Sebuah alasan yang paling kuat dan sangat penting untuk mengizinkan anak-anak kahwin muda adalah untuk mencegahnya dari pergaulan bebas.
Pergaulan di zaman sekarang semakin bebas, berkahwin adalah cara terbaik untuk melindungi dan menjaga diri anak-anak dari pelbagai godaan yang menjerumuskan mereka ke kancah kemaksiatan.
Lagipun dalam agama kita sendiripun, kahwin muda adalah perkara yang sangat disarankan kerana dapat mencegah terjadinya pergaulan bebas serta penyebaran penyakit kelamin yang berbahaya.
MELATIH DIRI UNTUK LEBIH BERTANGGUNGJWAN DALAM SOAL DUIT
Setelah berkahwin, secara automatik kedua anak menantu anda akan saling berkongsi segalanya, termasuklah soal kewangan. Jika sebelum ini, anak kita mungkin boros berbelanja, tetapi kini dia perlu lebih peka bila berbelanja.
Keduanya akan jadi lebih memahami tentang urusan mencari nafkah demi memenuhi keperluaan rumahtangga, menghargai duit yang ada serta mula menyimpan duit (menabung), takut-takut jika ada keperluan yang tidak dijangka.
Selain itu, keduanya juga akan faham bahawa duit tidak menjamin sebuah kebahagiaan. Apa yang penting adalah rasa cinta dan kasih sayang di dalam sebuah keluarga.
Ads
Pasti akan nada perubahan dan perkembangan dalam gaya hidup anak-anak setelah bernikah sekalipun mereka memilih untuk kahwin muda!
JADI LEBIH MATANG DAN BERTANGGUNG JAWAB
Perjalanan dari hubungan kahwin muda tersebut, biarpun nampak sederhana tapi percayalah ia akan tetap membawa pada perubahan drastik.
Jika dibandingan sewaktu zaman mereka bercinta dahulu, hidup dengan seseorang sebagai pasangan yang sah tentunya mempunyai banyak perbezaan.
Ikatan perkahwinan tersebut akan membawa mereka kepada banyak tanggungjawab, sehingga keduanya boleh belajar untuk hidup bersama sembil memikul tanggungjawab tersebut.
Ads
Seiring dengan itu, anak menantu anda akan menjadi semakin dewasa dan memahami apa itu sebuah tanggungjawan suami isteri dan pada akhirnya mereka akan menjadi ayah dan ibu.
Lagipun kahwin muda akan memberikan peluang untuk memperoleh anak lebih tinggi jika dibandingkan pengantin wanita berusia lebih dari 35 tahun. Ini adalah antara keuntungan berkahwin muda.
BERSAMA-SAMA MENGEJAR IMPIAN
Setelah berkahwin, tentulah anak menantu kita akan saling menyokong dan memberi semangat di antara satu sama lain. Masing-masing akan selalu tahu apa yang sedang terjadi atau terpaksa dilalui dalam kehidupan berumahtangga.
Masa muda adalah masa untuk mengejar impian. Di situlah nanti terletaknya seru berkahwin muda, keduanya masih mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar cita-cita.
Ads
Bukan itu sahaja, sokongan yang diberikan juga akan lebih konkrit dan nyata.Dengan ketenangan dan stabilnya emosi setelah menempuh alam perkahwinan, anak-anak akan jadi lebih fokus dalam meniti karier.
Jadi, tidak harianlah kebanyakan orang-orang yang sukses di usia 30 an adalah mereka yang telah berkahwin di usia 20-an.
MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK
Sekalipun kahwin muda setelah berkahwin, keduanya pasti mempunyai rancangan bersama untuk masa depan yang lebih baik. Anak menantu anda akan belajar melepaskan kebiasaan sikap ego atau keras kepala yang dimiliki ketika masih bujang dahulu.
Keduanya akan jadi lebih bertanggungjawab, apatah lagi setelah kehadiran cahaya mata dalam kehidupan. Tambahan pula kedudukan ekonomi yang masih belum stabil mereka terpaksa membesarkan dan mendidik permata hati.
Secara tidak langsung mereka akan dapat belajar dan merasakan pahit getir kehidupan tersebut. Perkahwinan adalah perkara yang paling indah bagi pasangan yang saling mencintai. Tak ada had umur yang tepat untuk bernikah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024, mulai jam 10.00 pagi. Bagi para pelajar yang menantikan keputusan ini, terdapat beberapa cara mudah untuk menyemak keputusan tanpa perlu hadir ke sekolah.
Menerusi hebahan di media sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan beberapa kaedah menyemak keputusan SPM melalui atas talian, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), serta langkah-langkah yang boleh diambil jika tiada capaian internet.
Melalui Atas Talian
Cara paling mudah dan cepat untuk menyemak keputusan SPM adalah melalui atas talian. Anda boleh mengakses laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan myresultspm.moe.gov.my. Langkah-langkah untuk menyemak keputusan adalah seperti berikut:
Layari laman web myresultspm.moe.gov.my menggunakan pelayar internet di komputer atau telefon pintar anda.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
Klik butang “Semak” atau “Check” untuk mendapatkan keputusan anda.
Sumber foto: Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM).
Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat melihat keputusan SPM anda dengan cepat tanpa perlu beratur di sekolah.
Pautan ini hanya boleh digunakan pada tarikh pengumuman keputusan SPM bermula 10 pagi dan akan ditutup pada jam 6 petang 2 Jun 2024.
Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet, keputusan SPM juga boleh disemak melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut adalah cara untuk menyemak keputusan melalui SMS:
Taipkan SPM <jarak> nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
Hantarkan mesej tersebut ke nombor 15888.
Sumber foto: Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM).
Contohnya, jika nombor kad pengenalan anda adalah 990101011234 dan angka giliran anda adalah ABC1234, maka anda perlu taip: SPM 990101011234 ABC1234 dan hantar ke 15888. Anda akan menerima mesej balasan yang mengandungi keputusan SPM anda.
Hadir Ke PPD, JPN, Sekolah Berdekatan
Jika anda tidak mempunyai capaian internet atau tidak dapat menggunakan SMS, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh diambil:
Hadir ke Sekolah Berdekatan: Anda boleh pergi ke mana-mana sekolah berdekatan untuk mendapatkan bantuan dalam menyemak keputusan SPM anda.
Hadir ke Cawangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD): Jika sekolah berdekatan tidak dapat membantu, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Hadir ke Cawangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN): Selain itu, cawangan Jabatan Pendidikan Negeri juga boleh membantu anda menyemak keputusan SPM anda.
Dengan menggunakan salah satu daripada alternatif ini, anda boleh mengakses laman web myresultspm.moe.gov.my dengan bantuan pihak sekolah, PPD, atau JPN untuk menyemak keputusan SPM anda.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyemak keputusan SPM tanpa perlu hadir ke sekolah. Sama ada melalui atas talian, SMS, atau dengan bantuan pihak sekolah dan jabatan pendidikan, setiap pelajar mempunyai akses yang mudah dan cepat untuk mengetahui keputusan mereka.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM mereka dan dapat melangkah ke tahap seterusnya dalam pendidikan dengan yakin.
Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG ITU MENDAPAT MASALAH INKONTINENS ADALAH SERING BERASA TIDAK PUAS KETIKA MEMBUANG AIR KECIL ATAU ALIRAN AIR KENCING YANG LEMAH.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
MEMBUANG AIR KECIL SEBANYAK DI ANTARA LIMA HINGGA ENAM KALI SEHARI MERUPAKAN SITUASI YANG NORMAL. NAMUN, MEREKA YANG MEMBUANG AIR KECIL MELEBIHI LAPAN KALI SEHARI MENUNJUKKAN KEADAAN YANG SEBALIKNYA.
Pundi Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
MENGURANGKAN MINUM AIR MASAK BAGI MENGELAKKAN SESEORANG ITU KERAP KE TANDAS ADALAH SATU TINDAKAN YANG SALAH. MEREKA TIDAK SEHARUSNYA MENGURANGKAN PENGAMBILAN AIR KERANA BAHAN TERSEBUT PENTING KEPADA TUBUH BAGI MENGELAKKAN DEHIDRASI.
Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
ANTARA TANDA KENCING TERLALU AKTIF ADALAH SUKAR MENAHAN KENCING, KENCING TIDAK PUAS, PERGI KE TANDAS MELEBIHI 10 KALI SEHARI DAN BERLAKU KEBOCORAN JIKA MENAHANNYA.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
SEMENTARA ITU, MELAKUKAN AKTIVITI SEPERTI MEMANDU SAMBIL MENAHAN AIR KENCING BOLEH MENGUNDANG BAHAYA. PERBUATAN MENAHAN KENCING DIDAPATI MEMPUNYAI KESAN YANG SAMA DENGAN KERACUNAN ALKOHOL ATAU TIDAK TIDUR SELAMA 24 JAM SECARA BERTERUSAN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.