Pasti ramai tergila-gila dengan drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr. Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu. Tapi bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri lakonan di Malaysia ini.
Jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Perlis ini juga pernah terlibat dalam pencarian Hero Remaja pada tahun 2012 bersama rakan seperjuangan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Shaharul Ridzuan, Ben Amir dan ramai lagi. Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episode.
Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episod itu, kini namanya kian melonjak naik setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.
Percaya rezeki
Bercerita rakan seangkatannya, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan, yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.
“Tidak cemburu langsung pun. Kami kalau berjumpa tetap berbual seperti biasa. Lagipun saya anggap ini adalah rezeki masing-masing.
“Untuk diri saya sendiri, mungkin sebab saya belum dapat lagi slot yang popular yang boleh membuatkan orang betul-betul kenal dengan saya.
“Tak ada masalah, saya pun banyak yang perlu belajar lagi,” katanya yang turut menyertai Persatuan Teater Negeri Perlis.
Tak nak cakap banyak! Jom kita ‘cuci mata’ dengan melihat gambar-gambar Fendy yang penuh segak dan kacak ni.
Setiap karya filem yang dihasilkan oleh pengarah hebat, Christopher Nolan sememangnya cukup dinantikan bukan hanya oleh peminatnya tetapi pengkritik filem di seluruh dunia.
Sentuhan berbisa yang ditonjolkan olerh pengarah asal London ini telah banyak mencorakkan industri filem dengan karyanya seperti ‘Inception’, ‘Memento’, ‘The Prestige’, ‘Interstellar’ dan ‘Tenet’.
Dan terbaru Nolan kembali lagi menampilkan filem yang kini menjadi bualan ramai, ‘Oppenheimer’. Berbeza dengan kebanyakan filemnya yang terdahulu, ‘Oppenheimer’ merupakan karya biografi thriller dari Nolan.
Cillian Murphy tampil melakonkan watak J. Robert Oppenheimer dalam filem terbaru Christopher Nolan ini.
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang saintis atau ahli fizik teori, J. Robert Oppenheimer yang mempunyai peranan sangat besar dalam penghasilan bom nuklear pertama. Siapakah figura yang secara tidak langsung bertanggungjawab memainkan peranan besar dalam ketamadunan moden ini?
Berikut MASKULIN kongsikan 10 fakta menarik tentang J. Rober Oppenheimer.
Awal Hayat dan Pendidikan
Julius Robert Oppenheimer dilahirkan pada 22 April 1904 di New York City, Amerika Syarikat. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan menunjukkan minat awal dalam bidang sastera dan sains.
Kecemerlangan Akademik
Oppenheimer berjaya dalam bidang akademik sejak usia muda. Beliau belajar di Sekolah Etika Kebudayaan di New York City dan kemudian melanjutkan pengajiannya di Universiti Harvard.
Penglibatan Politik Radikal
Pada tahun 1930-an, Oppenheimer terlibat dalam politik kiri dan menyertai beberapa kumpulan yang menyokong isu-isu sosial dan politik. Beliau mempunyai hubungan dengan Parti Komunis semasa tempoh ini.
Penglibatan Projek Manhattan
Semasa Perang Dunia Kedua, Oppenheimer memainkan peranan penting dalam pembangunan bom atom sebagai pengarah saintifik Projek Manhattan, projek penyelidikan kerajaan AS yang rahsia yang memfokuskan usaha untuk mencipta senjata nuklear. Beliau dilantik sebagai Pengarah Siantifik Projek Manhatttan.
Makmal Kebangsaan Los Alamos
Oppenheimer bertanggungjawab mengawasi aspek saintifik dan teknikal projek tersebut, dan beliau bertanggungjawab untuk mengumpulkan pasukan saintis cemerlang di Makmal Kebangsaan Los Alamos di New Mexico.
Bapa Bom Atom
Dengan penglibatan, kepimpinan dan sumbangan dalam Projek Manhattan, Oppenheimer sering dirujuk sebagai ‘Bapa Bom Atom’.
Kontroversi dan Pembatalan Kebenaran Keamanan
Selepas Perang Dunia Kedua, Oppenheimer menghadapi masalah kebenaran keamanan kerana kaitannya dengan kumpulan dan individu kiri. Beliau mengalami perbicaraan keselamatan yang mendapat perhatian awam pada tahun 1954, dan kebenarannya akhirnya dibatalkan.
Kerjaya Selepas
Walaupun berdepan kontroversi itu, Oppenheimer tetap menjadi saintis dan pendidik yang dihormati. Beliau kemudian menjadi pengarah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey di mana beliau terus melakukan penyelidikan dan menggalakkan kerjasama saintifik antarabangsa.
Advokasi Hak Asasi Manusia
Dia turut dikenali sebagai seorang penyokong hak asasi manusia dan berusaha untuk memajukan hak persamaan untuk semua, menyokong usaha integrasi dalam sekolah dan universiti.
Warisan
Sumbangan J. Robert Oppenheimer kepada sains, terutamanya peranannya dalam Projek Manhattan, telah memberikan impak mendalam terhadap sejarah dunia. Beliau meninggalkan warisan yang kekal sebagai saintis yang genius, walaupun kehidupannya juga ditandai dengan kerumitan politik dan sosial zaman itu.
Adakah anda sudah menonton filem ‘Oppenheimer’ di pawagam? Dengan fakta ini mungkin kualiti tontonan anda akan jadi lebih menarik!
Agen penyebab virus ini akan masuk ke tubuh melalui mulut dan kemudiannya ke saluran usus yang akan menyebabkan timbulnya gejala-gejala penyakit. Selain saluran usus, biasanya sasaran virus polio adalah pada sistem saraf iaitu ke otak, sumsum tulang belakang dan simpul-simpul saraf. Jika terlambat mendapatkan rawatan, ia akan menyebabkan kelumpuhan dan kematian.
Biasanya respons pertama terhadap infeksi virus polio bersifat tidak menunjukkan gejala sakit. Infeksi itu hanya menimbulkan penyakit minor (abortive poliomyelitis) berupa demam, lemah badan, mengantuk, sakit kepala, mual, muntah, sembelit dan setelah itu pesakit akan sembuh beberapa hari. Namun ia perlukan rawatan segera.
BAGAIMANA IA MENULAR?
Virus ini disebarkan melalui rute ofofecal iaitu melalui makanan dan minuman serta percikan ludah. Virus ini akan berkembang biak masuk ke usus dan akan masuk ke kelenjar darah serta menyebar ke seluruh tubuh.
Siapa yang bakal berisiko mendapat penyakit Polio?
-Mereka yang belum mendapatkan imunisasi polio
-Pergi ke tempat-tempat atau daerah yang mempunyai banyak faktor polio
-Usia terlalu tua dan usia terlalu muda
-Mengalami luka di mulut dan hidung, misalnya mereka yang baru mencabut gigi
-Mengalami stres yang luar biasa kerana emosi dan fizikal yang tidak stabil dan dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh.
Bolehkah penyakit ini dicegah?
Menjaga pemakanan dengan baik dan teratur bermula sejak kecil lagi seperti menggunakan segala alatan makan seperti piring, gelas ataupun sendok yang dicuci dengan air sabun yang tidak tercemar oleh virus polio. Di mana-mana sahaja situasi, kalu boleh minum air yang dimasak dan dididihkan dengan sempurna kerana cara ini cukup efektif untuk membunuh virus polio. Virus polio hidup dengan baik pada suhu 80 Celcius.
Tetapi apabila terkena dalam jangka masa yang lama, Polio memang tidak dapat disembuhkan dan ubat anti-virus tidak dapat mempengaruhi perjalanan penyakit ini. Ini kerana virus hanya bertahan selama 2 hari apabila terkena cahaya matahari dan akan hidup liar kecuali dalam cuaca lembap. Itulah sebabnya jika terkena virus Polio, rawatan dan penjagaan rapi harus dilakukan supaya badan kebal dan pulih sepenuhnya dari Polio.
Komplikasi penyakit Polio
Mereka yang dikesan menghidap penyakit ini dan lambat membuat rawatan akan cenderung mengalami kelumpuhan kekal. Ia akan menyebabkan sebahagian daripada otak menjadi lemah dan mengalami kelumpuhan pada otot dada. Jika penyakit ini diserang sejak kecil, penderitaan yang dialaminya akan mencecah 30 hingga 40 tahun hingga dewasa atau boleh menyebabkan kematian.
INFO PATUT TAHU
-Polio telah ada beribu-ribu tahun. Di Mesir terdapat lukisan yang menunjukkan individu yang lumpuh disebabkan Polio
-Dalam bahasa Yunani disebut polios (abu-abu), myelos (sumsum), dan itis (radangan).
-Seluruh wilayah Indonesia pernah diserang penyakit Polio tetapi sejak tahun 1995, negara ini telah bebas daripada penyakit Polio.
-Pernah terjadi di sebuah wilayah desa di negara China iaitu seorang kanak-kanak menderita lumpuh kerana virus polio yang berasal dari India. Kes lain ialah dari Angola yang telah menyebabkan 44 orang lumpuh dan 17 orang meninggal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti mana kita semua sedia maklum, sejak penularan wabak COVID-19 ramai rakan-rakan kita di seluruh negara terkesan dari segi ekonomi. Ternyata pandemik ini bukan hanya meragut nyawa dan kesihatan tetapi telah meragut banyak punca rezeki rakyat Malaysia.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, semakin banyak syarikat, peniaga dan usahawan kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat menjalankan operasi perniagaan mereka. Apatah lagi ia bukanlah sehari dua malah sudah lebih setahun bergelut untuk terus ‘bernyawa’. Hari demi hari ada sahaja kisah menyayat hati dapat kita saksikan di laman media sosial di mana ramai yang bergelut untuk meneruskan hidup.
Melihatkan kondisi begini, kerajaan menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej terbaru untuk membantu rakyat dikenali sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Salah satu pakej yang diperkenalkan ialah membenarkan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terbaru iaitu i-Citra. Ia merupakan pakej terbaru selepas sebelum ini diperkenalkan i-Lestari dan i-Sinar.
Bagi anda yang terkesan bolehlah melakukan permohonan ini untuk meringankan beban. Sebelum melakukan permohonan terdapat beberapa perkara penting perlu anda tahu.
1
Melalui i-Citra, kira-kira 12.6 juta anggota KWSP akan dapat mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga RM5,000, bergantung pada jumlah yang ada dalam akaun ahli tertakluk baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
2
Pembayaran akan dibahagikan kepada lima bulan dengan harga RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
3
Para ahlli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui portal icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021
4
Pembayaran pertama akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada Ogos 2021.
5
Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
6
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Semoga perkongsian ini mampu sedikit sebanyak memberikan info berguna untuk anda. Terus tabahkan hati. Jika berada didalam kesusahan tekadkan hati dan usah segan untuk meminta bantuan.