
Nama Henry Golding kini semakin mekar di bibir peminat filem Hollywood selepas kejayaan luar biasa ‘Crazy Rich Asians’. Pelakon kacak yang dilahirkan di Sarawak ini telah mengharumkan nama negara dengan kredibiliti lakonannya yang cukup baik di persada antarabangsa.
Terbaru, Henry Golding bakal muncul sebagai watak utama menerusi filem aksi hebat, ‘Snake Eyes: G.I. Joe Origins’. Memegang watak sebagai Snake Eyes yang juga merupakan antara karakter paling popular siri ‘G.I. Joe’ merupakan satu penghormatan buatnya.
Menerusi trailer yang dikeluarkan beberapa hari lalu, Henry Golding tampil cukup berbeza berbanding filemnya yang lain. Mungkin ini kali pertama dia tampil sebagai watak utama dalam filem aksi berskala besar seperti ini.
Filem yang diadatasikan dari koleksi patung figura yang kemuduian menjadi siri animasi popular ini mempunyai peminat dari segenap usia.
‘Snake Eyes: G.I. Joe Origins’ merupakan sebuah filem spin-off dari siri filem tersebut dengan menceritakan kisah asal-usul karakter yang tampil lengkap berpakaian hitam seperti ninja moden.
‘Snake Eyes: G.I. Joe Origins’ dijangka akan ditayangkan di seluruh dunia pada bulai Julai 2021. Pastinya ramai peminat Henry Golding terutamanya di Malaysia pastinya sudah tidak sabar menyaksikan aksinya membawakan watak yang cukup legendary.
All the best Henry Golding!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Siri Prekuel ‘Game of Thrones’, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Rasanya kalau ada yang tidak pernah dengar tentang ‘Game of Thrones’ mungkin mereka adalah mangsa penderaan yang telah terkurung dalam sebuah bilik rahsia lebih 10 tahun seperti dalam filem ‘Old Boy’. Atau mungkin mereka sebenarnya terperangkap di dalam quantum realm seperti Scott Lang si Ant-Man dalam masa yang lama.
Samada anda adalah peminat setia atau tidak, nama-nama seperti Stark, Lannister dan Westeros pasti akan ditemui sama ada dalam media bercetak atau bertulis.
Siri televisyen yang telah memasuki musim ketujuh dengan sebanyak 67 buah epsiod ini akan muncul dengan musim baru pada tahun hadapan. Trailer pertamanya juga telah diperkenalkan beberapa hari yang lalu dan menjadi topik perbualan hangat penggemar drama TV dunia.
Dan pastinya ramai peminat mereka bersedih kerana inilah musim terakhir ‘Game of Thrones’ yang ditayangkan di televisyen. Jadi apa kesudahan perjuangan Jon Snow dan Daenarys Targaryen? Adakah mereka mampu mengalahkan bala tentera yang tidak mati dibawa oleh The Night King?
Walau bagaimana pun peminat ‘Game of Thrones’ tidak perlu gusar kerana HBO bakal memperkenalkan drama siri terbaru yang merupakan prekuel kepada siri ini. Menurut rangkaian telvisyen kabel yang bertanggungjawab merealisasikan siri hebat ini daripada novel ‘A Song of Ice adn Fire’ karya George R.R. Martin, kisah prekuel akan membawa penonton menyaksikan apa yang berlaku ribuan tahun sebelumnya.
Dengan populariti yang luar biasa dan jumlah peminat yang ramai tidak hairanlah mereka mengambil keputusan ini. Mungkin mereka akan bersedih kerana tiada lagi watak-watak kesayangan seperti Jon Snow, Daenarys Targaryen dan Tyrion Lannister.
Jadi apakah yang kita tahu setakat ini tentang siri prekuel yang bakal ditayangkan pada musim luruh 2019?
TEMA UTAMA

HBO mengambil keputusan untuk memberikan pilot episod untuk dikembangkan kepada Jane Goldman yang turut bekerjasama secara terus dengan George R.R. Martin. Siri ini mengambil tempat ribuan tahun sebelum kejadian di dalam siri ‘Game of Thrones’. Ia juga membawa kisah pada era Age of Heroes yang akan mencungkil sejarah white walkers dan misteri Timur yang berkait dengan Targaryen.
NAOMI WATTS
Antara pelakon nama besar pertama yang disahkan bakal muncul ialah Anomi Watts. Walaupun masih tidak diketahui apakah nama watak yang bakal dibawa olehnya namun ura-ura kencang mengatakan beliau membawa watak penuh karisma yang mempunyai sejarah hitam.
BACA: 6 Jenis Spider-Man Yang Muncul Dalam ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’
JUDUL SIRI
HBO masih lagi belum membuat sebarang pengumuman tentang judul siri prekuel ini. Namun ramai percaya judul ‘The Long Night’ adalah antara yang paling dekat. Menurut salah seorang penulis di The Ringer, dia mendapat info dari sumber rahsia bahawa judul yang bakal digunakan ialah ‘The Long Night’.
JOSH WHITEHOUSE
Pelakon muda meningkat naik yang pernah muncul menerusi ‘Valley Girl’, ‘Poldark’ dan ‘Alleycats’ iaitu Johs Whitehouse turut diumumkan sebagai antara pelakon utama yang bakal muncul. Dia dikahabarkan bakal memegang antara watak paling utama.
MUNGKIN TIADA NAGA ATAU TARGARYEN
Berdasarkan garis masa dan sejarah Wseteros, siri ini berkemungkinan besar tidak akan menunjukkan sebarang kemunculan naga atau keluarga Targaryen (mungkin untuk peringkat awal sahaja). Menerusi tembual bersama Entertainment Weekly, George R.R. Martin menjelaskan tentang baru itu berlaku kira-kira 5000 tahun (sebelum GoT) dan Westeros merupakan sebuah tempat jauh berbeza. Tiada King’s Landing, tiada Iron Throne dan tiada Targaryen.
TIADA RELEASE DATE KHUSUS
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas masih tiada tarikh spesifik bilakah siri bari ini akan mula ditayangkan. Apa yang kita tahu ia akan dikeluarkan berkemunkinan besar pada tahun 2019. Apa yang kita tahu sekarang episod pilot akan mula menjalani penggambaran pada awal tahun hadapan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Shell Malaysia Tampilkan Koleksi Kereta Kawalan Jauh Star Wars Racers

Buat peminat kereta kawalan jauh atau replika anda pastinya sudah sedia maklum bagaimana Shell Malaysia sentiasa menampilkan koleksi-koleksi terhangat menjadi rebutan ramai.
Terbaru, Shell Malaysia menampilkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif dengan kerjasama bersama The Walt Disney Company South East Asia. Koleksi ini menggabungkan inovasi Shell V-Power dan juga tarikan tersendiri siri sains fiksyen popular, Star Wars dengan menampilkan koleksi Star Wars Racers.
Lebih menarik, ia merupakan koleksi pertama seumpamanya diperkenalkan di dunia. Diinpirasikan daripada tema pertempuran antara cahaya dan kegelapan, koleksi edisi terhad ini menampilkan enam kereta kawalan jauh dengan setiap satunya hadir dengan tema karakter Star Wars.
Enam kereta kawalan jauh tersebut ialah:
- Darth Vader Racer
- Stormtrooper Racer
- Darth Maul Racer
- The Mandolorian Racer
- Boba Fett Racer
- BB-8 Racer
Shell Malaysia memaklumkan bahawa koleksi ini direka dan dihasilkan dengan cukup teliti berdasarkan setiap kerakter yang dipilih. Pada majlis pelancarannya baru-baru ini, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata, “Sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan kami sememangnya hangat.
“Pengguna Shell V-Power adalah antara yang paling bersemangat dan kami tahu Star Wars sangat popular di kalangan peminat pelbagai peringkat umur. Koleksi in menyerlahkan dan meraikan semangat komuniti ini dan kami berharap peminat-peminat akan teruja apabila berlumba sesama mereka dengan koleksi baru ini,” tambahnya lagi.
Koleksi Star Wrs Racer mengekalkan ciri istimewa seperti koleksi tahun lalu dengan sambungan rangkaian Bluetooth dan juga sokongan dari Shell Racing App.
Kesemua kereta dari koleksi ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula pada hari ini, 6 Oktober sehingga 19 November 2023. Ia boleh didapati di stesen minyak Shell di seluruh negara.
Ia boleh dibeli pada harga RM49.00 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Sheel FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing.
Bateri Bluetooth pula boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minuman yang sama seperti pembelian model kereta. Darth Vader Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell.
Bagi melengkapkan koleksi ini juga anda boleh membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power dalam satu resit.
Buat pengumpul barangan Star Wars inilah koleksi yang tidak harus anda lepaskan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Elak Jadi Mangsa ‘Scam’ Renovasi Rumah & Cara Kenal Pasti Kontraktor Meragukan

Impian untuk melihat penampilan rumah atau kediaman menjadi lebih cantik boleh berkecai dalam sekelip mata jika tanggungjawab yang anda berikan kepada kontraktor tidak dipenuhi dengan jujur.
Sebenarnya kes scam renovation atau penipuan renovasi rumah bukanlah satu perkara baru. Bahkan ia telah banyak kali dilaporkan terutamanya di laman media sosial. Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa ada sahaja kenalan anda yang pasti pernah menjadi mangsa.
Itulah betapa seriusnya masalah ini pada masa sekarang. Lebih malang jika anda kehilangan wang yang sudah dikeluarkan puluhan ribu ringgit dan apatah lebih mengharukan jika wang itu pula datang dari pinjaman peribadi anda dengan bank.
Bukan sahaja marhaen seperti kita malah selebriti terkenal juga sudah banyak kali jadi mangsa scam seperti ini. Puncanya mungkin sedikit khilaf dalam mempercayai kontraktor yang mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati jika buat kerja separuh jalan, bayaran pula sudah diberikan sepenuhnya. Tapi kerja tak siap tergantung di tengah jalan. Aduhai, memang kasihan betul jika ia berlaku seperti ini.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari saudara Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli menerusi satu hantara di Facebook. Menerusi hantaran itu beliau bnerkongsi beberapa jenis scam renovation.
Jelasnya antara scam renovation yang biasa berlaku ialah;
1. Bayar deposit, kontraktor tak masuk-masuk buat kerja. Lepas tu bluetick saja.
2. Bayar lain, buat kat site lain.
3. Bayar lamsam, ingat semua benda masuk. Rupanya ini tak masuk, itu tak masuk.
4. Bayar dah nak 90%, progress kat site tak sampai 50%. Bila kontraktor takda modal nal sambung kerja, lari.
Melihatkan masalah beliau yang juga merupakan seorang arkitek dan interior designer berkongsi beberapa tip bagaimana nak tapis kontraktor yang boleh dipercayai.
Ikuti perkongsian darinya di bawah;
Nak cari kontraktor ni tak mudah. Nak cari yang boleh PERCAYA, itu lagi susah. Tapi tak bermakna mustahil.
Hari ni saya nak cerita cara saya tapis kontraktor. Berdasarkan pengalaman dan pernah juga terkena awal-awal dulu.
1. Tak desperate
Kontraktor desperate jenis pagi bagi quotation, tengah hari update tanya on x on. Pening juga. Tak bagi peluang klien nak bernafas sikit. Tak dapat duit, follow up memang menggila. Dah dapat duit, follow up seminggu sekali baru update. Cari lah kontraktor yang tenang-tenang sikit.
2. Ada lesen CIDB
Ini 50-50. Yang ada lesen pun menipu juga. True story. Tapi lebih baik ada lesen dari tak ada. At least boleh check kalau ada apa-apa jadi.

3. Jangan percaya bulat-bulat di media sosial
Kita tengok FB, IG tiktok dia ni macam bagus. Tunggu. Contact dan kalau boleh pergi tengok work in progress kontraktor ni. Lebih baik begitu. Kalau pergi site terjumpa klien dia, ha elok lah berbual supaya lebih mudah nak tahu prestasi kerja dia macam mana.
4. Recommend dari keluarga/kawan
Ok ini ada 2. Kita ni jenis cepat kasihan. Bila orang recommend ahli keluarga or kawan kontraktor. Kita cepat percaya. Pasal orang dekat kan. Takkan nak buat hal tapi yang recommend orang dekat ni la yang banyak kontraktor buat hal.
Kalau orang lain recommend kontraktor dan dia kata itu bagus, itu cerita lain. Banyak sangat kes kontraktor buat hal bila ikut recommend dari orang dekat. Kita tak check pula hasil kerja, main percaya saja.
Ingat, kawan or keluarga, buat due diligence. Duit hilang tak mengira suku sakat ya.
5. Bila call, angkat.
Kontraktor sekalian, bila dah ambil duit orang, klien call tu angkat lah. Biasa lah kalau ada komen atau dia tanya update. You gain their trust, you get more business. Ini yang mudah cakap tapi tak tahu kenapa susah mereka nak buat.
Dah dapat duit, punya susah nak angkat call or be responsive. Bila job tak masuk, salahkan kerajaan. Amende. Kalau jenis message hari ni, lagi 3 4 hari reply, sila potong awal-awal. Takut sekali message dia terus blue tick dan hilang di awangan terus, sekali dengan duit anda.
Ada satu lagi lah sebab tambahan kenapa kontraktor lari.
Ini maaf cakap, kadang klien ingat kontraktor ini hamba. Call tengah malam, tak kira masa. Kontraktor dia ingat bila dia dah bayar, dia boleh maki sesuka hati. Dia ingat kontraktor semua penipu jadi dia layan teruk-teruk. Bro sis, what you give, you get back. Ini saja tambahan.
Dalam hal ni, engage lah arkitek untuk check kerja kontraktor. Fee arkitek bergantung pada nilai kerja, benda boleh bincang. Kos yang kita nak jimat itu lah kadang kala buat kita rugi lagi besar. Dah ada legal framework dah untuk kerja-kerja construction ni. Follow saja. Jangan cut corner.
—————————————————————–
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan jadi mangsa scam ya!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI