Bagaimana dengan gaya rambut anda sekarang?
MASKULIN dapat rasakan anda semua mungkin sudah menarik nafas lega selepas pembukaan semula kedai gunting rambut dan salon di seluruh negara selepas ia ditutup sepanjang PKP yang lalu.
Selain memotong rambut ramai juga yang pergi mendapatkan rawatan rambut dengan melakukan cucian dan sebagainya. Keresahan lelaki terhadap rambut mereka sepanjang PKP lalu telah menjadi bukti bahawa lelaki zaman sekarang sangat mengambil berat akan rambut mereka.
Ini dapat dilihat dengan beberapa topik tentang rambut lelaki telah tular sepanjang tempoh yang lalu, Namun usah terlalu teruja melakukan rutin penjagaan rambut kerana tidak semuanya boleh membantu anda menjaganya dengan baik.
Malah ada juga tabiat dan rutin penjagaan yang sebenarnya hanya boleh menyebabkan rambut makin rosak.
Berikut merupakan kesilapan biasa yang dilakukan ramai lelaki.
TAK KENA DENGAN GAYA HIDUP
Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh lelaki dalam memilih gaya rambut ialah ia tak sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebagai contoh jika anda seorang yang bekerja awal pagi dan hanya ada masa singkat untuk bersiap elakkan gaya rambut yang terlalu complicated.
Anda tiada masa untuk basuh, pre-styling, mengeringkan rambut dan menggayakan dengan pelbagai produk setiap hari.
TERLALU RISAU KONDISI RAMBUT
Ada setengah orang yang sangat peka dengan rambut sendiri sampai mengalahkan orang perempuan. Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan sama seperti yang anda lakukan sebelum keluar rumah. Susah kalau seperti ini kerana jika anda banyak habiskan masa di luar ia amat mustahil. Jadi pilih gaya rambut yang lebih mudah dan on-the-go.
TERLEBIH PRODUK
Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki. Pastikan untuik rambut anda tak guna lebih dari dua produk sahaja. Jika lebih daripada itu ia bermakna anda tak yakin dengan penggayaan sendiri atau ada masalah keyakinan diri. Less is more!
PENGERING RAMBUT
Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Kalau nak guna sekalipun pastikan tak lebih sekali dalam sehari. Haba panas yang keluar dari pengering rambut boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
BERBELANJA BELI PRODUK
Tak salah kalau anda nak beli produk penjagaan dan penggayaan rambut. Namun biarlah berpada-pada dan harganya pula janganlah sampai lebih mahal daripada bajet makan sebulan. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis yang dijual dan banyak yang harganya berpatutan. Jangan terlalu memilih jenama ya.
KERAP CUCI RAMBUT
Tahukah anda bahawa kulit kepala kita mengelurkan sejenis minyak semulajdi yang bertindak melindungi kepala. Tak salah nak basuh tapi janganlah terlalu kerap. Cukup hanya bila anda mandi pada waktu pagi dan malam.
SYAMPU 2 DALAM 1
Sebolehnya elakkan guna syampu 2 dalam 1 bersama perapi. Ya, tak dinafikan memang anda fikir ia menjimatkan namun ia tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti anda guna syampu dan perapi secara berasingan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI