Perihal masalah hubungan kelamin, majoriti lelaki malu nak cerita. Iyalah, silap hari bulan jadi bahan ketawa dan sindiran pula. Malu nak cerita, tapi kena ambil tahu juga. Ada yang tidak bahaya, namun ada juga yang boleh meragut nyawa.
1. Hey Sooo Cute…
Masalah: “Ukuran alat kelamin ku kelihatan comel!”
Diagnosis dan Rawatan: Ini merupakan masalah lebih pada minda dan bukan di bawah seluar anda. Menurut Dr Gordon Muir, Pakar Perunding Pembedahan Urologi dari Kings College Hospital, London, kebanyakan lelaki ingin terus lakukan pembedahan membesarkan alat kelamin, walhal ukuran dan saiz alat kelamin mereka sudah dikira normal dan aktif. Oleh itu saranannya, jangan biarkan minda dan emosi anda dijajah dengan pemikiran, ‘lagi besar saiznya, lagi puas si dia’. Ini salah. Kepuasan seks tidak dipengaruhi oleh saiz. Ia lebih kepada bagaimana anda mencintai tubuh badan anda dan bagaimana membelai pasangan anda.
2. Ada ‘Telur Tambahan’
Masalah: “Terdapat ketulan kecil pada testis sebelah kanan saya”
Diagnosis dan Rawatan: Ketahuilah, ini bukan masalah remeh dan perlu diabaikan. Berdasarkan kenyataan Dr Gordon Muir lagi, majoriti ketulan yang dikenal pasti adalah gumpalan jerawat yang tidak berbahaya dan boleh membengkak, tetapi ia juga berkemungkinan besar petanda kanser buah zakar. Tumor yang mengakibatkan kanser boleh disembuhkan jika dikesan lebih awal. Namun, akan menjadi sukar untuk didiagnosis kerana kebanyakan lelaki malu dan enggan melakukan pemeriksaan pada testis mereka. Tambahannya lagi, pendekatan ultrasound boleh membantu. Selain itu, rawatan terapi radiasi, kemoterapi dan inguinal orchiectomy boleh dilakukan.
Ads
3. Coldplay
Masalah: “Kenapa saya boleh selesema ketika ingin lakukan hubungan seks ni?”
Diagnosis dan Rawatan: Sistem ketahanan tubuh yang lemah dapat mempengaruhi perjalanan seks anda. Ini bererti tubuh anda akan mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, Dr Rabecca Burn, pakar nutrisi ada menyarankan bahawa pengambilan makanan bergizi seimbang sepatutnya diamalkan. Selain itu, elakkan daripada minum minuman beralkohol kerana ia sedikit sebanyak memberi efek dalam kesihatan, seterusnya sistem reproduksi anda. Pengambilan makanan tambahan (supplement) yang mengandungi Echinacea boleh membantu. Echinacea terdapat di dalam minuman teh hijau dan dalam bentuk pil dan minuman.
4. Flying To The Moon
Masalah: “Tekanan darah tinggi saya setinggi langit”
Ads
Diagnosis dan Rawatan: Apabila usia semakin meningkat, tekanan darah juga semakin tinggi. Bagaimana urusan seks boleh berjalan lancar jika tekanan darah anda meningkat?. Oleh itu anda perlu lakukan rawatan segera. Antara rawatan yang paling mujarab bukanlah ubat-ubatan, tetapi gaya hidup. Mencegah lebih baik bukan? Oleh itu, sentiasa amalkan usaha menurunkan berat badan, berhenti merokok, kurangkan kadar garam dan gula dalam makanan. Dijamin kehidupan seksual anda akan lebih mekar dengan adanya kesihatan yang baik.
5. “Dig Dug Dap Dig Dug Dap”
Masalah: “Saya sering berasa lelah, mengah dan sukar bernafas ketika seks”
Diagnosis dan Rawatan: Melalui pemerhatian Dr Neil Stanley, pakar tidur (sleepologist) dari Hospital Universiti Norwich dan Norfolk, seorang lelaki berkemungkinan menghidapi ME (myalgic encephalopathy) iaitu sejenis penyakit lelah yang kronik dan berupaya melemahkan tubuh. Seorang lelaki perlukan tenaga untuk melakukan seks. Oleh itu, jika mengalami keadaan ini, seseorang itu disarankan untuk mendapatkan rehat secukupnya. Selain itu, Dr Neil juga menyarankan untuk sentiasa menghindari latihan berat, makanan berlemak serta minuman alkohol.
Ads
6. Peluh macam shower
Masalah: Peluh terlampau banyak keluar setiap kali melakukan hubungan seks.
Diagnosis dan rawatan: Menurut kajian Emma Ellis, Pakar Gizi, peluh yang keluar terlampau banyak terutama sekali tatkala berlangsungnya seks adalah mungkin disebabkan tekanan, kelanjar tiroid yang terlalu aktif, kegemukan, diabetes dan ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Oleh itu, selain mengaplikasikan gaya hidup sihat, Emma turut mencadangkan agar lelaki mendapatkan rawatan teknik relaksasi seperti yoga kerana ia dapat membantu mengurangkan stres dalam tubuh dan minda. Peluh berbau dan merembes? Kurangkan pengambilan kafein dan selidiki diet yang boleh menyebabkan anda berpeluh luar biasa
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saya bermula seni bina badan pada usia 20 tahun. Ketika itu berat saya mencecah 120kg dari 70kg sejak tamat sekolah
KEJAYAAN?
Pada tahun 2014 saya pernah bertanding dua pertandingan badan cantik namun tewas. Tahun 2017 saya bertanding semula di “Battle Of Freaks” dan dalam berjaya mendapat tempat ke-3.
TRANSFORMASI?
Terdetik untuk berubah ini adalah kerana saya sendiri rasa berat badan naik terlalu mendadak, Rasa tidak selesa dan keyakinan diri juga semakin menurun. Jadi saya perlu lakukan sesuatu ketika itu. Teguran orang sekeliling memang ada, tambahan dahulu saya seorang yang sangat aktif dalam sukan hoki, apabila melihat bentuk fizikal menjadi gemuk, ramai yang rasa pelik dan dari itu saya cuba lakukan transformasi sedikit demi sedikit.
DIET
Menu diet saya setiap hari adalah sama kuantitinya, saya perlu pastikan setiap hidangan mempunyai cukup protein dan sayuran. Menu selepas latihan pula saya akan ambil protein dari ayam dan karbohidrat kompleks dari brown rice.
Manakala makanan paling saya gemari adalah semua jenis manisan, tetapi itulah makanan yang harus saya elakkan jika ada pertandingan. Kalau saya tidak bertanding, saya tetapkan “cheat meal” selepas setiap 14 hari berdiet. Bukan “cheat day” ya.
LATIHAN
Walaupun saya tahu betapa pentingnya “rest day”. Tetapi saya cuma ada “rest day” apabila perlu sahaja. Kalau terlalu sibuk atau sakit baru saya akan ada rest day. Saya juga akan mulakan rutin harian saya dengan warm up samada jogging atau dynamic stretching sahaja. Kemudian terus ke weight training. Rutin training saya sentiasa betukar tukar. Tapi rutin kegemaran saya adalah “stop set”. Contoh drop set adalah mulakan dengan beban yang berat dengan ulangan yang rendah, kemudian ringankan beban dan naikkan repetition tanpa rehat.
KEPENTINGAN NUTRISI
Nutrisi sangat sangat penting. Walaupun anda cukup latihan, supplement banyak, kalau kita tidak utamakan nutrisi, akibatnya keputusannya akan menjadi lambat, sesetengah kes ada yang tidak dapat langsung result. Jadi utamakan nutrisi dalam menu anda.
QOUTES KEGEMARAN ANDA?
Earned. Not given.
BAHAGIAN BADAN PALING MENARIK?
Bodypart kegemaran saya untuk train adalah shoulder. Shoulder muscle adalah sangat kecil dan lemah pada asalnya. Tetapi disebabkan itu jugalah saya gemar buat latihan shoulders, ia lebih berikan cabaran.
RUTIN MAHAL?
Tidak dinafikan, sukan bina badan memang satu hobi yang mahal. Anggaran duit yang telah saya keluarkan setiap bulan untuk makanan sahaja dalam RM2500 dan RM1000 untuk Supplement. Dari segi masa pula saya luangkan dalam satu jam hingga satu jam setengah setiap hari untuk berlatih. Walaupun tiada untung dalam sukan ni malah rugi, tapi bagi saya ia adalah pelaburan dalam kesihatan yang sangat berbaloi.
KESILAPAN DI GIMNASIUM?
Selalu saya ternampak adalah kesilapan ketika melakukan squat dan deadlift kerana sangat technical.
GOAL?
Untuk tahun ini, goal saya dalah untuk mendapatkan pro card dari international competitions.
NASIHAT?
Nasihat saya yang paling penting adalah tambahkan ilmu mengenai nutrition sebelum berjinak-jinak di dalam arena bina badan ini. Walaupun anda bukan seorang atlet, personal trainer, mahu pun doktor ia ialah perkara asas wajib anda jadikan panduan.
Selain itu, bersama kita amalkan gaya hidup sihat mulai saat ini, tidak semestinya anda perlu ke gimnasium setiap hari, anda boleh mulakan dengan memilih satu sukan yang boleh mengeluarkan peluh. Jaga pemakanan dan cari kawan untuk cipta cabaran dan raikan bila anda semua berjaya.
TIADA NOKTAH
Saya akan berlatih selagi saya mampu, mungkin selepas ini saya akan kurangkan sedikit mengikut komitmen dan kerja. Tetapi bab diet, saya akan jaga dan amalkan pemakanan sihat selamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BERDENGKUR MEMANG SINONIM DENGAN LELAKI.RATA-RATA BERPENDAPAT KEPENATAN BEKERJA JADI PENYEBAB MEREKA BERDENGKUR
Ada yang beranggapan berdengkur bukan satu masalah ataupun pekara besar,apatah lagi dianggap sebagai penyakit. Malah melalui kajian yang pernah dijalankan,1:3 orang dewasa berdengkur dan kebanyakannya ialah golongan lelaki dari usia pertengahan ke atas dan individu bersaiz besar.
Dengkur ialah bunyi pernafasan yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat.Ia menyebabkan tisu dalam kerongkong tisu bergetar dan menghasil kan bunyi yang kuat dan kasar ketika tidur.
Ini disebabkan ketika tidur, otot pada lelangit lembut, iaitu bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung dipanggil uvula.
Apabila tisu dalam kerongkong ini berada dalam keadaan rehat,ia bergetar dan boleh menghalang laluan udara.Manakala keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran tonsil boleh manyebabkan laluan udara menjadi sempit.
Semakin sempit laluan udara ini, ia menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan yang tinggi mangakibatkan getaran akan bertambah dan menyebabkan bunyi dengkuran yang kuat.
Antara punca berdengkur yang dikenal pasti ialah bentuk mulut. Ini kerana jika seseorang itu memiliki lelangit lembut yang terlalu rendah, ia merupakan faktor yang menghalang saluran udara.
Selain itu ada yang berpendapat berdengkur disebabkan oleh faktor keturunan, gaya hidup, kesihatan dan juga persekitaran.
Walaupun masalah ini tidak begitu ketara (kecuali pada waktu tidur), berdengkur boleh menjejaskan mutu hidup terutamanya dengkuran berbunyi lebih kerap dan kuat.Masalah bardengkur jika tidak di rawat, dikhuatiri akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti diabetis,tekanan darah tinggi,penyakit jantung dan strok
Lebih membimbangkan jika dengkuran anda merupakan gejala apnea gangguan tidur yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.Dengkuran akibat masalah pernafasan terhenti seketika 10 saat.
Apabila badan mengalami masalah kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida ia akan menyebabkan dengkuran kuat mempunyai rentak tertentu.Dalam keadaan serius, tisu kerongkong yang melendut akan menutup saluran udara dan secara tidak langsung ia memberhentikan pernafasan.
UBAH GAYA HIDUP
Berdengkur setiap malam apa pun kedudukan sedang tidur, memerlukan pemeriksaan doktor yang boleh mencadangkan rawatan yang bersesuaian. Rawatan yang betul dapat menhalan dan memperbaiki (reverse) kesan Apnea.
Jenis rawatan bergantung kepada tahap dengkuran seseorang.Ia dikelaskan megikut pandangan pasangan seperti:
Dengkuran hanya didengar jika ada di sebelah.
Dengkuran boleh didengar di seluruh bilik.
Dengkuran boleh didengar dari luar bilik (pintu terbuka)
Dengkuran boleh didengar dari luar bilik walaupun pintu ditutup.
Jika anda antara ribuan yang berhadapan dengan masalah dengkuran, anda boleh menghentikan kebiasaan ini dengan melakukan beberapa perubahan. Ini termasuklah:
1 Menurunkan berat badan
Kurangkan berat badan jika anda termasuk dalam golongan obes. Dalam kebanyakan kes, kegemukan adalah punca paling lazim menyebabkan orang berdengkur.Ini kerana mereka yang obes memiliki jaringan leher yang tebal, menyebabkan munculnya risiko berdengkur.
2 Ubah posisi tidur
Tidur secara mengiring. Bunyi dengkur terjadi ketika lelangit, tekak, tonsil dan otot saling bersentuhan sehingga menimbulkan bunyi getar. Tidur telentang juga manyebabkan lidah tergelincir, menyepit dan menghalang laluan udara.
3 Hindari ubat tidur dan alkohol
Elakkan memakan ubat tidur atau minum beralkohol sebelum tidur. Ini kerana alkohol bertindak sebagai sedatif yang merehatkan otot kerongkong. Kesesakan saluran pernafasan yang kronik juga boleh memburukkan keadaan.
Secara alternatifnya, anda boleh mengurangkan dengkuran dengan menyedut wap air sebelum tidur. Ini kerana hidung tersumbat juga antara faktor yang menyebabkan individu berdengkur. Menyedup wap juga berupaya menghilangkan lendir yang menyebabkan tersumbat.
4 Dapatkan rawatan doktor
Mengubah gaya hidup dapat membantu mengurangkan masalah berdengkur. Jika ia masih tidak berjaya, doktor akan mencadangkan beberapa kaedah lain iaitu pembedahan pada kerongkong secara tradisional atau laser untuk meluaskan laluan udara dan mengurangkan getaran tisu. Alat bantuan pergigian juga boleh digunakan bagi membetulkan kedudukan lidah dan langit-langit supaya laluan udara terbuka, sekali gus membantu mengelakkan masalah berdengkur
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ‘demam patah tulang’ atau breakbone fever.
ii) Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ‘demam berdarah Filipina’.
Jom kita pelajari, bagaimana lelaki ini berjaya menghapuskan 8000 ekor nyamuk dalam masa 2 hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.