Hari ini seluruh rakyat Malaysia, khususnya pasukan keselamatan negara berduka di atas satu tragedi helikopter TLDM terhempas yang cukup menyayat hati.
Kemalangan ini menyaksikan dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dan terhempas di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.
Memetik sumber Harian Metro,kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
Sebuah video yang menyaksikan perlanggaran dua helikopter tersebut juga turut tular di laman media sosial. Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi, pada Selasa.
Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara sebelum masing-masing terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berdekatan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Ads
Astro Awani pula melaporkan dari laporan awal oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, seramai 10 mangsa terlibat yang maut dalam nahas itu.
Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan. Tragedi menggemparkan negara ini turut mendapat perhatian dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa.
Baginda berkata, “Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.
“Saya juga mahukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Seri Paduka Baginda dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ads
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melahirkan ucapan takziah dan menyifatkan tragedi ini sebagai sangat menyayat hati dan meruntun jiwa.
Jelasnya, Perdana Menteri, tragedi berkenaan juga memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.
“Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.
“Saya dimaklumkan satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial beliau, pada Selasa.
Turut mengulas tentang tragedi ini ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin yang berkata 10 anggota TLDM tersebudt berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Ads
Jelasnya, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian melibatkan helikopter TLDM tersebut.
Beliau turut menasihati orang ramai tidak mularkan video kejadian bagi menjaga sensitiviti dan menghormati keluarga mangsa.
Berikut senarai 10 wira negara yang telah gugur dalam tragedi ini (sumber Kosmo);
1. Kdr Muhammad Firdaus Ramli
2. Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
3. Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
4. PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun
5. PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
6. BM TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang)
7. LK I JJM Joanna Felicia Rohna
8. Kdr Muhamad Amir Mohamad
9. Lt T Sivasutan
10. PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi
Al-Fatihah…
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti ada yang putus asa bila di hari raya, tak sampai tengah hari, muka dah berminyak, badan dah letih lesu dan tidak kurang juga, ada yang terpaksa mencuci muka dengan kerap. Ini membuatkan mood raya kamu terganggu, dan sudah tentu kamu tidak merasai kemeriahan Aidilfitri kerana malu untuk berhadapan dengan ahli keluarga. Ini tip untuk kamu kekal segak, sihat dan pastinya bersinar sepanjang raya!
Amalkan buah dan sayur berwarna.
Hari raya memang tak sah kalau tiada lemang mahupun rendang. Tidak mengapa! Kamu tambahkan menu hidangan raya kamu dengan buah-buahan segar juga sayur-sayuran seperti lobak, brokoli, tembikai ataupun strawberi. Amalan makan makanan semual jadi ini membantu untuk mendapatkan kulit yang bersinar dan sihat. Pasti menyerlah sepanjang raya.
Keluarkan peluh
Umum tahu, peluh yang keluar dari tubuh kita sangat bagus untuk memastikan subuh sentiasa sihat dan bebas toksik. Tak salah bukan jika kamu mengambil sedikit masa kamu untuk workout di hari raya? Tidak perlu senaman yang berat, cukuplah sekadar senaman ringan ataupun home workout. Asalkan berpeluh.
Solekan Wajah
Siapa kata lelaki tidak perlu bermakeup? Bermakeup itu boleh tapi janganlah sampai melebih-lebih mengalahkan wanita. Cukuplah kamu meyembur serum untuk kesegaran kulit dan gunakan foundation dalam amount yang sedikit untuk pastikan tompok hitam ataupn jerawat tidak kelihatan. Yang penting gunakan foundation mengikut kesesuaian jenis kulit dan warna kulit.
Eye bag
Pastinya apabila eye bag muncul di bawah mata, akan menampakkan wajah kamu kusam dan tidak bermaya. Ini membuatkan diri kamu hilang seri. Gunakan produk yang sesuai untuk menghilangkan eye bag. Seeloknya sapukan di bawah mata pada waktu pagi untuk kesan yang lebih ketara.
Gunakan masker wajah
Jika kamu inginkan kulit yang bersinar 24 jam, masker wajah ini dapat membantu kamu, walaupun sepanjang hari kamu berpanasan, Kamu boleh mendapatkan masker wajah yang sesuai untuk lelaki dan mempunyai banyak kesan istimewanya. Masker wajah ini juga membantu untuk meningkat awet muda pada tekstur kulit. Jadi sebelum kamu berootd, pastikan malam hari kamu memakai masker wajah ini supaya esok harinya, gambar ootd kamu lebih menarik!
Krim dan serum malam
Ini mungkin berbunyi sedikit keperempuanan, tetapi percayalah, krim malam membantu untuk mencerahkan, melembapkan serta menegangkan kulit wajah kamu. Jadi usah malu untuk mencuba krim dan serum malam ini. Sangat berbaloi dan menjadikan kamu lebih bersedia untuk menempuh hari esok!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amy search, artis rock legenda negara baru-baru ini memuat naik satu video membawa khabar gembira apabila beliau mendedahkan bakal bergelar bapa menjelang pada usia 60 tahun. Bukan calang-calang orang dapat berita gembira sebegini di usia emas ni.
Amy atau Suhaimi Abdul Rahman memaklumkan isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish kini sedang hamil 30 hari.
a. I love you, sayang @qasander,” tulisnya di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Amy turut berkongsi video Nourish sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka di sebuah klinik swasta.
Sebelum itu, Amy turut memuat naik video menunjukkan alat ujian kehamilan bertanda dua garisan merah yang membawa maksud hamil.
Amy Search kini sudah pun memiliki 5 orang anak hasil dari 4 kali perkahwinannya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Penyanyi ini juga sudah mempunyai seorang cucu iaitu Keisha Laila, 7, iaitu anak kepada Nabila.
Sementara itu, ruangan komen penyanyi kumpulan Search itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya yang menyifatkan berita itu sebagai keberkatan bulan Ramadan.
Sumber : Instagram aku.amysearch
via : mstaronline
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sudah menjadi resam dalam jiwa seorang artis untuk menjiwai watak lakonan yang diberikan kepada mereka. Sebuah filem dan drama yang Hit tentunya memerlukan kekuatan skrip dan lakonan barisan pelakon yang handal. Bukan mudah untuk menaikkan sebuah drama, lakon layar memainkan peranan penting dalam memikat selera penonton untuk melekat di hadapan televisyen. Namun, netizen banyak menyatakan bahawa drama melayu berbentuk ‘sampah’ dan tidak seperti drama barat yang lebih kepada realitii dan kelainan dalam setiap drama yang keluar di kaca tv.
Baru-baru ini perang di media sosial apabila ketidakpuashatian seorang selebriti tanah air tentang skrip drama melayu yang dianggap tidak begitu mencabar kreadibiliti beliau sebagai anak seni. Aiman Hakim Redza yang sebenarnya lama menyepi meluahkan rasa kesal beliau dengan drama melayu yang tidak mempunyai skrip yang kuat serta cliché.
Berikutan dari insiden tersebut, penulis skrip komedi ini meluahkan rasa beliau di laman FB menerusi statusnya. Dia menyatakan bahawa drama melayu yang lebih kepada elemen drama seperti perbezaan cinta antara dua darjat, berebut jawatan CEO dan projek berjuta-juta. Baginya, ketika dia menulis, bayangan wajah lelaki kacak langsung tidak bermain di dalam fikirannya. Untuk skrip komedi, dia sering membayangkan wajah pelawak-pelawak Malaysia menyebut semua ayat yang ditulis olehnya.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa Malaysia sudah basi dengan drama-drama yang bercirikan cinta antara dua darjat mahupun perkahwinan secara paksa oleh keluarga. Mungkin dari mata Aiman, dia inginkan skrip yang lebih mencabar keupayaannya sebagai pelakon. Namun, sebelum anda mengecam kes seperti ini, anda harus ingat, drama tv ditonton oleh mak cik- mak cik, drama sebegini sesuai untuk mereka. Remaja lelaki dan orang dewasa lebih gemar menonton drama Korea ataupun Tv Series barat.Jika anda perhatikan tv series barat juga ada cliché mereka tersendiri (bercinta dengan kawan A, kawan B rampas, Kawan C bercinta dengan kawan A) pusing-pusing perkara yang sama. Dalam konteks drama Korea pula pasti akan ada cinta tiga segi. Episod 10-12 bercinta, putus Episod 14-15, jumpa balik lagi 10 minit cerita nak habis! Drama Hindi lagi mengarut! 500 episod tapi ulang benda yang sama! Drama Indonesia? anda pun tahu bagaimana drama tersebut kan? Jadi jika anda nak mengatakan drama melayu cliché tak ada perkembangan, tengok drama luar negara, bandingkan. Konklusinya, mana-mana negara pun mempunyai cliché mereka tersediri. Drama berbentuk santai yang diterapkan dalam negara masih diterima masyarakat, mengapa perlu kita persoalkan? Lagipun anda punya pilihan untuk menonton kan? Kalau rasa tak nak tengok, tukar siaran lain.
Akhir kata skrip yang baik dan produksi mantap tapi lakonan kayu pun tidak boleh menjadikan sebuah drama itu Berjaya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.