Pasti ramai tergila-gila dengan drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr. Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu. Tapi bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri lakonan di Malaysia ini.
Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episod itu, kini namanya kian melonjak naik setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.
Bercerita rakan seangkatannya, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan, yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.
“Tidak cemburu langsung pun. Kami kalau berjumpa tetap berbual seperti biasa. Lagipun saya anggap ini adalah rezeki masing-masing.
“Untuk diri saya sendiri, mungkin sebab saya belum dapat lagi slot yang popular yang boleh membuatkan orang betul-betul kenal dengan saya.
“Tak ada masalah, saya pun banyak yang perlu belajar lagi,” katanya yang turut menyertai Persatuan Teater Negeri Perlis.
Tak nak cakap banyak! Jom kita ‘cuci mata’ dengan melihat gambar-gambar Fendy yang penuh segak dan kacak ni.
Sumber : Sinar Harian