebih dari 35 tahun. Ini adalah antara keuntungan berkahwin muda.
BERSAMA-SAMA MENGEJAR IMPIAN
Setelah berkahwin, tentulah anak menantu kita akan saling menyokong dan memberi semangat di antara satu sama lain. Masing-masing akan selalu tahu apa yang sedang terjadi atau terpaksa dilalui dalam kehidupan berumahtangga.
Masa muda adalah masa untuk mengejar impian. Di situlah nanti terletaknya seru berkahwin muda, keduanya masih mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar cita-cita.
Bukan itu sahaja, sokongan yang diberikan juga akan lebih konkrit dan nyata.Dengan ketenangan dan stabilnya emosi setelah menempuh alam perkahwinan, anak-anak akan jadi lebih fokus dalam meniti karier.
Jadi, tidak harianlah kebanyakan orang-orang yang sukses di usia 30 an adalah mereka yang telah berkahwin di usia 20-an.
MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK
Sekalipun kahwin muda setelah berkahwin, keduanya pasti mempunyai rancangan bersama untuk masa depan yang lebih baik. Anak menantu anda akan belajar melepaskan kebiasaan sikap ego atau keras kepala yang dimiliki ketika masih bujang dahulu.
Keduanya akan jadi lebih bertanggungjawab, apatah lagi setelah kehadiran cahaya mata dalam kehidupan. Tambahan pula kedudukan ekonomi yang masih belum stabil mereka terpaksa membesarkan dan mendidik permata hati.
Secara tidak langsung mereka akan dapat belajar dan merasakan pahit getir kehidupan tersebut. Perkahwinan adalah perkara yang paling indah bagi pasangan yang saling mencintai. Tak ada had umur yang tepat untuk bernikah.